Amanda Brown (penulis novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amanda Brown
Lahir (1977-10-06) 6 Oktober 1977 (umur 46)
Amerika Syarikat
PekerjaanPenulis novel
BahasaInggeris
GenreFiksyen
PasanganJustin Chang[1]

Amanda Brown (6 Oktober 1970)[2] merupakan penulis novel Amerika Syarikat yang popular menerusi novel Legally Blonde yang berasaskan kepada film dan muzikal dengan judul yang sama. [1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Anak kepada Jack E. Brown, peguam yang berjaya, dan Suzanne J. Brown, pemilik galeri seni, Brown merupakan lepasan Arizona State University (1993). Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Sekolah Undang-Undang Stanford (namun tidak menerima ijazah undang-undang), di mana beliau telah mengumpul pengalaman untuk dijadikan manuskrip pertamanya untuk novel Legally Blonde.[1]

Atas kejayaan Legally Blonde, beliau melancarkan buku kedua, Family Trust.[1] Beliau kini tinggal bersama suaminya, Justin Chang dan anak perempuannya di San Francisco.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Silverman, Amy (October 30, 2003). "Legally Brown". Phoenix New Times. Dicapai pada March 25, 2016.
  2. ^ http://www.phoenixnewtimes.com/news/legally-brown-6407263

Pautan luar[sunting | sunting sumber]