Alor Limbat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alor Limbat merupakan sebuah kampung di dalam Daerah Marang, dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Asal nama kampung ini adalah dari nama sejenis ikan seakan-akan ikan keli yang dipanggil limbat yang besar. [perlu rujukan] Dihikayatkan bahawa besarnya ikan ini, misainya sahaja boleh dibuat gulai dan cukup untuk dimakan oleh sebuah keluarga yang seramai lima orang.

Alor Limbat juga merupakan nama sebuah mukim di dalam Daerah Marang, iaitu salah satu dari enam mukim. Ia bersempadan dengan Mukim Bukit Payung di utara, Pengkalan Berangan di timur, dan Daerah Hulu Terengganu di barat dan selatan.

Alor Limbat juga merupakan nama sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Marang. Bersempadan dengan Dewan Undangan Negeri Bukit Payung di utara, Pengkalan Berangan di timur, dan Parlimen Hulu Terengganu di barat dan selatan. Ia diwujudkan pada 1995 menggantikan Serada.

Alor Limbat kini merupakan sebuah kampung yang terkenal bukan sahaja bagi penduduk Terengganu bahkan Malaysia dan dunia kini.Alor Limbat telah menyertai pelbagai pertandingan peringkat daerah dan negeri malah kebangsaan. Untuk tahun 2007 sahaja kampung ini telah dipilih beberapa kali mewakili daerah dan negeri. Salah satu Kampung kebudayaan Negeri Terengganu[ Paih]