Along the Ridge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Along The Ridge
Along the Ridge.jpg
PengarahKim Rossi Stuart
Dibintangi olehAlessandro Morace
Kim Rossi Stuart
Barbora Bobulova
Marta Nobili
Muzik olehBanda Osiris
Pengedar01 Distribution
Mula ditayangkan
Itali 2005
NegaraItali
BahasaBahasa Itali

Along the Ridge atau Anche Libero Va Bene merupakan sebuah filem dari Itali pada tahun 2005. Filem ini diarah oleh Kim Rossi Stuart yang juga memegang watak sebagai Renato Benetti di dalam filem ini.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini berkisarkan kehidupan Tommaso 'Tommi' Benetti atau Tommi (lakonan Alessandro Morace) dan kakaknya, Viola (Marta Nobili) yang hidup di bandar bersama bapa mereka, Renato Benetti (Kim Rossi Stuart). Tommi yang berusia sebelas tahun dan kakaknya terpaksa menghadapi kesunyian dan trauma akibat ditinggalkan oleh ibu mereka berulang-ulang kali, Stefania Benetti (Barbora Bobulova). Namun, Stefania muncul secara tiba-tiba pada suatu hari. Renato yang digambarkan seorang bapa yang penyayang tetapi mempunyai masalah mengawal kemarahan. Melihat kehadiran semula Stefania membuatkan Renato menjadi berang dan menghalau Stefania dari rumah mereka. Renato sudah tidak tahan dengan perangai Stefania yang suka berfoya-foya dan meninggalkan mereka sekeluarga untuk mengejar kekayaan dengan lelaki lain. Namun, Renato akhirnya meminta keputusan dari kedua-dua anaknya samaada membenarkan Stefania tinggal bersama mereka atau tidak. Viola yang sememangnya gembira dengan kehadiran semula ibunya itu pantas membenarkan. Tommi pula agak keberatan. Melalui pengalaman sebelum ini, Tommi tahu ibunya itu akan pergi meninggalkan mereka lagi tetapi Tommi masih membenarkan ibunya bersama mereka. Filem ini membawa penonton melihat kehidupan mereka sekeluarga dan masyarakat sekeliling dari mata Tommi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Alessandro Morace ... Tommaso 'Tommi' Benetti
  • Kim Rossi Stuart ... Renato Benetti
  • Barbora Bobulova ... Stefania Benetti
  • Marta Nobili ... Viola Benetti
  • Pietro De Silva ... Domenico
  • Roberta Paladini ... Letizia
  • Sebastiano Tiraboschi ... Antonio
  • Francesco Benedetto ... Vincenzo
  • Roberta Lena ... Marina
  • Stefano Busirivici ... Barzelli
  • Marco Bardi ... Guglielmo
  • Greta Alice Gorietti ... Elena
  • Francesca Strati ... Monica
  • Federico Santolini ... Claudio

Anugerah & penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori / Pemenang Keputusan
2006 Bratislava International Film Festival (Prize of the Ecumenical Jury) Kim Rossi Stuart Menang
2006 Bratislava International Film Festival (Grand Prix) Kim Rossi Stuart Pencalonan
2006 Cannes Film Festival (C.I.C.A.E. Award) Kim Rossi Stuart Menang
2006 Copenhagen International Film Festival (Golden Swan) Sinematographer Terbaik / Stefano Falivene Menang
2006 Copenhagen International Film Festival (Golden Swan) Pengarah Terbaik / Kim Rossi Stuart Menang
2006 Flaiano Film Festival Pengarah Terbaik / Kim Rossi Stuart Menang
2006 Flaiano Film Festival Pelakon Lelaki Terbaik / Alessandro Morace Menang
2006 São Paulo International Film Festival (International Jury Award) Kim Rossi Stuart Menang
2007 David di Donatello Awards Pengarah Baru Terbaik / Kim Rossi Stuart Menang
2007 David di Donatello Awards Pelakon Lelaki Terbaik / Kim Rossi Stuart Pencalonan
2007 David di Donatello Awards Lakon Layar Terbaik Pencalonan
2007 David di Donatello Awards Bunyi Terbaik Pencalonan
2007 David di Donatello Awards Filem Terbaik Pencalonan
2007 Italian National Syndicate of Film Journalists Pengarah Baru Terbaik / Kim Rossi Stuart Menang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]