Allah Rahmatkan Raja Kami
Jata Negeri Pahang | |
negeri Lagu Pahang | |
| Juga dikenali sebagai | Allah Selamatkan Sultan Kami |
|---|---|
| Muzik | Dorothy Lilian Sworder, 1924 |
| Diguna pakai | 1925 |
| Sampel audio | |
Allah Rahmatkan Raja Kami (instrumental versi terkini) | |
Allah Rahmatkan Raja Kami (Jawi: الله رحمتکن راج کامي) ialah lagu rasmi Pahang Darul Makmur negeri Malaysia yang diterima pakai secara rasmi pada tahun 1925. Lagu negeri itu berdasarkan lagu Perang Pahang yang disusun semula oleh Miss Dorothy Lilian Sworder pada Disember 1924.[1][2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1924, semasa pemerintahan Sultan Abdullah al-Mu'tassim Billah, satu pertandingan telah diatur di Pahang untuk memilih lagu untuk lagu negeri. Salah satu penyertaan telah dikemukakan oleh Cik Dorothy Lilian Sworder (1892–1982), anak perempuan Pegawai Pertanian di Pekan, yang sedang melawat ayahnya. Miss Sworder ialah seorang pemuzik berbakat dan LRAM. Gubahan beliau, yang merupakan versi penyusunan semula lagu Perang Pahang, telah dipilih dan disampaikan oleh Residen British Pahang, H.W Thompson kepada Sultan pada 1 Mei 1925. Skor muzik lagu itu dihantar ke Kuala Lumpur dan dipersembahkan buat pertama kali oleh Pancaragam Negeri semasa mesyuarat majlis Persekutuan pada tahun yang sama.[2][3]
Lirik
[sunting | sunting sumber]Lagu rasmi semasa ialah versi diubah suai bagi lirik asal. Lirik lagu negeri Pahang untuk versi kedua pada baris ketiga, istilah asal Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah disemak kepada Duli Yang Maha Mulia. Begitu juga pada baris ketujuh, Ke Bawah Duli Raja Kami telah disemak kepada Duli Tuanku Raja Kami.[4]
Lirik lagu negeri Pahang diubah sekali lagi pada tahun 2025 sebanyak 3 baris diubah iaitu baris sama, Duli Paduka Baginda (ketiga) dan Duli Baginda Raja Kami (ketujuh) bersempena gelaran terkini Al-Sultan Abdullah serta baris keenam yang mengubahkan lirik Ya Allah selamatkan kepada Ya Allah rahmatkanlah.[1]
Versi Pertama (1925 - 1974)
[sunting | sunting sumber]| Allah Selamatkan Sultan Kami[5] | |
|---|---|
| Bahasa Melayu | Tulisan Jawi |
|
Ya Allah yang maha kuasa |
يا اللّٰه يڠ مها کواس |
Versi Kedua (1974 - Oktober 2025)
[sunting | sunting sumber]| Allah Selamatkan Sultan Kami[6] | |
|---|---|
| Bahasa Melayu | Tulisan Jawi |
|
Ya Allah yang maha kuasa |
يا اللّٰه يڠ مها کواس |
Versi Ketiga (Oktober 2025 - Kini)
[sunting | sunting sumber]| Allah Rahmatkan Raja Kami[1] | |
|---|---|
| Bahasa Melayu | Tulisan Jawi |
|
Ya Allah yang maha kuasa |
يا اللّٰه يڠ مها کواس |
Maklumat Tambahan Lagu Kebesaran Negeri Pahang
[sunting | sunting sumber]| Tajuk Lagu | Tahun | Pemerintah Semasa | Audio | Nota | |
|---|---|---|---|---|---|
| Instrumen | Chorus / Korus | ||||
| Allah Selamatkan Sultan Kami (Versi Pertama) | 1925 - 1974 | • Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah • Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah |
|||
| Allah Selamatkan Sultan Kami (Versi Kedua) | 1974 - Oktober 2025 pindaan 1974 | • Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah • Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
|||
| Allah Rahmatkan Raja Kami (Versi Terkini) | Oktober 2025 - Kini pindaan 2025 | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | |||
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Lagu Negeri Pahang". www.pahang.gov.my. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang. Dicapai pada 12 Oktober 2025.
- ^ a b Isa, Yaakub; Abu Baakar, Mohammad Mokhtar (1997). "Meneliti Celah-Celah Fail Arkib Negara Malaysia". Monograf Pahang dalam Sejarah. 7. Lembaga Muzium Negeri Pahang (kini Perbadanan Muzium Negeri Pahang).
- ^ The Keeper of Public Records (5 April 1961). "How the State Anthems of Malaya came to be written". myrepositori.pnm.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Negara Malaysia (melalui sumber Persatuan Sejarah Malaysia). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 16 Januari 2023. Dicapai pada 12 Oktober 2025.
- ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ "Allah Selamatkan Sultan Kami". Anthems Wiki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2026.
- ^ "Allah Selamatkan Sultan Kami". Anthems Wiki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2026.
| Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) | |
|---|---|
| Timur Malaysia (Malaysia Borneo) | |
| Wilayah Persekutuan | |
| lihat juga:
| |
