Alleycats 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Album lagu Alleycats 4 ini diterbitkan pada 1981 bergenre Pop dengan Label Philips Polygram Records. Barisan kumpulan Alleycats yang menjayakan album keempat mereka ini ialah David Arumugam (vokal), Loganathan (vokal, seruling), Shanmugam (gitar utama), Frank Ong (bes), Khoo Fok Sin (papan nada), Tan Chin Hock (dram) dan Chester Danielle Pasarella (saksofon). Dalam album ini mengandungi lagu mega hit iaitu lagu Hingga Akhir Nanti. Dengan meletupnya lagu ini mereka membuat konsert buat pertama kalinya di Stadium Negara pada 1981 dengan dihadiri 12,000 penonton.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Kisah Kau Dan Aku
  2. Seribu Bintang
  3. Oh La La
  4. Joget Gurau Senda
  5. Di Mana
  6. Apa Khabar Sang Suria
  7. Hingga Akhir Nanti
  8. Mencari
  9. Berita Dari Rantau
  10. Nasibku

Single[sunting | sunting sumber]

  1. Kisah Kau Dan Aku
  2. Hingga Akhir Nanti