All of Us Are Dead

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
All of Us Are Dead
Genre
Berdasarkan daripada
Now at Our School oleh
Joo Dong-geun
Ditulis olehChun Sung-il
Pengarah
Dibintangi oleh
PenggubahMowg
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan musim1
Bilangan episod12
Penerbitan
PenyuntingShin Min-kyung
SinematografiPark Se-seung
Pemasangan kamera
Kamera tunggal
Tempoh siaran53-72 jam
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Netflix
Penyiaran
Saluran asalNetflix
Format gambar4K (Ultra HD)
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Januari 2022 (2022-01-28)
Pautan luar
Laman rasmi
Tapak sesawang penerbitan

All of Us Are Dead (Hangul지금 우리 학교는; Hanja只今 우리 學校는; RRJigeum Uri Hakgyoneun; "Sekolah Kita Kini") ialah sebuah drama zombi seram Korea Selatan 2022 yang dibintangi Yoon Chan-young, Park Ji-Hoo, Cho Yi-hyun, Park Solomon dan Yoo In-soo. Drama ini adalah berdasarkan sebuah webtoon Naver, Now at Our School oleh Joo Dong-geun yang diterbitkan dari 2009 hingga 2011, dan siri ini telah dilancarkan pada 28 Januari 2022 di Netflix.[2][3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan sebuah sekolah tinggi yang menjadi pusat wabak suatu virus zombi, di mana pelajar yang terperangkap mesti berusaha keluar dari sekolah itu untuk mengelakkan diri mereka bertukar menjadi salah seorang yang dijangkiti virus tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tinggi Hyosan[sunting | sunting sumber]

Pelajar[sunting | sunting sumber]

  • Park Ji-hoo sebagai Nam On-jo [4]
Seorang pelajar Kelas 2-5, dia tinggal bersebelahan dengan Cheong-san.
  • Yoon Chan-young sebagai Lee Cheong-san [4]
Seorang pelajar Kelas 2-5, dia tinggal bersebelahan dengan On-jo.
  • Park Solomon sebagai Lee Soo-hyuk [4]
Seorang pelajar Kelas 2-5, dia pandai bergaduh kerana pernah menjadi pembuli di sekolah dahulu.
  • Cho Yi-hyun sebagai Choi Nam-ra [4]
Presiden kelas Kelas 2-5, dia menduduki tempat pertama dalam kelas tetapi mempunyai sikap dingin.
  • Lee Yoo-mi sebagai Lee Na-yeon [4]
Seorang pelajar Kelas 2-5, dia dilahirkan dengan sudu emas.
  • Kim Bo-yoon sebagai Seo Hyo-ryung
Seorang pelajar Kelas 2-5.
  • Kim Joo-ah sebagai Yoon I-sak
Seorang pelajar Kelas 2-5, dia berkawan baik dengan On-jo.
  • Im Jae-hyuk sebagai Yang Dae-su
Seorang pelajar Kelas 2-5.
  • Son Sang-yeon sebagai Jang Woo-jin
Seorang pelajar Kelas 2-5, dia adalah adik kepada Ha-ri.
  • Kim Jin-young sebagai Kim Ji-min
Seorang pelajar Kelas 2-5.
  • Ham Sung-min sebagai Han Gyeong-su
Seorang pelajar Kelas 2-5, dia berkawan rapat dengan Cheong-san.
Seorang pelajar Kelas 2-5, dia adalah pelajar terbaik di sekolah.
Seorang pelajar tahun akhir sekolah itu, dia berhasrat untuk memasuki universiti sukan dengan memanah. Dia juga merupakan kakak kepada Woo-jin.
  • Lee Eun-saem sebagai Park Mi-jin
Seorang pelajar tahun akhir sekolah itu.
  • Jin Ho-eun sebagai Jung Min-jae
Seorang pelajar Tahun 2 sekolah itu, dia ialah ahli kelab memanah sekolah.
  • Yang Han-yeol sebagai Yoo Jun-seong
Seorang pelajar tahun akhir sekolah itu.
  • Yoo In-soo sebagai Yoon Gwi-nam [4]
Seorang pelajar sekolah itu, yang memainkan peranan dalam kes buli Eun-ji dan Chul-soo.
  • Oh Hye-soo sebagai Min Eun-ji
Seorang pelajar sekolah itu, dia adalah mangsa buli Gwi-nam.
  • Ahn Ji-ho sebagai Kim Chul-soo
Seorang pelajar sekolah itu, dia adalah mangsa buli Gwi-nam.
  • Jung Yi-seo sebagai Hwang Hyeon-ju
Seorang pelajar sekolah itu, dia memainkan peranan dalam buli dengan Gwi-nam.
  • Lee Chae-eun sebagai Park Hee-su
Seorang pelajar sekolah yang sedang hamil.
  • Lee Min-goo sebagai Lee Jin-su
Seorang pelajar sekolah itu, dia adalah anak kepada Byeong-chan yang sering dibuli di sekolah.
  • Oh Hee-joon sebagai Son Myung-hwan [6]
Seorang pelajar sekolah, dia mengetuai buli pelajar sekolah itu.
  • Shin Jae-hwi sebagai Park Chang-hoon [7]
Seorang pelajar sekolah, dia memainkan peranan dalam buli pelajar sekolah itu.

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

  • Kim Byung-chul sebagai Lee Byeong-chan [8]
Seorang guru sains hayat sekolah.
  • Lee Sang-hee sebagai Park Sun-hwa
Seorang guru Bahasa Inggeris sekolah, dan merupakan guru tingkatan Kelas 2-5.
  • Yoon Byung-hee sebagai Kang Jin-goo
Seorang guru sukan sekolah.
  • Ahn Si-ha sebagai jururawat sekolah
  • Yoon Kyung-ho sebagai Jung Yong-nam
Dekan sekolah.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Seorang detektif Balai Polis Hyosan.
  • Park Jae-chul sebagai Jeon Ho-chul
Seorang pegawai polis bantuan.
  • Jeon Bae-soo sebagai Nam So-ju
Kapten pasukan penyelamat Balai Bomba Hyosan 1. Dia juga bapa On-jo.
  • Woo Ji-hyun sebagai Kim Woo-shin
Anggota termuda pasukan penyelamat Balai Bomba Hyosan 1.
  • Dong Hyun-bae sebagai Park Young-hwan
Seorang paramedik pasukan penyelamat Balai Bomba Hyosan 1.
  • Lee Ji-hyun sebagai ibu Cheong-san
Dia membuka restoran ayam goreng Cheongsan Chicken.
Seorang Ahli Parlimen yang mewakili Hyosan.
  • Jo Dal-hwan sebagai Jo Dal-ho [10]
Seorang pembantu kanan.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 April 2020, Netflix mengumumkan melalui siaran akhbar bahawa JTBC Studios dan Film Monster akan menghasilkan siri berjudul All of Us Are Dead berdasarkan webtoon popular Now at Our School .[11][12]

Pembintangan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 April 2020, Yoon Chan-young telah disahkan membintangi siri ini sebagai seorang pelajar.[13] Park Ji-hoo menyertai pelakon utama pada 22 April.[14] Pada 1 Julai, mereka secara rasmi disertai oleh Cho Yi-hyun, Park Solomon dan Yoo In-soo.[15]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran digantung buat sementara waktu pada Ogos 2020 kerana penularan semula wabak COVID-19 di Korea Selatan.[16]

Pelancaran[sunting | sunting sumber]

Siri ini dikeluarkan di Netflix pada 28 Januari 2022. Kesemua 12 episod, setiap satu dengan masa tayangan sekitar 53 hingga 72 minit, tersedia untuk penstriman.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Tapak web pengumpul ulasan Rotten Tomatoes melaporkan penilaian kelulusan sebanyak 100% berdasarkan 8 ulasan, dengan penilaian purata 7.6/10.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Help Is Not Coming! All Of Us Are Dead released new teaser trailer & stills that are full of suspense and thrills". Netflix Media Center. Netflix. 6 Januari 2022. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  2. ^ "Zombie K-Drama 'All of Us Are Dead' Coming to Netflix in Januari 2022". What's on Netflix. September 25, 2021.
  3. ^ Ha Su-jeong (31 Disember 2021). "좀비물 '지금 우리 학교는', 넷플릭스 1월 28일 공개 확정 [공식]". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 31 Disember 2021.
  4. ^ a b c d e f Kim, Saet-byul (6 Januari 2022). "박지후·윤찬영·조이현, 괴물 신예 탄생 알릴 '지금 우리 학교는" (dalam bahasa Korea). The Fact. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2022. Dicapai pada 6 Januari 2022 – melalui Naver.
  5. ^ Kim, Yeon-ji (16 Jun 2020). "안승균, 넷플릭스 '지금 우리 학교는' 출연..이재규 감독과 호흡" (dalam bahasa Korea). Ilgan Sports. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui Naver.
  6. ^ Park, Soo-in (6 Julai 2020). "오희준 '지금 우리 학교는' 합류, 윤찬영→박지후와 호흡(공식)" (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui Naver.
  7. ^ "Shin Jae-hwi Cast for Netflix "All of Us Are Dead"". HanCinema. 21 Julai 2020. Dicapai pada 1 Januari 2021.
  8. ^ "Kim Byung-chul in "All of Us Are Dead"... Joins the K-Zombie Craze". HanCinema. 29 Julai 2020. Dicapai pada 1 Januari 2021.
  9. ^ Kang, Min-kyung (19 Mei 2020). "[단독]배해선, 넷플릭스 '지금 우리 학교는' 출연..열일 행보 ing" (dalam bahasa Korea). MT Star News. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui Naver.
  10. ^ "Jo Dal-hwan to Star in "All of Us Are Dead"". HanCinema. 3 September 2020. Dicapai pada 1 Januari 2021.
  11. ^ Kang, Minji (12 April 2020). "Netflix Introduces New Original Series All of Us Are Dead Based on Popular Korean Webtoon". Netflix Media. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  12. ^ Tartaglione, Nancy (13 April 2020). "Netflix Orders Korean Zombie Series 'All Of Us Are Dead'". Deadline. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  13. ^ Yoo, Ji-hye (19 April 2020). "Yoon Chan-young Reportedly Starring in the Netflix Drama "All of Us Are Dead"". HanCinema. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  14. ^ Noh, Gyu-min (22 April 2020). "'벌새' 박지후, 넷플릭스 '지금 우리 학교는' 주연 물망…"확인중" [공식]". Hankyung (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 18, 2020.
  15. ^ Jung, Ha-eun (1 Julai 2020). "'지금 우리 학교는' 윤찬영X박지후X조이현X로몬X유인수 캐스팅 확정[공식]". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 1 Julai 2020.
  16. ^ Cheon, Geum-joo (27 Ogos 2020). "Netflix Korean Contents to Cease Production Due to COVID-19". HanCinema. Dicapai pada 20 Oktober 2020.
  17. ^ "All of Us Are Dead". Rotten Tomatoes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Januari 2022.

 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]