Alyssa Dezek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alyssa Dezek
Kelahiran
Aryanna Alyssa Dezek

(2008-04-21) 21 April 2008 (umur 12)
PekerjaanPelakon, penyanyi, selebriti internet
Tahun aktif2015–kini
SaudaraAaron Dezek (adik)
Maklumat YouTube
Saluran
GenreMuzik
Pelanggan35.6 juta[1]
Jumlah tontonan98 juta[1]
YouTube Gold Play Button 2.svg 1,000,000 pelanggan 2020
Dikemaskini pada 3 Oktober 2020[1]

Aryanna Alyssa Dezek (lahir 21 April 2008) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan selebriti internet Malaysia.[2] Beliau telah mencipta sejarah sebagai selebriti internet termuda negara yang berjaya tersenarai dalam carta 10 Teratas YouTube Malaysia.[3][4] Alyssa telah mengumpulkan sebanyak 3 juta pengikut di saluran YouTube beliau, yang mana beliau menyanyikan lagu saduran Malaysia dan Indonesia.[5][6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya hiburan Alyssa Dezek bermula apabila videonya menyanyikan lagu "Kun Anta" nyanyial asal Humood Alkhuder, sambil bermain ukulele menjadi tular di YouTube.[7]

Beliau membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi rancangan Ceria All-Star di Astro Ceria ketika baru berusia tujuh tahun. Pada tahun 2018, beliau tersenarai sebagai salah seorang peserta Ceria Megastar.[8] Alyssa juga pernah muncul dalam rancangan televisyen kanak-kanak Chiki Boom terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM),[9]

Penampilan sulungnya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera, seterusnya memegang watak pesakit leukemia bernama Zai dalam telefilem Ana Anak Ibu lakonan bersama Puteri Balqis.[10] Sebagai penyanyi, Alyssa muncul dengan single "Lagu Untuk Kamu" yang dikeluarkan pada November 2019 di bawah label Xeno Music. Lagu tersebut telah memperoleh 63 juta tontonan di YouTube dengan 910,000 tanda suka, sekaligus direkodkan sebagai video dengan tontonan terbanyak di YouTube Malaysia.[7] Lagu lain beliau termasuk "Ma dan Pa", "Bintang" dan "Duniaku".

YouTube[sunting | sunting sumber]

Kerjaya YouTube Alyssa bermula pada 2012 apabila ibu beliau, Suzanne Dezek memuat naik klip video beliau menyanyikan lagu saduran ketika hanya berusia 4 tahun.[3][11] Hasil pendapatan beliau daripada saluran YouTube beliau, di mana beliau telah mengumpulkan 3 juta pengikut dengan videonya telah meraih 300 juta tontonan.[11] Menurut kajian oleh laman penjejak media sosial Social Blade, dianggarkan bahawa pendapatan Alyssa dari YouTube mencecah sebanyak RM29,942 hingga RM427,250.[11]

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia, saluran YouTube Alyssa menerima jumlah langganan paling tertinggi.[3] Alyssa mencipta rekod sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang tersenarai dalam carta 10 Teratas YouTube Malaysia dengan menduduki tangga ke-9.[3][12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Alyssa Dezek dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Suzanne Sahri Dezek dan Hafidz Dezek,[13][14] adik lelakinya ialah Aaron Dezek. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur.[13][15] Selain itu, beliau juga berkemahiran bermain gitar, ukulele dan biola.[13]

Pada November 2018, Alyssa dimasukkan ke hospital selama lima hari akibat penyakit apendiks selepas mengadu sakit perut. Beliau diberi rehat daripada penggambaran dua drama lakonannya.[16]

Alyssa telah memiliki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dibelinya pada harga RM250,000,[17] hasil dari pendapatannya sebagai selebriti YouTube.[18][19]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Patahnya Sebelah Sayap TV3 Pelakon tambahan
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Sofea Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Kasut Bola Pink Adik Rafiq Astro Ceria
Ana Anak Ibu Zai Astro Citra
Lambor Kanan Belakang Dewan Astro Prima Dikreditkan sebagai Aryanna Alyssa
Jangan Sembelih Merah Saerah TV3
2018 Ghahim Takut Nak Azan Shagifah Ghosmilah
Bebel TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Stesen TV
2015 Ceria All-Star Dirinya sendiri/peserta Astro Ceria
2016 Wanita Hari Ini Dirinya sendiri/tetamu jemputan TV3
2017 Motif Viral Astro Ria
Meja Bulat Sepahtu Astro Warna
2018 Ceria Ministar Dirinya sendiri/peserta Astro Ceria
2019 Chiki Boom Dirinya sendiri TV2

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2017
"Ma dan Pa"
"Bintang"
Lagu tema Ana Anak Ibu
"Duniaku"
Lagu tema Jangan Sembelih Merah
2019
"Lagu Untuk Kamu"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon [20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Mohd Haikal Isa (3 Oktober 2020). "Hampir 100 juta tontonan, video Alyssa Dezek tertinggi dalam YouTube". Kosmo!. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  2. ^ "Penghibur cilik serba boleh". Berita Harian. 9 Mei 2020. Dicapai pada 16 Oktober 2020 – melalui PressReader.
  3. ^ a b c d Najiy Jefri (7 Mei 2020). "Alyssa di tangga ke-9 carta YouTube Malaysia". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  4. ^ "Budak 12 tahun gaji kalah CEO". Sinar Harian. 10 Ogos 2020. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  5. ^ "Malaysian YouTube star Alyssa Dezek buys expensive car, mum gets backlash" [Bintang YouTube Malaysia Alyssa Dezek membeli kereta mahal, ibu dikecam] (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. 7 Julai 2020. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  6. ^ Haneesa Begum (13 Mei 2020). "How Malaysian YouTube star Alyssa Dezek became the country's youngest Top 10 YouTube performer aged 12, and her plans for the future" [Bagaimana bintang YouTube Malaysia Alyssa Dezek menjadi penghibur 10 Teratas YouTube termuda negara, dan rancangannya untuk masa depan] (dalam bahasa Inggeris). South China Morning Post. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  7. ^ a b Norfaezah Sakri (10 Julai 2020). "Anggaran pendapatan YouTube lebih RM29,000 sebulan, ramai peminat Indonesia, ini 10 fakta tentang Alyssa Dezek". mStar Online. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  8. ^ "Video nyanyian Alyssa Dezek trending". Berita Harian. 8 Mei 2020. Dicapai pada 16 Mei 2020.
  9. ^ Saul Lipchik (17 September 2020). "Alyssa Dezek, Malaysia's super-cute 12 year old YouTube singer, earning up to US$100,000 a month, and just bought her first car - an epic US$58,000 Toyota Vellfire SUV" [Alyssa Dezek, penyanyi YouTube berusia 12 tahun yang comel-loteh, meraih AS$100,000 sebulan, dan baru sahaja memiliki kereta baru - sebuah SUV Toyota Vellfire epik bernilai AS$58,000] (dalam bahasa Inggeris). South China Morning Post. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  10. ^ Phic Aiman (11 Mei 2017). "Siapakah 'Zai', pesakit leukemia berbakat main ukulele dalam drama Ana Anak Ibu". Murai.my. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  11. ^ a b c Angelin Yeoh (7 Julai 2020). "Who is Malaysian YouTuber Alyssa Dezek and how did she afford a new car at age 12" [Siapa sebenarnya YouTuber Malaysia Alyssa Dezek dan bagaimana beliau mampu memiliki kereta baru pada usia 12 tahun] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  12. ^ RD Minion (14 Mei 2020). "How this 12-year-old girl became one of the top 10 most subscribed YouTubers in Malaysia" [Bagaimana budak perempuan berusia 12 tahun menjadi salah seorang YouTuber paling dilanggani di Malaysia]. Rojak Daily. Dicapai pada 15 Disember 2020.
  13. ^ a b c Rozzalin Hashim (9 Disember 2017). "Alyssa Dezek, selebriti kanak-kanak serba boleh". New Sabah Times. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  14. ^ Norfaezah Sakri (5 Julai 2020). "Beli Vellfire pada usia 12 tahun, ibu bapa Alyssa Dezek dituduh tak pandai urus duit anak - "Mungkin mereka tak tahu siapa ayah dia"". mStar Online. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  15. ^ Rozzalin Hashim (11 Disember 2017). "Alyssa Dezek, a 9 year old internet sensation" [Alyssa Dezek, sensasi internet berusia 9 tahun] (dalam bahasa Inggeris). New Sabah Times. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  16. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 November 2018). "Semoga Alyssa cepat sembuh". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2019.
  17. ^ Tony Nguyen (8 Julai 2020). "12 year old Malaysian YouTuber buys luxury car from YouTube earnings" [YouTuber Malaysia 12 tahun beli kereta mewah dari hasil pendapatan YouTube] (dalam bahasa Inggeris). Vietnam Times. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  18. ^ "#Showbiz: Preteen singer Alyssa Dezek owns luxury MPV from her YouTube earnings" [#Hiburan: Penyanyi praremaja Alyssa Dezek memiliki MPV mewah hasil dari pendapatan YouTube beliau] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 2 Julai 2020. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  19. ^ Najiy Jefri (2 Julai 2020). "Baru umur 12 tahun, Alyssa dah dapat beli Toyota Vellfire". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  20. ^ "Selebriti Alyssa Dezek 'trending' 105 juta". Berita Harian. 30 Oktober 2020. Dicapai pada 10 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]