All Hail King Julien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
All Hail King Julien
Genre
Pengembaraan
Animasi
Komedi
Slapstick
Pelakon suara
Lagu pembukaan"Who Da King" oleh Blaze N Vill[1]
PenggubahFrederik Wiedmann
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan musim6
Bilangan episod78 (88 segmen)
Penerbitan
Penerbit eksekutifMitch Watson
Bret Haaland
Tempoh siaran22 minit[2]
Syarikat penerbitan
DreamWorks Animation Television
Syarikat pengedaran
NBCUniversal Television Distribution
Penyiaran
Saluran asalNetflix
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal19 Disember 2014 (2014-12-19) – 1 Disember 2017 (2017-12-01)
Pautan luar
Laman sesawang

All Hail King Julien (Melayu: Daulat Tuanku Raja Julien; Jawi: دولت توانکو راج جوليئن) merupakan sebuah siri animasi komputer berasal dari Amerika Syarikat. Ia dibintangi oleh King Julien, Maurice, Clover dan Mort dari francais filem animasi DreamWorks Animation Madagascar dan berlangsung di kepulauan Madagaskar. [3] Ia adalah rancangan DreamWorks Animation kedua yang berdasarkan francais Madagascar.

Siri ini dilancarkan pada 19 Disember 2014, di Netflix ketika lima episod 22 minit pertamanya disiarkan.[2] Pada 3 April 2015, 5 episod baharu dikeluarkan sebahagian daripada musim 1. Musim 2 dikeluarkan pada 16 Oktober 2015.[4] Musim 3 dikeluarkan pada 17 Jun 2016.[5] Musim 4 dilancarkan pada 11 November 2016, [6] sementara satu musim khas di antara musim keempat dan kelima berjudul All Hail King Julien: Exiled, dilancarkan pada 12 Mei 2017. Musim kelima dan terakhir dilancarkan pada 1 Disember 2017. Siri ini sedang menunjukkan tayangan ulang pada Universal Kids dan ABC Me

Plot ڤلوت[sunting | sunting sumber]

Apabila Raja Julien XII (juga dikenali sebagai Uncle King Julien, atau Pakcik Raja Julien), yang merupakan raja bagi Kerajaan Madagaskar (Kingdom of Madagascar), diramal akan dimakan oleh si fossa-fossa (dieja dan disebut sebagai "foosa" di dalam siri ini), Baginda menurun takhta, dan menyerahkannya kepada anak saudaranya, Raja Julien XIII (dikenali sebagai Raja Julien), seorang yang bertenaga dan suka berpesta, dalam satu percubaan untuk membunuh pewaris takhtanya itu. Namun, keadaannya berubah apabila Raja Julien XIII akhirnya tidak terbunuh. Sebaliknya, Baginda (Raja Julien XIII) kekal memerintah kerajaannya, dengan bantuan penasihat dirajanya, Maurice, dan panglima angkatan tentera dirajanya, Clover, serta sedikit sebanyak dari peminatnya Mort. Keempat-empat mereka menjadi satu pasukan yang gagah di sebalik pemerintahan kerajaan tersebut, dan dapat mematah ancaman dari bapa saudara Raja Julien yang sering cuba kembali ke takhtanya, si foosa-foosa, dan musuh ketat Raja Julien, Karl si musang licik.

Pada akhir musim keempat, sebuah kerajaan berhampiran yang lebih gagah di bawah pemerintahan Raja Koto iaitu Kerajaan Lemur Gunung (Mountain Lemur Kingdom), telah menakluki kepulauan Madagaskar dan mengalahkan Kerajaan Madagaskar, serta kerajaan-kerajaan lain di kepulauan tersebut, termasuk Kerajaan Tikus (Rat Kingdom), Kerajaan Buaya (Crocodile Kingdom) dan Wilayah Foosa (Foosa Territory), membawa kepada musim khusus berjudul All Hail King Julien: Exiled (Melayu: Daulat Tuanku Raja Julien: Dibuang Negeri; Jawi: دولت توانکو راج جوليئن: دبواڠ نݢري). Exiled mengisahkan satu peperangan yang telah diramalkan beribu-ribu tahun dahulu yang dipanggil War of the Beasts (Perang Sang Raksaksa). Musim khusus tersebut berakhir setelah Kerajaan Madagaskar dan sekutunya berjaya mengalahkan Raja Koto, dan kisahnya bersambung di dalam musim kelima dan terakhir siri tersebut.

Episod ايڤيسود[sunting | sunting sumber]

  • Musim 1
    • Jumlah episod: 10
    • Tarikh penyiaran: 19 Disember 2014 - 3 April 2015
    • Episod pertama: King Me
    • Episode akhir: One More Cup
  • Musim 2
    • Jumlah episod: 16
    • Tarikh penyiaran: 16 Oktober 2016
    • Episod pertama: My Fair Foosa
    • Episode akhir: King Juli-END?
  • Musim 3
    • Jumlah episod: 13
    • Tarikh penyiaran: 17 Jun 2016
    • Episod pertama: O Captain My Captain Pt. 1
    • Episode akhir: Run For the Border
  • Musim 4
    • Jumlah episod: 13
    • Tarikh penyiaran: 11 November 2016
    • Episod pertama: The All Hail King Julien Show
    • Episode akhir: Un-King Me
  • Exiled
    • Jumlah episod: 13
    • Tarikh penyiaran: 12 Mei 2017
    • Episod pertama: The Strife Aquatic
    • Episode akhir: The Day Before Tomorrow
  • Musim 5
    • Jumlah episod: 13
    • Tarikh penyiaran: 1 Disember 2017
    • Episod pertama: Julien 2.0
    • Episode akhir: The End is Here

All Hail King Julien: New Year's Eve Countdown (2014)[sunting | sunting sumber]

All Hail King Julien: New Year's Eve Countdown adalah filem animasi komputer pendek berdurasi tiga minit mengenai sambutan tahun baru di Kerajaan Madagascar.[7]

All Hail King Julien: Happy Birthday to You (2017)[sunting | sunting sumber]

All Hail King Julien: Happy Birthday to You adalah satu filem animasi komputer pendek berdurasi satu minit, mengenai sambutan hari jadi.[8]

Watak واتق[sunting | sunting sumber]

Watak utama واتق اوتام[sunting | sunting sumber]

  • Raja Julien XIII (disuarakan oleh Danny Jacobs) - Raja Kerajaan Madagaskar yang bersikap degil, tamak dan mementingkan diri sendiri. Baginda dikelilingi pasukannya termasuk penasihat dirajanya, Maurice, pengawal peribadinya, Clover, dan peminat terbesarnya, Mort, yang membantu Baginda untuk mencapai kejayaan dan menjadi raja yang lebih baik. Beliau sangat gemarkan keseronokan dan berpesta, sehinggakan kadang-kadang menimbulkan masalah terhadap kerajaan dan rakyatnya. Namun Baginda semakin lama semakin sedar dan mempelajari daripada kesilapannya, sehinggakan diangkat sebagai Satu-satunya Raja Kepulauan Madagaskar oleh penduduk-penduduk kepulauan tersebut termasuk pemimpin kerajaan-kerajaan lain, dan memimpin seluruh penduduk kepulauan tersebut dalam satu peperangan yang besar.
  • Maurice (disuarakan oleh Kevin Michael Richardson) - Penasihat diraja dan kawan baik kepada Raja Julien. Beliau telah membesar bersama Raja Julien setelah dijumpa oleh Baginda di tengah-tengah hutan Madagaskar pada ketika Baginda masih kecil. Beliau datang dari spesis Aye-Aye yang hidup di Kerajaan Aye-Aye, namun tidak mengetahui asal usulnya hingga beliau terserempak bersama kakaknya di sana. Beliau juga dipanggil The Chosen One (insan yang terpilih) oleh si siput-siput. Beliau berkawan rapat dengan Raja Julien, Clover dan Mort.
  • Clover (disuarakan oleh India de Beaufort) - Pengawal peribadi kepada Raja Julien, serta Panglima Ringtail Guard, iaitu angkatan tentera diraja bagi Kerajaan Madagaskar. Beliau bersikap paranoid dan terlalu tegas, namun di bawah pemerintahan Raja Julien, Baginda telah membawa sedikit sebanyak ketenangan ke dalam hatinya, sehinggakan beliau akhirnya menjumpai keseronokan dalam dunia. Beliau amat rapat dengan rakan akrabnya termasuk Raja Julien, Maurice dan Mort.
  • Mort (disuarakan oleh Andy Richter) - Peminat nombor satu Raja Julien yang dengan secara tidak sengaja mengganggu Raja Julien. Beliau merupakan antara watak tertua di dalam siri ini, dan datang dari spesis sejenis makhluk yang sering dirujuk sebagai 'mort', yang datang dengan pelbagai karakter dan gaya, tetapi rupa badan yang hampir sama. Mort sendiri dikatakan telah menyerap roh-roh para leluhurnya serta mort-mort yang lain. Beliau juga merupakan pemerintah tertinggi bagi alam semesta Mortverse, dan memimpin satu bala tentera beribu-ribu mort yang lain. Beliau merasakan dirinya sebagai teman rapat Raja Julien, dan juga rapat dengan Maurice dan Clover.

Watak sampingan واتق سامڤيڠن[sunting | sunting sumber]

  • Masikura (disuarakan oleh Debra Wilson) - Seekor sumpah-sumpah berkuasa ghaib yang merupakan penasihat diraja Raja Julien bagi bidang ilmu ghaib. Beliau berkebolehan untuk menghilang dan menjelma, serta merentas jarak dan membaca minda orang lain.
  • Xixi (disuarakan oleh Betsy Sodaro) - Seekor burung toucan yang merupakan satu-satunya wartawan tekenal di Kepulauan Madagaskar. Beliau mempunyai rancangan televisyennya yang tersendiri berjudul Xixi's Show (rancangan Xixi) dan sangat mementingkan kerjayanya.
  • Timo (disuarakan oleh David Krumholtz) - Seekor tenrec yang merupakan pakar sains dan bergelar 'Scizard' (gabungan perkataan Inggeris 'science' iaitu sains, dan 'wizard' iaitu penyihir) Diraja bagi Raja Julien. Beliau tidak mempunyai banyak kawan namun bersikap mesra terhadap orang lain.
  • Ted (disuarakan oleh Andy Richter) - Seekor lemur yang merupakan penolong panglima Ringtail Guard. Walaupun sikapnya selalu gementar, namun beliau selalu cuba beranikan diri ketika menghadapi ancaman.

Musuh موسوه[sunting | sunting sumber]

  • Uncle King Julien (disuarakan oleh Henry Winkler) - Bapa saudara kepada Raja Julien yang pernah menjadi raja Kerajaan Madagaskar. Baginda sering kembali ke Madagaskar untuk cuba membunuh anak saudaranya dan merampas semula takhta tersebut.
  • Karl (disuarakan oleh Dwight Schultz) - Seekor musang yang licik dan pencipta alat-alat canggih yang juga merupakan musuh ketat Raja Julien. Beliau sering mencari jalan untuk menjatuhkan Raja Julien, dan tidak mahu sesiapa selain dirinya untuk melakukan sedemikian.
  • Raja Koto (disuarakan oleh Maurice LaMarche) - Seekor lemur gunung yang merupakan raja bagi Kerajaan Lemur Gunung. Beliau mendapati takhtanya slepas kemangkatan ayahandanya, dan keputusan kekandanya, Sage Moondancer untuk tidak menaiki takhta.
  • Crimson (disuarakan oleh India de Beaufort) - Crimson merupakan seekor lemur yang pernah sama bercinta dengan Raja Julien, tetapi apabila dihenti oleh kembarnya Clover akibat kecemburuan, beliau cuba membalas dendam dengan membunuh Raja Julien.

Ketua-ketua kerajaan lain کتوا٢ کراجاءن لاءين[sunting | sunting sumber]

  • Raja Joey (disuarakan oleh Bill Faggerbakke) - Seekor tikus besar Madagaskar dan raja pertama bagi Kerajaan Tikus. Kerajaannya bersikap mesra dengan Kerajaan Madagaskar, dan sering menolong sama sendiri ketika peperangan.
  • Crocodile Ambassador (disuarakan oleh Kevin Michael Richardson) - Seekor buaya yang bijak, dan pemerintah bagi Kerajaan Buaya. Beliau bersikap licik, dan kesekutuannya bersama Kerajaan Madagaskar adalah tidak tetap, dan beliau pernah berpaling tadah ketika satu peperangan besar.
  • Mary Ann (disuarakan oleh Debra Wilson) - Pemerintah para foosa di Wilayah Foosa yang telah 'dilemurkan' (lemurise) dan bersikap mesra terhadap Kerajaan Madagaskar. Beliau berkahwin dengan seekor lemur, dan pernah membantu Kerajaan Madagaskar dalam satu peperangan.
  • Putera Brodney (disuarakan oleh Rob Paulsen) - Seekor lemur aye-aye yang telah 'diabangkandungkan' bersama Raja Julien, dan menjadi pemerintah Kerajaan Aye-Aye (Aye-Aye Kingdom), sebuah wilayah di bawah pengaruh dan pertahanan Kerajaan Madagaskar.

Penerbitan ڤنربيتن[sunting | sunting sumber]

Siri ini diumumkan pada bulan Mac 2014 sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Netflix dan DreamWorks Animation, di mana studio tersebut akan mengembangkan lebih dari 300 jam pengaturcaraan eksklusif untuk perkhidmatan ini.[9] Siri ini berdasarkan watak-watak dari francais filem Madagascar. Danny Jacobs, Andy Richter dan Kevin Michael Richardson mengulangi peranan mereka dari media Madagascar sebelumnya, sementara Henry Winkler, India de Beaufort dan Betsy Sodaro bergabung dengan para pelakon.

Penerimaan ڤنريماءن[sunting | sunting sumber]

Penerimaan kritikal ڤنريماءن کريتيکل[sunting | sunting sumber]

Siri ini telah mendapat tinjauan yang baik, mendapat pujian kritis terutamanya kerana relevan dengan budayanya. Selain itu, Jacobs dan pelakon lain dipuji kerana suara mereka bertindak dalam siri ini.[perlu rujukan]

Selepas pelepasan awal lima episod pertama, Robert Lloyd dari Los Angeles Times menulis dalam ulasannya bahawa siri ini "berjaya dalam hal gaya, skrip, masa dan prestasi, bukan jumlah bulu yang dihasilkan bagi setiap kulit haiwan. Dan Raja Julien menyampaikan semua akaun penting."[10]

Rujukan روجوعن[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Who's da King (All Hail King Julien Theme) – Single". iTunes. Dicapai pada December 13, 2014.
  2. ^ a b "The Wildest Party Ever Hits the Jungle When the Netflix Original Series ALL HAIL KING JULIEN Debuts Dec. 19" (Siaran akhbar). PR Newswire. November 3, 2014. Dicapai pada November 3, 2014.
  3. ^ "King Julien". DreamWorks. Diarkibkan daripada yang asal pada October 10, 2014. Dicapai pada September 26, 2014.
  4. ^ Liu, Ed (October 15, 2015). "CLIP: "All Hail King Julien"'s Return to Netflix on October 16, 2015". ToonZone. Dicapai pada October 15, 2015.
  5. ^ Diaz, Eric (June 16, 2016). "DreamWorks' All Hail King Julien Pays Tribute to Two Peaks". Nerdist. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2016. Dicapai pada August 21, 2016.
  6. ^ "Netflix's New Releases Coming in November 2016". The Hollywood Reporter. October 21, 2016. Dicapai pada November 12, 2016.
  7. ^ "All Hail King Julien: New Year's Eve Countdown | Netflix Official Site". www.netflix.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-10.
  8. ^ "All Hail King Julien: Happy Birthday to You! | Netflix". www.netflix.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-25.
  9. ^ Spangler, Todd (March 13, 2014). "Netflix to Add Three Original Series from DreamWorks Animation, Sets Debut for New 'Turbo FAST' Episodes". Variety. Dicapai pada August 21, 2016.
  10. ^ Lloyd, Robert (December 19, 2014). "Review: 'All Hail King Julien' lets the 'Madagascar' rave begin". Los Angeles Times. Dicapai pada December 20, 2014.

Pautan luar ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]