Amar Asyraf
Amar Asyraf | |
|---|---|
عمار اشرف | |
| Kelahiran | Amar Asyraf bin Zailuddin 15 November 1986 |
| Pendidikan | Diploma Seni Pengarahan dan Lakonan |
| Pusat pendidikan | ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2011–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 2 |
Amar Asyraf Zailuddin (lahir 15 November 1986) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Zain Hakimi dalam drama Setia Hujung Nyawa yang menggandingkan beliau bersama Nelydia Senrose.[1][2][3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 15 November 1986 di Masjid Tanah, Melaka Malaysia.[4] Beliau merupakan lulusan dalam diploma dalam Persembahan Seni dan Lakonam dari Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Filem pertama Amar ialah Penunggu Istana pada tahun 2011. Tetapi beliau mula terkenal melalui drama Setia Hujung Nyawa memegang watak Zain Hakimi pada tahun 2012. Pada 8 November 2015, Amar telah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk kategori drama di Anugerah Skrin 2015.[5]
Semenjak tahun 2021, Amar telah menjalankan perniagaan minyak wangi bernama House of Amar bersama isterinya di Alam Impian, Selangor.[6]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau bertunang pada tahun 2011 dengan pasangannya, Arna Salleh selepas berkenalan selama 2 tahun. Pada 7 Jun 2013, Amar sah bergelar suami kepada Arna.[7]
Beliau mempunyai dua anak.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2015 | Pelakon Lelaki Terbaik Drama | Dari Pintu Neraka | Menang | |
| 2017 | Aktor Pilihan | Terlarang Sudah Rinduku | Tercalon | |
| Pasangan Pilihan (bersama Nina Iskandar) | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Amar Asyraf kecewa dengan produksi? Utusan Malaysia.
- ^ Amar Asyraf komitmen seratus peratus Sinar Harian.
- ^ 'Biar kurang popular, asal jangan tenggelam terus' Berita Harian.
- ^ Biodata Amar Asyraf Diarkibkan 2013-03-01 di Wayback Machine, Retrieved on 23 February 2013
- ^ Amar sabar tunggu peluang Harian Metro.
- ^ "Siakap Keli". siakapkeli.my. Dicapai pada 2024-09-03.
- ^ Tahniah Amar Asyraf Kini Sah Suami Kepada Arna Salleh, Retrieved on 7 June 2013