Amal Clooney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Amal Clooney
أمل كلوني
Amal Clooney 02.jpg
Clooney pada tahun 2018
KelahiranAmal Alamuddin
أمل علم الدين

(1978-02-03) 3 Februari 1978 (umur 41)
Beirut, Lubnan
Warganegara
Pusat pendidikan
PekerjaanPeguam cara
Tahun aktif2000–present
PasanganGeorge Clooney (k. 2014)
Anak2

Amal Alamuddin (Bahasa Arab: أمل علم الدين‎; lahir 3 Februari 1978)[1] ialah seorang peguam cara kelahiran Lubnan yang mengkhusus kepada undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.[2] Beliau pernah mewakili beberapa klien penting berkaitan isu antarabangsa termasuk Julian Assange, pengasas WikiLeaks;[3] Perdana Menteri Ukraine Yulia Tymoshenko;[4] Mohamed Fahmy; dan Nadia Murad.

Beliau mengambil nama Amal Clooney sejak perkahwinannya dengan pelakon Amerika Syarikat, George Clooney pada tahun 2014. Pasangan tersebut turut mendirikan suatu yayasan bernama Clooney Foundation pada tahun 2014 sebagai bertujuan menegakkan keadilan di mahkamah seluruh dunia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Amal dilahirkan di Beirut, Lubnan pada 3 Februari 1978. Ayahnya, Ramzi Alam Uddin, berasal dari masyarakat Duruzi kelahiran Baakline[5][6][7][8][9][10] lepasan serta bekas naib presiden American University of Beirut serta memiliki sebuah agensi perwisataan;[11] manakala ibunya Bariaa Miknass merupakan seorang penganut Islam Sunni[12][13] kelahiran Tripoli, utara Lubnan[12][13] bekerja sebagai editor luar negara akhbar al-Hayat.[14]

Keluarganya menyelamatkan diri dari negara tersebut berikutan meletusnya Perang Saudara Lubnan semasa tahun 1980-an, dan mereka menjalani kehidupan baharu mereka di Gerrards Cross, Buckinghamshire.[15]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Clooney mendapat pendidikannya di Dr Challoner's High School di Little Chalfont, Buckinghamshire. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di St Hugh's College, Oxford di mana beliau mendapat biasiswa dan anugerah terpuji hasil prestasi baiknya.[16][17] Beliau mendapat ijazah BA dalam bidang kehakiman ("Jurisprudence", setaraf Bachelor of Laws)[18] dari sana pada tahun 2000.[19][20]Beliau memasuki New York University School of Law pada tahun berikutnya.

Kerjaya kehakiman[sunting | sunting sumber]

Beliau diterima masuk sebagai seorang hakim di Bandar Raya New York pada tahun 2002 serta di England dan Wales pada tahun 2010. Beliau menjalani suatu program kekeranian dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Hakim-Hakim Vladlen S. Vereshchetin (Rusia), Nabil Elaraby (Mesir),[21][22] dan Franklin Berman (United Kingdom, secara ad hoc) pada tahun 2004.

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Russian, Ale (5 Februari 2018). "Amal's Big 40! George Clooney Celebrates Wife's Birthday on 24-Hour Getaway". People (dalam bahasa Inggeris). 
  2. ^ Nicole Lyn, Pesce; Dillon, Nancy; Rivera, Zayda (29 April 2014). "George Clooney Finally Meets His Match With Human Rights Lawyer Amal Alamuddin". Daily News. 
  3. ^ Rothman, Michael (19 March 2014). "5 Things About Amal Alamuddin". ABC News. 
  4. ^ Johnston, Ian (27 April 2014). "George Clooney Engaged To Amal Alamuddin: Actor To Marry British Human Rights Lawyer Who Has Represented Julian Assange". The Independent. 
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AlArabiya-WhoIs-2014 tidak disediakan
  6. ^ Globe Staff (11 Julai 2014). "George Clooney rejects Daily Mail's apology for 'fabricated' story". The Globe and Mail. Phillip Crawley. Dicapai 21 August 2014. whose father, Ramzi, belongs to a prominent Druze family. 
  7. ^ "Talk of the village: What does Amal Alamuddin's Druze community think of Clooney engagement?". The Daily Star. Al Bawaba. 26 Mei 2014. Dicapai 21 August 2014. 
  8. ^ "Clooney, Alamuddin set Sept. 20 marriage date". Daily Star. 8 August 2014. Dicapai 28 September 2014. 
  9. ^ Younes, Ali (30 April 2014). "Who is Amal Alamuddin, reported George Clooney's new fiancee". The Arab Daily News. Dicapai 28 September 2014. 
  10. ^ Smith, Lee (19 Mei 2014). "But Is It Good for the Druze?George Clooney and his future in-laws". The Weekly Standard. 19 (34). Dicapai 28 September 2014. 
  11. ^ "George Clooney's Fiancée Amal Alamuddin Has Beauty, Brains And Style". The Straits Times. 27 April 2014. Dicapai 6 Mei 2014. 
  12. ^ a b Gebeily, Maya (30 April 2014). "Amal Alamuddin from 'Druze family of sheikhs'". NOW News. Diarkibkan daripada asal pada 6 October 2014. Dicapai 28 September 2014. 
  13. ^ a b Gatten, Emma (13 September 2014). "Amal Alamuddin: George Clooney's Betrothed a Star Among Druze Community". NBC News. Dicapai 28 September 2014. 
  14. ^ Amal Clooney - the most wanted woman in Britain, Matthew Bell tries to hang out with Mrs Clooney, Tatler, Tuesday, 19 January 2016: '"I remember her as humane and brainy," adds Ghil'ad Zuckermann, now a professor of linguistics at the University of Adelaide, Australia, who was also at St Hugh's with Amal. "Students were talking about Amal even then, especially those from Middle Eastern backgrounds. I remember being told around 1997 about her famous journalist mother."'
  15. ^ Flanagan, Padraic (28 April 2014). "George Clooney Engaged to High-Flying British Lawyer". The Daily Telegraph. 
  16. ^ "Colleges, Halls, and Societies: Notices – St Hugh's College". Oxford University Gazette. 23 October 1997. Diarkibkan daripada asal pada 18 July 2010. Dicapai 6 May 2014. 
  17. ^ McNeal, Gregory S. (27 April 2014). "International Lawyer And Scholar Amal Alamuddin Engaged To George Clooney". Forbes. Dicapai 15 September 2014. 
  18. ^ "Law (Jurisprudence)". University of Oxford. Dicapai 8 April 2014. 
  19. ^ "Amal Alamuddin". Doughty Street Chambers. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 31 July 2015. Dicapai 14 May 2015. 
  20. ^ Schumann, Rebecka (29 Oktober 2013). "George Clooney Girlfriend Revealed: Who Is Amal Alamuddin? 6 Fast Facts About The Actor's New Love". International Business Times. Dicapai 6 Mei 2014. 
  21. ^ "Clerkships – Prior and Present Clerks". Institute for International Law and Justice. New York University School of Law. Diarkibkan daripada asal pada 4 September 2014. Dicapai 28 September 2014. 
  22. ^ Chi, Paul (27 Februari 2014). "George Clooney Engaged to Amal Alamuddin: 5 Fast Facts About Her". People. Dicapai 6 Mei 2014. 
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ExpandingJurisdiction-2010 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]