Aman Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aman Malaysia
Malaysian for Peace
JenisNGO
Ibu pejabatKuala Lumpur,  Malaysia
Penubuhan
PengasasDato Seri Hishammuddin Hussien
Identiti
FokusKeamanan Malaysia
PemilikDato Mohamed Hazali Tan Sri Abu Hassan
MotoPeace.Progress.Unity
Laman sesawangwww.amanmalaysia.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia atau Aman Malaysia (bahasa Inggeris: Peace Malaysia) ialah sebuah perikatan NGO yang ditubuhkan bagi menjuarai isu-isu keamanan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Aman Malaysia[sunting | sunting sumber]

Bertonggakkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Malaysia , ‘AMAN MALAYSIA' adalah satu gerak inisiatif dan kempen , yang berdasarkan perpaduan dan keharmonian untuk seluruh rakyat dan masyarakat Malaysia.

Saya mengimpikan agar masyarakat Malaysia , yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial dan ekonomi , bangsa dan agama , fahaman politik , agar sentiasa dapat hidup bersama ( co-exist ) dalam keadaan aman dan harmoni.

Moto Aman Malaysia adalah " Peace . Progress . Unity " ( Keamanan, Pembangunan, Perpaduan ).

Sebagai Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama , semestinya banyak yang dapat di pelajari di antara satu sama lain.

Perbezaan dan kepelbagaian latarbelakang ini, sudah pasti boleh dijadikan satu aset yang unik bagi negara kita yang boleh dikongsi bersama dimana konsep perpaduan masyarakat di Malaysia ini boleh dijadikan model kepada seluruh dunia.

Perlulah ada persetujuan bagi kita untuk memahami dan menghormati perbezaan , yang semestinya ada , di antara satu sama lain .

Hubungan di antara masyarakat Malaysia hendaklah sentiasa di pelihara dengan sebaiknya agar keharmonian dan kesejahteraan Negara sentiasa terjamin, terutamannya di dalam zaman globalisasi sekarang ini.

Semangat  cintakan Negara hendaklah sentiasa di pupuk dan di tanam , terutamanya kepada anak-anak kita yang masih kecil.

Anggaplah isu perbezaan pendapat itu , adalah satu ‘perbezaan pendapat’ di antara pendapat-pendapat tersebut , dan bukannya perbezaan di antara individu ataupun bangsa-bangsa dan agama-agama kita.

Saya yakin dan pasti , masyarakat Malaysia telah pun matang dan cerdik dalam perkara ini , untuk lebih memahami dan menghormati perbezaan pendapat sesama kita.

Pelancaran program-program dan aktiviti-aktiviti berkaitan pergerakan ini akan menyusul dalam masa terdekat ini.

Presiden Aman Malaysia :

YBHG Dato' Mohamed Hazali Abu Hassan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]