Amacam TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Slogan‘Amacam TV...Memang Lain Macam’


'Amacam TV yang bermottokan ‘Amacam TV...Memang Lain Macam’ , merupakan salah satu saluran televisyen yang terdapat dalam pilihan stesen berbayar kedua Malaysia, MiTV menerusi Citra.

Saluran ini bersifat interaktif dan menawarkan pelbagai rancangan menarik mengenai selebriti tempatan.Saluran ini yang boleh diikuti menerusi saluran 12 MiTV, menyatukan program sihat dan asli termasuk persembahan muzik, eksklusif dan juga penyatuan persembahan. Ia merangkumi keseluruhan kandungan aspek kreatif - muzik, video dan multimedia - dalam cara uniknya yang tersendiri.

Amacam TV mensasarkan untuk menjadi program hiburan popular, memberikan maklumat terkini berkaitan selebriti untuk semua institusi televisyen dan muzik, selain memfokuskan peminat muzik di kalangan remaja dan dewasa bawah 40-an.

Majlis pelancaran Amacam TV disempurnakan pada 25 Mac 2006 pukul 10 pagi di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur oleh Pengerusi MiTV, Datuk Rosman Ridzwan.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

  • U chooz - program carta muzik selama 30 minit menampilkan klip muzik video tempatan dan luar negara. Pemilihan carta ditentukan berdasarkan SMS dan pengundi Web
  • Thumbplay - program istimewa bagi peminat ‘video game’. Setiap episod, program ini mengetengahkan tiga trailer video game baru
  • See D Review - mengetengahkan album baru dan lama yang berada di pasaran. Program TV pertama yang memaparkan ulasan album. Menyediakan penonton mengenai maklumat dan ulasan sesebuah album, sorotan, maklumat artis, discography’, pembikinan album dan persembahan langsung atau klip video artis
  • Kapsul - program lima hingga 10 minit, memaparkan berita terkini mengenai industri hiburan tempatan, seperti muzik, filem, fesyen dan banyak lagi.
  • Amacam Special - program 30 minit, mempersembahkan secara eksklusif artis melalui wawancara khas bersama mereka
  • Mana Rotee - Rancangan informasi yang dikendalikan oleh VJ Shah merangkumi informasi hiburan, isu semasa, tips kesihatan serta lawak jenaka yang turut diselang-selikan dengan muzik video tempatan dan luar negara.
  • Muzik @ Amacam TV
  • Rentak Baru
  • Melodi Terkini
  • Pop Hour
  • Best Of Amacam TV
  • Nasyid Hour
  • Rock Hour
  • Hip Hop & Balada Hour
  • International Video Clips Hour
  • Seleksi Popular

Tenaga produksi[sunting | sunting sumber]

Amacam TV mempunyai 13 orang tenaga kerja terdiri daripada penerbit, pengarah, editor dan penulis skrip yang bukannya datang daripada bidang penyiaran.

Pengarah Urusan Cyber Music Asia Sdn. Bhd. (CMA), Kamal Affandi merupakan penerbit kepada Amacam TV.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]