Alyson Hannigan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alyson Hannigan
Alyson Hannigan, 2013-07-20 (cropped).jpg
Hannigan di San Diego Comic-Con 2013
Kelahiran
Alyson Lee Hannigan

(1974-03-24) 24 Mac 1974 (umur 47)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1986–kini
PasanganAlexis Denisof (2003–kini)
Anak2

Alyson Lee Hannigan (lahir 24 Mac 1974)[1] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan melakonkan watak Willow Rosenberg di siri televisyen Buffy the Vampire Slayer (1997–2003), Lily Aldrin dalam sitkom CBS How I Met Your Mother (2005–kini) dan Michelle Flaherty dalam siri siri filem American Pie (1999–kini).[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hannigan dilahirkan di Washington, D.C.,[2] sebagai anak tunggal kepadampasangan Emilie (Posner) Haas, ejen hartanah,[3] dan Al Hannigan, pemandu trak. Bapanya berketurunan Ireland dan ibunya berketurunan Yahudi.[4][5] Ibu bapanya bercerai ketika Hannigan berusia dua tahun dan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya dihabiskan bersama ibunya di Atlanta, Georgia.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hannigan pada 2003.

Pada usia empat tahun, Hannigan muncul dalam iklan televisyen.[7] Beliau berpindah ke Hollywood pada usia 11 tahun.[3] Beliau tinggal bersama ibunya dan bersekolah di North Hollywood High School, kemudian mengikuti ujibakat semasa melawat bapanya di Santa Barbara. Selepas tamat belajar di North Hollywood High School, beliau menyambung pelajaram di Universiti Nalifornia, Northridge, menamatkan pengajian dalam bidang psikologi.[8]

Hannigan mendapat peranan filem pertamanya di My Stepmother Is an Alien,[2] sebuah filem komedi cereka sains yang dikeluarkan pada 1988; salah seorang rakan pelakonnya dalam filem ini ialah Seth Green yang kemudian bekerjasama dengan Hannigan sebagai pelakon tetap dalam Buffy. Pada tahun 1989, beliau menerima peranan utama pertamanya dalam siri TV menerusi sitkom pendek ABC, Free Spirit. Di usia remaja, Hannigan menjadi pengasuh anak Bob Saget; Saget kemudian menjadi pencerita siri TV yang dibintangi Hannigan, How I Met Your Mother.[9]

Pada tahun 1997, Hannigan memegang watak sebagai Willow Rosenberg, sahabat Buffy Summers, dalam siri televisyen Buffy the Vampire Slayer.[10] Siri itu menjadi kejayaan komersial dan berjaya menjulang populariti Hannigan. Beliau kemudian muncul dalam beberapa filem terkenal yang ditujukan kepada remaja, termasuk American Pie, American Pie 2, Boys and Girls, dan American Wedding.[2] Beliau juga menjadi pelakon undangan dalam terbitan turunan Buffy, Angel; beliau kembali menjayakan watak Willow dalam beberapa episod (termasuk "Orpheus" dalam musim keempat Angel dan musim ketujuh Buffy). Beliau tidak terlibat lagi dalam Angel setelah Buffy diterbitkan.

Pada awal 2004, Hannigan pertama kali muncul sebagai pelakon teater di West End melalui adaptasi pentas When Harry Met Sally... di Theatre Royal Haymarket; yang mana beliau berlakon bersama Luke Perry.[11] Pada tahun 2005, Hannigan kembali membintangi siri televisyen secara kekal sebagai Lily di0alam How I Met Your Mother dan Trina Echolls dalam Veronica Mars.[12] Pada Februari 2006, Hannigan melakonkan watak Julia Jones dalam Date Movie, filem parodi komedi romantik.[2] Beliau juga menjadi pelakon undangan dalam sitkom animasi ABC, The Goode Family, pada tahun 2009.[13]

Hannigan bersama Emily Deschanel, Jaime King, Minka Kelly, dan Katharine McPhee muncul dalam video pesta ria yang dimuat naik ke FunnyorDie.com untuk mempromosikan aktiviti sosialisasi kanser payudara oleh pertubuhan Stand Up 2 Cancer.[14]

Pada tahun 2012, Hannigan kembali menjayakan watak Michelle di American Reunion.[15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hannigan berkahwin dengan pasangan pelakonnya dalam Buffy the Vampire Slayer, Alexis Denisof, di Two Bunch Palms Resort, Desert Hot Springs, California pada 11 Oktober 2003. Mereka dikurniakan dua anak perempuan, Satyana Marie Denisof (l. 24 Mac 2009)[1] dan Keeva Jane Denisof (l. 23 Mei 2012).[16] Hannigan dan suaminya ialah ibu bapa baptis Arden, anak Joss Whedon.[17]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
1986 Impure Thoughts Patty Stubbs Dinamakan sebagai Allison Hannigan
1988 My Stepmother Is an Alien Jessie Mills
1991 Switched at Birth Gina Twigg, usia 13–16 Filem TV
1995 The Stranger Beside Me Dana Filem TV
1996 A Case for Life Iris Filem TV
1996 For My Daughter's Honor Kelly Filem TV
1998 Dead Man on Campus Lucy
1999 Hayley Wagner, Star Jenna Jakes Filem TV
1999 American Pie Michelle Flaherty
2000 Boys and Girls Betty
2001 American Pie 2 Michelle Flaherty
2001 Beyond the City Limits Lexi
2003 American Wedding Michelle Flaherty
2004 Americana Andrea Filem TV
2005 In the Game Siri TV
2006 Date Movie Julia Jones
2011 Love, Wedding, Marriage Courtney
2012 American Reunion Michelle Flaherty-Levenstein
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
1989–1990 Free Spirit Jessie Harper Peranan utama; 14 episod
1990 Roseanne Jan Episod: "Like, a New Job"
1993 Almost Home Samantha 2 episod
1994 Touched by an Angel Cassie Peters Episod: "Cassie's Choice"
1996 Picket Fences Peggy Patterson Episod: "To Forgive Is Devine"
1996 Friends for Life Emma Daniels Pilot TV; tidak ditayangkan
1997–2003 Buffy the Vampire Slayer Willow Rosenberg Peranan utama; 144 episod
1999–2000 100 Deeds for Eddie McDowd Gigi 2 episod
2000 The Wild Thornberrys Gerda Episod: "Every Little Bit Alps"
2001–2003 Angel Willow Rosenberg 3 episod
2004 That '70s Show Suzy Simpson 2 episod
2004 King of the Hill Stacey Gibson Episod: "Talking Shop"
2005 Veronica Mars Trina Echolls 3 episod
2005–2014 How I Met Your Mother Lily Aldrin Peranan utama
2009 The Goode Family Michelle Episod: "Graffiti in Greenville"
2011 The Simpsons Melody Episod: "Flaming Moe"
2011 American Dad! Chelsea 2 episod
2013 Hollywood Game Night Diri sendiri Episod: "The One With the Friends"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya Keputusan
1989 Young Artist Award Best Young Actress in a Motion Picture: Comedy or Fantasy My Stepmother Is an Alien Tercalon
1990 Young Artist Award Best Young Actress Starring in a Television Series Free Spirit Tercalon
2000 Young Hollywood Awards Best Ensemble Cast American Pie Menang
2000 Teen Choice Awards Choice TV Sidekick Buffy the Vampire Slayer Tercalon
2001 Saturn Awards Best Supporting Actress on Television Buffy the Vampire Slayer Tercalon
2001 Teen Choice Awards Choice TV Sidekick Buffy the Vampire Slayer Tercalon
2002 Saturn Awards Best Supporting Actress on Television Buffy the Vampire Slayer Tercalon
2002 Satellite Awards Best Supporting Actress – Television Series Buffy the Vampire Slayer Tercalon
2002 Teen Choice Awards Choice TV Sidekick Buffy the Vampire Slayer Menang
2003 Saturn Awards Best Supporting Actress on Television Buffy the Vampire Slayer Menang
2003 Teen Choice Awards Choice TV Sidekick Buffy the Vampire Slayer Tercalon
2004 Teen Choice Awards Choice Movie Actress – Comedy American Wedding Tercalon
2004 Teen Choice Awards Choice Movie Liplock (bersama Jason Biggs) American Wedding Tercalon
2008 Teen Choice Awards Choice TV Show: Comedy How I Met Your Mother Tercalon
2010 People's Choice Awards Favorite TV Comedy Actress How I Met Your Mother Tercalon
2012 People's Choice Awards Favorite TV Comedy How I Met Your Mother Menang
2012 Teen Choice Awards Choice Movie Actress: Romantic Comedy American Reunion Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Wihlborg, Ulrica (2009-03-31). "Alyson Hannigan Welcomes a Daughter!". People. Dicapai pada 2009-03-31.
  2. ^ a b c d e "How I Met Your Mother Cast: Alyson Hannigan". CBS. Dicapai pada 2012-06-12.
  3. ^ a b "Former Atlantan Alyson Hannigan interview for 'How I Met Your Mother'". The Atlanta Journal-Constitution. September 21, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 2012-06-12.
  4. ^ Bloom, Nate (2004-07-09). "Celebrity Jews". the Jewish News Weekly of Northern California. Dicapai pada 2006-07-16.
  5. ^ [1]
  6. ^ Biografi untuk Alyson Hannigan di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  7. ^ "Interview: Alyson Hannigan on American Pie". Scotland on Sunday. April 22, 2012. Dicapai pada 2012-06-12.
  8. ^ "Alyson Hannigan". SuperiorPics.com. Dicapai pada 2010-04-18.
  9. ^ "It's Evening in America". Vanity Fair. May 2012. Page 158.
  10. ^ "Where Are They Now? Buffy the Vampire Slayer". People. December 3, 2007. Dicapai pada 2012-06-12.
  11. ^ "When Harry Met Sally, Review by Philip Fisher (2004)". British Theatre Guide. Dicapai pada 2010-04-18.
  12. ^ "'Veronica Mars' scoop". Chicago Tribune. January 20, 2006. Dicapai pada 2012-06-12.
  13. ^ Alyson Hannigan di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  14. ^ Kate Stanhope (2009-10-01). "Deschanel, Hannigan and Others Cop a Feel for a Cause". TVGuide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-01. Dicapai pada 2009-10-01.
  15. ^ "Alyson Hannigan, Cobie Smulders and 'Mother'-hood". USA Today. April 15, 2012. Dicapai pada 2012-06-12.
  16. ^ "Alyson Hannigan and Alexis Denisof Welcome Daughter Keeva Jane". People. June 12, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-02. Dicapai pada 2012-06-12.
  17. ^ Hannigan is godmother of Joss Whedon's son, Alyson Hannigan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]