Amalan sunat Ihram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Amalan Sunat(Sunnah) Ihram)

Terdapat beberapa perkara yang dikira sebagai amalan sunat Ihram seperti mana yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, ia boleh dipecahkan kepada tiga bentuk kategori iaitu:

  • Amalan sunat sebelum berihram
  • Amalan sunat semasa berihram
  • Amalan sunat selepas berihram

Amalan sunat sebelum berihram[sunting | sunting sumber]

  1. Mengerat atau mengitip kuku tangan dan kaki.
  2. Mengandam atau merapikan janggut,misai dan rambut.
  3. Membuang, mencabut dan mencukur bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya selain dari alis mata dan kening mata kerana keduanya haram dicabut dalam Islam bagi lelaki dan perempuan.
  4. Mandi sunat Ihram.
  5. Mengambil wuduk.
  6. Memakai wangi-wangian pada badan (untuk lelaki sahaja untuk tujuan kesegaran). Bagi wanita hanya boleh memakai bahan yang boleh menyahbau badan yang bersih lagi suci yang tidak mendatangkan kemudharatan dan shawat bagi lelaki jika terbau.
  7. Memakai minyak/penggaya rambut.
  8. Memakai kain ihram yang putih,bersih dan suci dan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.
  9. Mendirikan solat sunat ihram ataupun solat musafir.

Amalan sunat semasa berihram[sunting | sunting sumber]

  1. Menghadap Kiblat
  2. Berada dalam keadaan berwuduk
  3. Mensucikan diri dari sifat Mazmumah dan tabiat negetif dan kotor(perkara wajib dan perlu)
  4. Berniat Ihram di Miqat(perkara wajib dan perlu)
  5. Bertalbiah
  6. Berzikir, berselawat, bertahmid, bertakbir, bertasbih
  7. Berdoa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa(berharap yang terbaik dariNya).

Amalan sunat selepas berihram[sunting | sunting sumber]

  1. Bertahallul (lihat rujukan yang lebih terperinci).
  2. Mengenakan pakaian ynag bersih, suci lagi menutup aurat.
  3. Bertalbiah,berzikir, berselawat, bertahmid, bertakbir, bertasbih, berdoa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Bab 2 m/s 23 (Amalan-Amalan Sunat Ihram). Cetakan 2007/2008. Terbitan Lembaga Tabung Haji Malaysia.