Pergi ke kandungan

Alleycats

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alleycats
AsalPulau Pinang Sunting nilai ini di Wikidata, Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop
Rock
Progresif Rock
Funky
Tahun aktif1969 Sunting nilai ini di Wikidata
DiskografiLihat: Alleycats discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakamanPolyGram Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanDavid Arumugam, M. Nasir, S. Amin Shahab
AnggotaFrank Ong (1976–1986)
David Arumugam Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Tapak sesawangalleycatsmalaysia.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainSpotify: 3EishOnQE3kd30o5V2pXdt Apple Music: 456240959 Musicbrainz: 5accd16f-2d11-413c-b634-b85df8beb0e8 Songkick: 120706 Discogs: 3754104 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kumpulan Alleycats merupakan kumpulan rock Malaysia yang terkenal dengan lagu Jika Kau Bercinta Lagi dan Senandung Semalam. Kumpulan ini boleh dikatakan kumpulan muzik bukan Melayu yang paling berjaya memikat hati pendengar muzik Melayu. Alleycats yang mula menyanyi di kelab dan menghasilkan album sejak tahun 1970-an masih kekal hingga sekarang dan mereka masih aktif menyanyi. Alleycats juga adalah penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album studio baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan, ND Lala dan Noraniza Idris

Kumpulan Alleycats pernah membuat persembahan di kelab Mocambo di Hong Kong pada tahun 1976. Sepatutnya kontrak persembahan mereka hanya selama tiga tahun tetapi atas sambutan meriah, pendiaman mereka di wilayah tersebut dipanjangkan menjadi tiga tahun dan mereka juga meraih perhatian melalui persembahan televisyen. Setelah itu, mereka berpindah ke Singapura setelah menerima tawaran merakam album.

Di Singapura, album bahasa Melayu pertama mereka Terima Kasih diterbitkan pada tahun 1978, menonjolkan dua vokalis adik beradik kelahiran Pulau Pinang ini dengan stail rambut Afro mereka. Untuk album pertama kebanyakan lagu yang terkandung dalam album ini adalah lagu saduran kecuali lagu Senandung Semalam. Kedua-dua adik-beradik itu, David dan Loganathan Arumugam merupakan pengasas kumpulan Alleycats.

Album ketiga mereka Dapatkah menyaksikan bermulanya sumbangan lagu-lagu ciptaan mereka ke dalam album termasuk lirik yang mereka tulis sendiri (mungkin dengan sedikit bantuan M. Nasir) iaitu Ka Pulau Permai, Kisah Semalam dan Sejak Ketiadaanmu.

Album keempat Alleycats 4 melonjakkan nama Alleycats ke antara mercu teratas pesada muzik tempatan pada awal 1980-an sebaris dengan artis-artis berkumpulan seperti Black Dog Bone, Carefree, Sweet Charity, Blues Gang dan banyak lagi.

Dengan kemunculan album Kuching Alleycats menempatkan diri mereka di tangga teratas di kalangan artis vokal berkumpulan ketika itu. Pada sekitar tahun 1984, mereka melahirkan sebuah album konsep eksperementasi iaitu Drama Kehidupan yang menyimpang daripada tema cinta seperti yang terkandung di dalam album-album mereka sebelum ini. Biarpun begitu, album ini tidak begitu berjaya menonjolkan lagu-lagu "hits" seperti album-album sebelumnya. Alleycats kembali menerapkan tema asal mereka dalam album Kerana.

Alleycats sedikit terjejas daripada segi penjualan album setelah M. Nasir meninggalkan Polygram dan tidak lagi menyumbangkan lagu ciptaan beliau kepada kumpulan muzik ini. Biarpun begitu, Alleycats terus bertahan dalam industri rakaman tempatan dengan menghasilkan album setiap tahun sehingga memasuki tahun-tahun 1990-an apabila terpaksa bersaing dengan kumpulan-kumpulan muzik rock yang penuh bertenaga seperti Search, Lefthanded, Wings dan lain-lainnya yang kelihatan merampas kedudukan mereka di pesada teratas industri muzik tempatan.

Pada tahun 1992, Alleycats melahirkan album studio berkonsepkan rock sepenuhnya iaitu Untukmu, namun album ini tidak diterbitkan oleh penerbit biasa mereka Eric Yeoh. Eric kembali buat kali terakhir menerbitkan album Alleycats iaitu Kucing Lorong pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Alleycats melahirkan sebuah album "tribute" dengan merakamkan semula lagu-lagu hits artis-artis tempatan, Singapura dan Indonesia yang popular sejak tahun-tahun 60-an hingga 80-an dengan cara mereka yang tersendiri, dan sesuai dengan usaha mereka tersebut, album ini diberi tajuk Interpretasi.

M. Nasir kembali menyumbang lagu-lagu ciptaannya dalam album Alleycats 2001, sekaligus bertindak selaku penerbit apabila Polygram diambil alih oleh Universal Music. Nasir dikahabarkan kini (2015) sediang giat mengusahakan penerbitan album studio terbaru Alleycats.

Kewujudan kumpulan ini dianggap penting kepada industri muzik Malaysia ketika itu. Sehingga hari ini mereka masih dianggap salah sebuah kumpulan muzik teragung dalam sejarah muzik Malaysia. Sungguhpun banyak mengalami perubahan dalam ahli-ahli hingga kini, namun mereka masih giat merakam dan membuat persembahan.

Loganathan Arumugam meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru di Hospital Mount Miriam, Pulau Pinang, pada jam 10:50 pagi pada 4 Jun 2007 pada usia 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu serta seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Frank Ong telah menganut agama Islam dan menggunakan nama Abdul Rashid Abdullah. Beliau telah meninggal dunia pada 26 Disember 2019.

Album Studio

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Maklumat Album
Terima Kasih
  • Dikeluarkan: 1979
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Penyanyi
  • Dikeluarkan: 1979
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Dapatkah
  • Dikeluarkan: 1980
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Alleycats 4
  • Dikeluarkan: 1981
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Kuching
  • Dikeluarkan: 1981
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Alleycats 6
  • Dikeluarkan: 1982
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Alleycats 7
  • Dikeluarkan: 1983
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Drama Kehidupan
  • Dikeluarkan: 1984
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Kerana
  • Dikeluarkan: 1984
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Suara Kekasih
  • Dikeluarkan: 1985
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Sampaikan Salam
  • Dikeluarkan: 1986
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Alleycats 12
  • Dikeluarkan: 1986
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Aku Kerinduan
  • Dikeluarkan: 1987
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
Suatu Pengertian
  • Dikeluarkan: 1988
  • Format: LP, Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Eric Yeo
Dilema Sekuntum Cinta
  • Dikeluarkan: 1989
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Eric Yeo
Tetap Merindu
  • Dikeluarkan: 1989
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Eric Yeo
C.I.N.T.A
  • Dikeluarkan: 1990
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Eric Yeo
Selagi Tangis Belum Berhenti
  • Dikeluarkan: 1991
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Eric Yeo & Alleycats
Untukmu
  • Dikeluarkan: 1992
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Alleycats & Aman
Alleycats 20
  • Dikeluarkan: 1993
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Eric Yeo & Alleycats
Alleycats 21
  • Dikeluarkan: 1996
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Razman
Alleycats 22
  • Dikeluarkan: 1997
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Razman
Kucing Lorong
  • Dikeluarkan: 1998
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Record
  • Penerbit: Eric Yeo
Alleycats 2001
  • Dikeluarkan: 2000
  • Format: Cakera Padat, Kaset
  • Label: Universal Music
  • Penerbit: M. Nasir
Interpretasi
  • Dikeluarkan: 2002
  • Format: Cakera Padat, Kaset
  • Label: Universal Music
  • Penerbit: Bell
Tangga Tangga Ke Pintu Bahagia
  • Dikeluarkan: 2004
  • Format: Cakera Padat, Kaset
  • Label: Universal Music
  • Penerbit: Boon Tan & M. Nasir
Rasa
  • Dikeluarkan: 2006
  • Format: Cakera Padat
  • Label: Universal Music
  • Penerbit: Eddy Marzuki & Adnan Abu Hassan

Album Kompilasi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Maklumat Album
Kenangan Cinta Vol 1
  • Dikeluarkan: 1990
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Records
  • Penerbit: Eric Yeo
Kenangan Cinta Vol 2
  • Dikeluarkan: 1991
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Records
  • Penerbit: Eric Yeo
Keemasan Terunggul (1978–1993)
  • Dikeluarkan: 1994
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Records
Keemasan Terunggul II (1978–1993)
  • Dikeluarkan: 1994
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Records
Keemasan Terunggul 3
  • Dikeluarkan: 1997
  • Format: Kaset
  • Label: Philips Polygram Records
30 Tahun Bersama Vol 1
  • Dikeluarkan: 1999
  • Format: Kaset
  • Label: Universal Music
30 Tahun Bersama Vol 2
  • Dikeluarkan: 2001
  • Format: Cakera Padat, Kaset
  • Label: Universal Music
Best of Alleycats
  • Dikeluarkan: 2001
  • Format: Cakera Padat, Kaset
  • Label: Universal Music
No.1s
  • Dikeluarkan: 2002
  • Format: Cakera Padat, Kaset
  • Label: Universal Music
Ulangtahun ke 40
  • Dikeluarkan: 2008
  • Format: Cakera Padat
  • Label: Universal Music
  • Penerbit: Arab
Memori Hit
  • Dikeluarkan: 2009
  • Format: Cakera Padat
  • Label: Universal Music
Siri Bintang Pujaan
  • Dikeluarkan: 2016
  • Format: Cakera Padat
  • Label: Universal Music