Alkitab Versi Borneo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alkitab Versi Borneo (nama singkatnya, AVB) ialah Kitab Suci baru dalam Bahasa Malaysia. Secara umum, AVB diiktiraf sebagai satu terjemahan dalam bentuk bahasa Malaysia formal dan lebih mendekati terjemahan harfiah. AVB diterbitkan oleh LAB Network, Kota Kinabalu, Sabah buat pertama kalinya pada Januari 2016.

Alkitab Versi Borneo]]

Peranan Penting AVB[sunting | sunting sumber]

Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai banyak kumpulan etnik kecil dengan bahasa etnik yang berbeza. Bagi para pendidik Kristian mempelajari semua bahasa etnik demi menjalankan tanggungjawab mereka amat mencabar. Dalam keadaan yang sedemikian, bahasa Malaysia telah pun digunakan di gereja kedua-dua buah negeri tersebut kira-kira lebih seratus tahun yang lalu, untuk tujuan pendidikan Kristian, terutamanya di kawasan pedalaman.

Alkitab bahasa Indonesia telah diterima sekian lama dan dijadikan rujukan asas oleh sebahagian besar jemaah berbahasa Malaysia. Akan tetapi, bahasa Indonesia semakin susah difahami oleh kebanyakan pengguna tempatan kerana tatabahasa, struktur ayat serta istilah-istilah yang agak berlainan daripada bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang digunakan sebagai alat perhubungan antara penduduk yang berbilang bahasa, kaum dan budaya. Oleh itu, Alkitab dalam bahasa Malaysia yang bermutu tinggi dianggap akan memainkan peranan penting bagi kemajuan kalangan Kristian di Malaysia, apatah lagi apabila bahasa Malaysia terkini banyak mengalami perubahan terutamanya dalam pengayaan perbendaharaan kata serta struktur.

Antara lain, AVB dikatakan sebagai sebuah penerbitan “yang bermutu tinggi dalam bahasa Malaysia terkini, menepati kejituan kepada teks asal, dengan penuh ketelitian dan kesetiaan kepada pemikiran penulis kitab asal, agar sesuai digunakan untuk pengkajian, pendidikan, khutbah, penghafazan, pembacaan awam dan liturgi Kristian.”[1]

Keistimewaan AVB[sunting | sunting sumber]

Antara ciri-ciri AVB yang dihebahkan ialah, mutu terjemahan yang terkawal ketat oleh pakar-pakar bahasa tempatan dan tenaga kerja yang berpengalaman luas dalam karya terjemahan dan penulisan Kristian. Manakala, kepakaran bahasa teks Ibrani dan Yunani diperoleh sebahagiannya daripada pakar-pakar tempatan dan sebahagiannya daripada pakar-pakar dari kawasan serantau dan luar negara.

Apabila terdapat kekurangan perbendaharaan perkataan dalam bahasa kebangsaan, peristilahan baru diperkenalkan dan disokong oleh keterangan lebih lanjut, sama ada dalam nota kaki pada halaman yang sama ataupun dalam Kamus Alkitab yang disediakan bersama. Matlamatnya mulia, iaitu membantu dalam usaha membangunkan lagi taraf kesarjanaan Alkitabiah tempatan.

Amalan ini biasa dan tidak menjejaskan kesarjanaan Alkitabiah, kerana naskhah asalnya yang tertulis dalam bahasa Ibrani serta Yunani tidak pernah berubah. Rujukan mendalam masih boleh dijalankan apabila teks asalnya dikaji dengan terperinci.

Juga ternyata bahawa penggunaan istilah yang dialihhurufkan daripada bahasa Inggeris dielakkan. Ciri-ciri ini akan disambut baik selaras dengan resam bagi sebuah naskhah yang kuno iaitu Alkitab. Pengukuhan keaslian bahasa Malaysia akan juga disambut baik oleh kalangan masyarakat linguistik.

Antara istilah istimewa yang diperkenalkan buat pertama kali dalam hasil kepustakaan Melayu ialah perbenaran atau “righteousness” (dalam bahasa Inggeris), yang dibezakan secara secara semantik daripada perkataan tradisional “kebenaran” atau “truth” (https://ms.wikipedia.org/wiki/Perbenaran).

Contoh istilah lain yang mungkin masih belum dikenali secara meluas oleh masyarakat Kristian ialah: jururasa santapan (untuk cupbearer), batu pejal (untuk ‘solid rock’), roh durjana (untuk evil spirit), azab (untuk plaques as divine retribution).

Sambutan Masyarakat Tempatan[sunting | sunting sumber]

Satu pelancaran rasmi telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah pada 19hb April 2016. http://domba2domba.blogspot.my/2016/04/alkitab-versi-borneo-avb-sudah.html

Selanjutnya pelancaran rasmi telah diadakan di Kuala Lumpur/Petaling Jaya pada 25hb May 2016.http://deargoldie.com/2016/06/08/alkitab-versi-borneo/ http://deargoldie.com/2016/06/08/alkitab-versi-borneo/ Diarkibkan 2016-08-28 di Wayback Machine

AVB terbukti mendapat sambutan baik daripada masyarakat Kristian dan gereja kini apabila ketiga-tiga Presiden Sidang Injil Borneo (SIB/BEM Sabah/Sarawak/Semenanjung) menandatangani dokumen rasmi untuk menyatakan bahawa, "Mesyuarat Majlis Gabungan (MMG) SIB Sabah, BEM/SIB Sarawak dan SIB Semenanjung pada 26-27 Februari 2016 telah sebulat suara bersetuju untuk mengiktiraf AVB sebagai salah satu terjemahan Alkitab Bahasa Malaysia untuk dirujuk dan digunapakai oleh penganut-penganut Kristian di Malaysia."

Sambutan tidak ketinggalan juga daripada para pemimpin tertinggi dan wakil-wakil gereja-gereja utama seperti Gereja Methodist, Gereja Assemblies of God, Gereja Anglican, Pertubuhan Bible Malaysia yang hadir dalam majlis-majlis pelancaran rasmi AVB.

Asal Usul LAB Network[sunting | sunting sumber]

LAB Network merupakan organisasi yang setakat ini terdiri daripada rangkaian persekutuan para pastor dan pemimpin Sabah, yang bergembleng tenaga untuk menerbit dan memasarkan AVB serta bahan-bahan kesarjanaan dalam kajian-kajian Alkitabiah bagi komuniti Kristian Malaysia dari kalangan suku Orang Asli, pribumi Sabah dan pribumi Sarawak serta kumpulan minoriti Cina dan India yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa sehari-harian di antara komuniti berbilang kaum yang beragama Kristian. Singkatan “LAB” juga ditetapkan untuk membawa maksud “Literature And Bible”. LAB Network akan diperluaskan nanti untuk memasukkan perwakilan gereja daripada negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ref: Alkitab Versi Borneo, LAB Network, Terbitan Jan. 2016