All Men Are Brothers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
All Men Are Brothers
Kulit 2006
Umum
PengarangShi Nai'an
Tajuk asal
水滸傳
NegaraChina
BahasaBahasa Inggeris
GenreNovel klasik Cina (roman kesateriaan)
Penerbitan
PenterjemahPearl S. Buck
PenerbitMoyer Bell
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
1933
Jenis media
Cetakan kulit nipis
Halaman693 m.s.
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 1-55921-203-5 Invalid ISBN

All Men Are Brothers ialah karya terjemahan novel klasik Cina abad ke-14 ke dalam bahasa Inggeris oleh Pearl S. Buck yang diterbitkan buat pertama kali pada 1933. Novel terjemahan itu yang dianggap sebagai salah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina adalah berkenaan dengan sekumpulan setia negarawan di China pada akhir zaman Dinasti Sung. Kumpulan itu terdiri daripada 105 lelaki dan 3 wanita yang berjuang untuk membantu Maharaja menyingkirkkan bendaharanya yang bersifat kuku besi.[1]

Judul All Men Are Brothers yang membawa pengertian "Semua Lelaki Saudara-bersaudara" bukannya terjemahan harfiah judul bahasa Cina yang asal. Namun dalam Prakata Penterjemah bukunya, Buck berasa adanya keperluan untuk memberi penjelasan seperti yang berikut: [2]

"Sudah tentu, judul bahasa Inggeris bukannya terjemahan judul Cina yang langsung tidak dapat diterjemahkan. Perkataan "shui" bererti air, perkataan "hu", pinggir atau sempadan, manakala perkataan "chuan" adalah padanan untuk novel dalam bahasa Inggeris. Diatur seiring dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan itu hampir tidak bermakna sehingga memberikan, setidak-tidaknya berdasarkan pendapat saya, tanggapan yang tidak adil terhadap buku itu. Justera, saya telah memilih secara sembarangan, satu pepatah termasyhur Confucius sebagai judul bahasa Inggerisnya supaya, daripada segi kelonggaran dan implikasinya, ia dapat menonjolkan semangat kumpulan perompak yang salih itu."

Kaedah penterjemahan[sunting | sunting sumber]

Mengikut Buck:

"Terjemahan "Shui Hu Chuan", salah satu novel Cina yang paling terkenal, tidak berpura-pura bersifat usaha sarjana melalui pemberian penjelasan dan dokumentasi yang teliti. Sebenarnya, sewaktu saya menterjemahkan novel ini, saya tidak mempunyai sebarang minat akademik, serta juga tidak ada tujuan yang lain selain daripada kegembiraan saya terhadap novel aslinya sebagai sebuah kisah cemerlang yang diceritakan dengan unggul. Saya telah menterjemahkannya secara harfiah dengan sedaya upaya saya kerana, bagi saya, gayanya dalam bahasa Cina amat sesuai untuk bahannya, dan satu-satunya usaha saya adalah untuk menjadikan terjemahan saya mirip dengan versi Cina sejauh yang dapat kerana saya mengingini pembaca yang tidak faham akan bahasa itu mendapat sekurang-kurangnya tanggapan bahawa mereka sedang membaca karya asli".[1]
"Mungkin dapat saya menarik minat jika saya mencerita di sini tentang kaedah yang saya gunakan dalam penterjemahan saya. Pertamanya, saya membaca semula seluruh isi buku asli dengan teliti secara sendirian. Kemudian, Lung membacanya kuat-kuat kepada saya sementara saya menterjemah dengan seberapa tepat yang dapat, ayat demi ayat. Saya mendapati bahawa dengan mengikut bacaannya, saya dapat menterjemah dengan lebih pantas tetapi pada waktu yang saya, saya juga mengekalkan salinan asli yang dibuka di sisi saya untuk rujukan tidak henti-henti. Selepas terjemahan disiapkan, Lung dan saya meneliti seluruh karya saya secara bersama-sama dan membandingkannya, perkataan demi perkataan, dengan karya asli. Sebagai awasan tambahan demi memastikan ketepatan, saya meneliti terjemahan saya itu semula dengan satu lagi kawan Cina saya".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Moyer Bell Books: All Men Are Brothers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-23. Dicapai pada 2009-11-03.
  2. ^ Pearl S. Buck. The Translator's Preface, All Men Are Brothers (2006). xvii. Moyer Bell. ISBN 1-55921-303-5
  3. ^ Pearl S. Buck. The Translator's Preface, All Men Are Brothers (2006). xix. Moyer Bell. ISBN 1-55921-303-5

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bahasa Cina[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]


Watak Hikayat Pinggir Air
Pengasas
Chao Gai
36 Makhluk dari Syurga
Song Jiang | Lu Junyi | Wu Yong | Gongsun Sheng | Guan Sheng | Lin Chong | Qin Ming | Huyuan Zhuo | Hua Rong | Chai Jin | Li Ying | Zhu Tong | Lu Zhishen | Wu Song | Dong Ping | Zhang Qing | Yang Zhi | Xu Ning | Suo Chao | Dai Zhong | Liu Tang | Li Kui | Shi Jin | Mu Hong | Lei Heng | Li Jun | Ruan Xiaoer | Zhang Heng | Ruan Xiaowu | Zhang Shun | Ruan Xiaoqi | Yang Xiong | Shi Xiu | Xie Zhen | Xie Bao | Yan Qing
72 Setan Duniawi

Zhu Wu | Huang Xin | Sun Li | Xuan Zan | Hao Si-wen | Han Tao | Peng Qi | Shan Ting-gui | Wei Ding-guo | Xiao Rang | Pei Xuan | Ou Peng | Deng Fei | Yan Shun | Yang Lin | Ling Zhen | Jiang Jing | Lu Fang | Guo Sheng | An Dao-quan | Huangfu Duan | Wang Ying | Hu San Niang | Bao Xu | Pan Rui | Kong Ming | Kong Liang | Xiang Chong | Li Gun | Jin Da-jian | Ma Lin | Tong Wei | Tong Meng | Meng Kang | Hou Jian | Chen Da | Yang Chun | Zheng Tian-shou | Tao Zong-wang | Song Qing | Yue He | Gong Wang | Ding De-sun | Mu Chun | Cao Zheng | Song Wan | Du Qian | Xue Yong | Shi En | Li Zhong | Zhou Tong | Tang Long | Du Xing | Zou Yuan | Zou Run | Zhu Gui | Zhu Fu | Cai Fu | Cai Qing | Li Li | Li Yun | Jiao Ting | Shi Yong | Sun Xin | Gu Dasao | Zhang Qing | Sun Er Niang | Wang Ding-liu | Yu Bao-si | Bai Sheng | Shi Qian | Duan Jing-zhu