Alternatif Baru
Alternatif Baru 대안신당 | |
---|---|
Singkatan | NA Alt |
Presiden | Choi Kyoung-hwan |
Jurucakap | Chang Jung-sook |
Diasaskan | 16 Julai 2019 (dalam PDP) 12 Ogos 2019 (berpisah dari PDP) |
Didaftarkan | 17 November 2019 |
Pecahan | Parti Keamanan Demokratik |
Ideologi | Konservatisme liberal Konservatisme sosial Liberalisme ekonomi Demokrasi Kristian |
Kedudukan politik | Tengah kanan |
Warna | Hijau |
Korea Selatan | 7 / 300
|
Gabenor atau Datuk Bandar Raya | 0 / 17
|
YDP Perbandaran atau Ketua Daerah | 0 / 226
|
Majlis Perbandaran | 17 / 3,750
|
Alternatif Baru (Bahasa Korea: 대안신당) ialah sebuah parti politik di Korea Selatan yang diasaskan pada 2020.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Alternatif Baru aslinya ditubuhkan oleh sayap konservatif Parti Keamanan Demokratik (PDP) pada 16 Julai 2019, sebagai Pakatan Politik Alternatif untuk Perubahan dan Harapan (Bahasa Korea: 변화와 희망의 대안정치연대). Bermula sebagai sebahagian PDP, lalu berpisah dari PDP pada 12 Ogos.
Alternatif Baru ditubuhkan semula sebagai jawatankuasa persediaan pada 17 November, dengan nama terkini.[1][2] Pertubuhan ini mengandungi 8 ahli parlimen namun salah seorang (Chang Jung-sook) itu ahli Parti Masa Depan yang Benar (BMP) yang ingin keluar dari partinya. Lee Yong-joo dan Chung In-hwa dikecualikan.
Pada 12 Januari 2020, Alternatif Baru dirasmikan sebagai parti politik. Choi Kyoung-hwan dipilih sebagai Presiden partinya.[3]
Alternatif Baru bertujuan untuk kemenangan besar pada PRU 2020.[2]
Ideologi
[sunting | sunting sumber]Alternatif Baru mengakui diri sendiri sebagai "kedudukan ketiga" dan menolak "liberal palsu" dan "konservatif palsu".[2] Walau bagaimanapun, ketua pertubuhan Yu Sung-yup menyokong liberalisme ekonomi membantah dasar ekonomi Keynes dan gaji minimum, dan menyokong pengurangan cukai.[4][5] Seorang ahli dan juga bekas MP, Lee Yoon-suk, membanteras LGBT dan agama Islam.[6]
Parti ini mengumumkan "5 manifesto"[2] yang menyokong:
- pemansuhan pengerahan; harus digantikan sistem tentera sukarela
- reformasi pasaran buruh dan meletakkan sekatan ke atas perbelanjaan awam
- peluang yang sama bagi seluruh rakyat tanpa mengira tempat lahir, umur, jantina, dan kecacatan
- sistem separa-presiden
- pemansuhan Kementerian Pendidikan; harus digantikan Jawatankuasa Pendidikan Kebangsaan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "대안신당, 창준위 인선 완료…인재영입위원장에 천정배(종합)". 18 November 2019. Dicapai pada 20 November 2019.
- ^ a b c d ""가짜 진보·보수 갈아치우자" 대안신당, 창준위 출범". 17 November 2019. Dicapai pada 20 November 2019.
- ^ "'호남권 제3지대 구축' 모색 대안신당 공식 창당…최경환 당대표 선출". 12 Januari 2020. Dicapai pada 12 Januari 2020.
- ^ "유성엽 "소득주도성장, 방법 틀려…내년 최저임금 동결 바람직"". 9 July 2019. Dicapai pada 20 November 2019.
- ^ "유성엽 "소득주도성장을 감세·공무원축소로 재설계해야"". 9 July 2019. Dicapai pada 20 November 2019.
- ^ "국회 회의실 사역내용 공개". 3 May 2016. Dicapai pada 20 November 2019.