Amanda Holden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amanda Holden
Holden pada 2014
Kelahiran
Amanda Louise Holden

(1971-02-16) 16 Februari 1971 (umur 53)
Pendidikan
Pekerjaan
  • Pelakon
  • personaliti media
Tahun aktif1991–kini
Majikan
EjenJames Grant[1]
PasanganLes Dennis (k. 1995; c. 2003)
Chris Hughes (k. 2008)
Anak-anak2
Laman web rasmiofficialamandaholden.com

Amanda Louise Holden (lahir 16 Februari 1971)[2] ialah seorang pelakon dan personaliti media England. Sejak 2007, beliau merupakan juri untuk pertandingan pencarian bakat Britain's Got Talent di ITV.

Holden melakonkan watak tajuk dalam persembahan pentas muzikal Thoroughly Modern Millie pada 2004, yang mana beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Laurence Olivier. Beliau melakonkan watak Sarah Trevanion dalam siri drama ITV Wild at Heart (2006–2008).[3] Kredit lakonannya yang lain termasuk The Grimleys (1998–2001), Kiss Me Kate (1999–2001), Cutting It (2002–2004), dan Big Top (2009). Holden juga mengacarakan pelbagai rancangan ITV, termasuk The Sun Military Awards (2009–2014), Superstar (2012), This Morning (2014–2018), Text Santa (2015), dan Give a Pet a Home (2015).

Pada tahun 2019, Holden menjadi pengacara bersama rancangan radio Heart Breakfast bersama Jamie Theakston. Pada tahun berikutnya, beliau melancarkan album studio sulungnya, Songs from My Heart.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Amanda Holden". James Grant Group. Dicapai pada 1 May 2018.
  2. ^ "College Days". The Guardian. 1 May 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2020. Dicapai pada 5 July 2018. Born February 16, 1971
  3. ^ "Biography - Official Amanda Holden Website". www.officialamandaholden.com. Dicapai pada 18 August 2020.
  4. ^ "Amanda Holden releases debut album Songs From My Heart". Heart (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 October 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]