Althingi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Althingi Iceland
Alþingi Íslendinga
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan930; 1092 tahun yang lalu (930)
Kepimpinan
"Presiden" Parlimen (Forseti)
Willum Þór Þórsson (Interim), Parti Progresif
sejak 25 September 2021
Struktur
Ahli63
Current structure of the Icelandic Parliament
Kumpulan politik
Pemerintah (38)

Pembangkang (25)

Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
25 September 2021
Pilihan raya seterusnya
September 2025
Tempat persidangan
Parliament House di Reykjavík
Alþingishúsið
Austurvöllur
150 Reykjavík
Iceland
www.althingi.is
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Althingi (Bahasa Iceland: Alþingi, Bahasa Inggeris: Althing) ialah badan perundangan atau parlimen ekadewan memerintah negara Iceland di utara Eropah, ia parlimen tertua masih wujud di dunia.[1][2][a] Badan ini mempunyai 63 orang anggota dilantik secara berkadar daftar parti setiap empat tahun[4] yang bersidang di bangunan Alþingishús di kota Reykjavík.[5]

Badan ini ditubuhkan pada tahun 930 Masihi, ia masih diteruskan waima tersatunya pulau ini dalam kerajaan Norway tahun 1262 selama berkurun-kurun lamanya sehingga dibubarkan tahun 1800. Badan ini dipulihkan oleh suatu titah diraja tahun 1844 yang memindahkan ia ke Reykjavík.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan (s. 930 – 1262)[sunting | sunting sumber]

Gambaran Lögberg di Þingvellir abad ke-19.
Tapak Lögberg pada hari ini

Althingi merupakan badan penguasa utama persemakmuran petempatan-petempatan (þjóðveldi) Viking yang berhijrah dari Skandanavia ke pulau ini pada lewat alaf pertama Masihi. Badan ini bersidang dalam kalangan tuan pendeta selaku penghulu (goði) secara terbuka di sebuah dataran lapang besar Thingvellir (Þingvellir, "padang temu") terletak kira-kira 45 kilometer (28 bt) timur bandar Reykjavík yang boleh dihadiri semua dari kaum lelaki yang merdeka. Keramaian besar ini merupakan tumpuan utama dalam satu tahun di mana para hadirin segenap lapisan masyarakat termasuk petani, peniaga, tukang pandai, penglipur lara dan pengembara membawa bersama keluarga mereka ke sana, malah mereka menduduki perkhemahan sementara (búðir) khas sepanjang sidang ini berlangsung. Sidang temu begini diketuai dan diuruskan seorang "pecakap undang-undang" (lögsögumaður) yang duduk memerhati atas suatu batu singkap (Lögberg)[7] dengan peranan mengucapkan undang-undang prosedur Althingi kepada hadirin pesidang setiap tahun.[8]

Dewan perundangan utama badan ini adalah Lögrétta dianggotai 39 orang goði ini ditambah sembilan ahli tambahan dan "Pecakap" disebut di mana mereka membincangkan sebarang perselisihan kuasa yang ada, menggubal undang-undang baharu serta memberikan pengecualian kepada undang-undang sedia ada.[7]

Penyerapan dalam kerajaan Norway[sunting | sunting sumber]

Persetiaan didirikan antara orang Iceland dengan pihak kerajaan Norway pada tahun 1262 membubarkan sistem persemakmuran ini sambil menyusun semula badan perundangan setempat: kedudukan pecakap digantikan dengan dua pentadbir undang-undang (lögmenn) serta ditambahkan seorang Pesuruhjaya Diraja (hirðstjórar) dan seorang Pesuruhjaya Daerah (sýslumenn) dua-dua pewakil eksekutif diraja keseluruhannya berjumlah 36 orang ahli. Peranan perundangan badan tertakluk kepada perkenan diraja dan, sebaliknya, jika raja memulakan perundangan, Althing perlu memberikan persetujuannya.

Menjelang akhir abad ke-14, kerajaan penguasa Norway dan Iceland disatukan di bawah wangsa raja Denmark yang mutlak seterusnya memansuhkan hak autonomi orang Iceland lalu Althingi berperanan sebagai suatu mahkamah undang-undang. Ia terbubar tahun 1800.[7]

Sejak 1874[sunting | sunting sumber]

Badan Althingi dipulihkan semula pada tahun 1845. Suatu dewan tambahan dimasukkan padar 1874 serta satu lagi menjadikan ia suatu sistem tridewan yang wujud selama berdekad-dekad sehingga ia diringkaskan kembali kepada sistem ekadewan pada tahun 1991.[9]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tynwald claims to be the oldest continuous surviving parliament,[3] as the Althing was inactive from 1800-1844.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "A short history of Alþingi – the oldest parliament in the world". europa.eu. The European Union. Dicapai pada 7 April 2017.
  2. ^ Meredith, Sam (28 October 2016). "World's oldest parliament poised for radical Pirates to takeover". CNBC. Dicapai pada 7 April 2017.
  3. ^ The High Court of Tynwald, The High Court of Tynwald (www.tynwald.org.im), dicapai pada 14 November 2011
  4. ^ Álvarez-Rivera, Manuel. "Election Resources on the Internet: Elections to the Icelandic Althing (Parliament)". electionresources.org. Election Resources. Dicapai pada 10 April 2017.
  5. ^ "ALÞINGISHÚSIÐ – ÁGRIP AF BYGGINGARSÖGU ÞESS". Morgunblaðið (dalam bahasa Iceland). 24 April 1949. Dicapai pada 7 April 2017.
  6. ^ Sigurðardóttir, Heiða María; Emilsson, Páll Emil. "Hvenær var Alþingi stofnað?". visindavefur.is. Vísindavefurinn. Dicapai pada 7 April 2017.
  7. ^ a b c "Alþingi" (PDF). Althing. Dicapai pada 7 April 2017.
  8. ^ "Lögberg – the law rock". Þjóðgarðurinn á Þingvöllum. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2017. Dicapai pada 7 April 2017.
  9. ^ "Aldarfjórðungur frá því að deildaskipting var aflögð".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]