Alstom Metropolis & Shanghai Electric C830C

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian dalam kereta api C830C.

Shanghai Alstom Metropolis C830C, bersama-sama dengan C751C merupakan unit kereta api elektrik berbilang generasi ketiga yang menggunakan kawalan kereta api berasaskan komunikasi untuk aliran-aliran Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Republik Singapura. 24 set kereta api 3 gerabak telah dihasilkan oleh Shanghai Alstom Transport Co Ltd (usahasama Alstom dan Shanghai Electrik),[1] dengan penghantaran sejak akhir Jun 2014.

Pengendalian tanpa pemandu[sunting | sunting sumber]

C830C beroperasi sepenuhnya tanpa pemandu dalam keadaan normal, menggunakan CBTC yang tidak memerlukan "litar landasan blok tetap" untuk menentukan kedudukan kereta api. Sebaliknya, ia bergantung pada "komunikasi digital dua hala berterusan" di antara setiap kereta api yang dikawal dan pusat kawalan. Baru-baru ini, kajian menunjukkan sistem CBTC mengurangkan kos kitaran hayat untuk keseluruhan aset kereta api serta meningkatkan kebolehlenturan dan kawalan operasi.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Alstom delivers the first two metros built in Asia for LTA in Singapore". 23 Julai 2014. Dicapai pada 1 Ogos 2015.
  2. ^ "Urbalis control system".