Amar Baharin
Amar Baharin | |
|---|---|
امار بحرن | |
Amar di majlis hari lahir Amyra Rosli pada 24 Ogos 2016. | |
| Kelahiran | Amar bin Mohd Baharin 1 Julai 1985 |
| Pendidikan | Kejuruteraan Elektrik |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif |
|
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 1.71 m (5 ka 7 in) |
| Pasangan | Amyra Rosli (k. 2016) |
| Anak-anak | 2 |
| Ibu | Nor Hayati Abd Aziz |
| Bapa | Mohd Baharin Amir |
Amar bin Mohd Baharin (lahir 1 Julai 1985) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009.[2] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.[3] Antara drama terkenal beliau ialah Janji Kekasih, Khurafat The Series, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Kalis Kasih Cemburu Seorang Perempuan [4][5] dan Hati Yang Dikhianati. Sepanjang kerjaya lakonannya, Amar dikenali dengan melakonkan watak lelaki romantis dan suami orang dalam kebanyakan drama lakonan beliau meskipun tidak memenangi sebarang anugerah untuk hasil kerja lakonannya.[6]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 1 Julai 1985 di Kajang, Selangor. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, kepada pasangan Mohd Baharin Amir dan Nor Hayati Abd Aziz.[7] Mempunyai darah kacukan Arab, Thai dan Melayu, Amar bersekolah di SMK Bukit Bandaraya dan Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan. Beliau juga merupakan lulusan jurusan kejuruteraan elektrik di UiTM kampus Shah Alam.[8][9]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Meskipun berkelulusan dalam Kejuruteraan Elektrik di UiTM, Amar memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai pelakon sepenuh masa. Pada tahun 2008, beliau memulakan kerjaya lakonan profesional menerusi peranan kecil dalam siri drama Sofea Zahra yang bersiaran di Astro Ria.
Pada tahun 2009, Amar menyertai rancangan realiti TV Astro Ria, Anak Wayang di mana beliau merupakan salah seorang pesertanya, menerusi rancangan inilah beliau mengenali Dayana Roza, Feeya Iskandar, Hairi Safwan, Lan Siro, Afzan A. Rahman, Hafiz Halim dan Alex Yanz yang menjadi peserta rancangan itu.[10] Sepanjang bersama Anak Wayang, Amar terpilih membintangi drama Kecuali Cintamu di mana beliau memegang watak sebagai seorang mekanik.
Pada tahun yang sama, Amar melakonkan peranan Ashraf dalam siri drama Kau dan Aku yang diadaptasi dari telenovela Velenzuela, Somos Tu y Yo dan dibintangi oleh bintang Akademi Fantasia, beliau melakonkan kembali peranannya dalam musim kedua siri itu.
Pada tahun 2011, Amar membintangi telefilem pertamanya, Prebet Jamilah 2 yang merupakan kesinambungan daripada telefilem 2010 dengan judul sama yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, juga pada tahun yang sama, beliau bekerja sekali lagi dengan Scha menerusi drama Kelaaas Kau Maria!! dan telefilem Mimi Mencari Cinta.
Amar melakonkan peranan pembantu sebagai Rosman dalam siri drama seram Khurafat The Series yang diadaptasi dari filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof, drama itu dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Nora Danish.[11] Beliau juga muncul dalam telefilem Patah Seribu yang dibintangi oleh Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.
Beliau membintangi dalam telefilem untuk siaran Astro First Eksklusif bertajuk Anugerah Dendam Yang Terindah (2013) arahan Mohd Feroz Abd Kadir dan dibintangi oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, Amar melakonkan watak sebagai adik bongsu kepada Azman yang bernama Aril, yang menuruti kehendak ibunya, dan kemudiannya ditunangkan dengan Izatul hingga terbabit dalam nahas jalan raya dan lumpuh.
Juga pada 2013, beliau membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem sejarah patriotik arahan Shuhaimi Baba bertajuk Tanda Putera yang mana beliau memegang watak sebagai Tengku Razaleigh Hamzah. Ia merupakan satu-satunya filem lakonan beliau di dalam kerjaya lakonannya.
Pada tahun 2014, Amar diberi peranan sebagai Tajul Razin dalam siri drama waktu perdana TV3, Kerana Terpaksa Aku Relakan yang dibintangi bersama Izreen Azminda, diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Umie Nadzimah. Beliau juga muncul dalam beberapa drama lain termasuk Kristal Maya dan Bila Hati Telah Hitam.

Pada tahun berikutnya, Amar terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi daripada novel 1938 dengan judul sama karya sasterawan Indonesia, Hamka. Juga pada 2015, beliau membintangi drama Tersuka Tanpa Sengaja bersama teman wanitanya ketika itu, Amyra Rosli (kini menjadi isterinya), Emma Maembong dan Hafreez Adam, yang diadaptasi daripada novel 2014 dengan judul sama nukilan Pena Kayu.
Beliau bergandingan bersama Siti Elizad dalam siri drama waktu perdana Astro Ria, Si Kolot Suamiku yang mana beliau memegang watak sebagai Tengku Ehsan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Amar dan Elizad dalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.
Bermula 2 April 2018, Amar memegang watak utama bersama Mawar Rashid dalam siri drama waktu perdana Kalis Kasih untuk siaran di Slot Samarinda di TV3.
Beliau berlakon di samping isterinya, Amyra dalam drama Cemburu Seorang Perempuan dengan memegang watak sebagai Zikri. Ini merupakan drama pertama lakonan bersama Amar dan Amyra sejak perkahwinan mereka.[12][13][14][15][16] Beliau memegang watak sebagai Romi, seorang pemuda yang bersikap negatif dalam telefilem Jangan Disalahkan Takdir di TV3 lakonan bersama Amar Asyraf yang memegang watak Muhammad, seorang pemuda yang bersikap positif.
Amar kembali aktif di set penggambaran selepas tiga bulan tertangguh akibat pandemik COVID-19, beliau menjalani penggambaran drama Ayat-Ayat Halal.[17]

Beliau digandingkan bersama Isyariana Che Azmi menerusi drama Hati Yang Dikhianati di Astro Prima, seterusnya muncul dalam drama Derita Untuk Bahagia bersama Azar Azmi.[18][19]
Amar kembali digandingkan bersama Isyariana dalam Biarkan Ia Pergi, kemudian digandingkan bersama Rita Nadira dan Anna Jobling dalam Terima Kasih Cinta yang kedua-duanya disiarkan pada tahun 2022 di TV3. Setahun berikutnya, beliau berlakon dalam Bukan Puteri Lindungan Bulan bersama Janna Nick.[20][21]
Pada tahun 2023, beliau dan isterinya, Amyra berlakon dalam drama pendek Falah arahan bekas wartawan Harian Metro, Amirul Haswendy Ashari yang disiarkan di TV Alhijrah.[22]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Amar mula menjalin hubungan dengan pelakon, Amyra Rosli ketika sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong.[23] Mereka pertama kali bekerja sama dalam drama Kalimah Jiwa, diikuti oleh Tersuka Tanpa Sengaja. Mereka bertunang pada 22 Julai 2016[24][25] dan berkahwin pada 11 November.[26] Pada 15 Oktober 2017, Amar dan Amyra dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar. Pada 2 Februari 2020, mereka dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan.[27] Pada 8 Februari, Amar dan Amyra menamakan bayi perempuan mereka Ayra Arissa, mereka juga turut mendedahkan wajah puteri mereka buat pertama kali menerusi akaun Instagramnya.[28]
Bapa beliau, Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada 25 Mei 2023. Bagaimanapun, beliau merahsiakan usia dan punca kematian bapanya.[29][30][31]
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Isu geran tanah
[sunting | sunting sumber]Pada 25 April 2024, Amar meluahkan kekecewaannya terhadap Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor yang masih tidak menyelesaikan isu sebidang tanah milik ibu bapanya di Semenyih, Selangor yang didakwa mempunyai dua geran berbeza. Menurutnya, geran asal tanah tersebut dipegang oleh ibunya, Norhayati Abd Aziz dan isu tanah tersebut berlaku ketika bapanya, Mohd Baharin Amir masih hidup dan sehingga bapanya meninggal dunia pada Mei 2023.[32][33] Pada 30 April, Amar mengesahkan bahawa ibunya ialah pemilik sah tanah di Semenyih menerusi kemas kini oleh PTG.[34]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Pelakon TV MeleTOP | — | Tercalon |
| Anugerah MeleTOP Era 2015 | Drama TV MeleTOP | Kerana Terpaksa Aku Relakan | Tercalon | |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Gandingan Serasi di Layar (bersama Izreen Azminda) | — | Tercalon | |
| Anugerah Melodi 2014 | Artis Lelaki Pilihan | — | Tercalon | |
| Anugerah Buku Negara 2015 | Anugerah Telenovela 2015 Kategori Artis Lelaki | Amar Baharin (Cik Bunga Encik Sombong) | Tercalon | |
| 2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Pelakon TV MeleTOP | — | Tercalon |
| 2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Drama TV MeleTOP | Cik Bunga Encik Sombong | Tercalon |
| Anugerah Seri Angkasa 2016 | Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik | Amar Baharin (Hujan Pagi) | Tercalon | |
| 2017 | Malam Throwbaek Drama | Hero Throwbaek | Amar Baharin (Si Kolot Suamiku) | Tercalon |
| Malam Throwbaek Drama | Kapel Throwbaek | Amar Baharin & Siti Elizad | Tercalon | |
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon TV Lelaki Popular | Amar Baharin | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Sudirman Mohd Tahir (25 Mac 2016). Amar tidak terkilan Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2016.
- ↑ Senarai Nama 25 Peserta Anak Wayang Astro Sensasi Selebriti (29 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2015.
- ↑ Ardini Sophia Sina (10 April 2016). Seni lakon, suara serentak Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2016.
- ↑ Syafil Syazwan Jefri (22 Disember 2018). Amar Baharin hadapi risiko Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2019.
- ↑ Fatin Farhana Ariffin (24 Jun 2018). Amar Baharin tak mahu sekadar asal boleh Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ↑ Nor Eryani Yusup (1 November 2021). Ada prinsip, Amar Baharin tak pegang pendapat netizen Kosmo!. Dicapai pada 8 Mac 2022.
- ↑ Sudirman Mohd Tahir (19 Julai 2016). Menanti detik disatukan Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2017.
- ↑ Biodata Amar Baharin Diarkibkan 2014-08-08 di Wayback Machine Melvister. Dicapai pada 30 Ogos 2014.
- ↑ Rezeki lakonan melimpah ruah Harian Metro. Diperoleh pada 24 Ogos 2015.
- ↑ Roslen Fadzil (25 Mei 2009). "Jom Kenali 25 Calon Anak Wayang". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-05. Dicapai pada 8 Januari 2010.
- ↑ Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). Khurafat The Series yakin lulus LPF Diarkibkan 2018-03-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Julai 2011.
- ↑ Farhana Ab Rahman (8 Julai 2019). Amar, Amyra letak syarat jadi suami isteri dalam drama Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ↑ Farhana Ab Rahman (28 November 2019). Saya tak boleh lebih-lebih - Amar Baharin Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ↑ Sudirman Mohd Tahir (27 November 2019). Amar tabik dengan lakonan Amyra Harian Metro. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ↑ Zaidi Mohamad (8 Ogos 2015). Sandiwara cinta Amyra Rosli, Amar Baharin? Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2016.
- ↑ Fatin Farhana Ariffin (5 Jun 2015). Amar, Amyra bukan kekasih Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2015.
- ↑ Vivien Lim (19 Jun 2020). Actor Amar Baharin is happy he doesn't need to shoot intimate scenes The Star Online. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ↑ Serimah Mohd Sallehuddin (29 April 2021). "Amar bukan lagi pilihan utama penerbit". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2021.
- ↑ Nur Asyikin Mayudin (24 Jun 2021). "Amar Baharin tak nak hanya jadi hero drama cinta, mahu keluar zon selesa – "Tak boleh 'stuck' satu karekter sahaja, tak berkembang bakat yang ada"". mStar Online. Dicapai pada 28 Jun 2021.
- ↑ Georgie Joseph (28 Mac 2023). "Selesa drama panjang". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2024.
- ↑ Ridzuan Abdul Rahman (27 Mei 2023). "Amar Baharin tak bosan lalui tempoh penggambaran panjang". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2024.
- ↑ Norhayati Nordin (28 Ogos 2023). "'Saya mahu konsisten'". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2024.
- ↑ Tahir Alhamzah (12 Ogos 2016). Amar Baharin: All in the family New Straits Times. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
- ↑ Sudirman Mohd Tahir (28 Julai 2016) Hidup makin ceria dan indah Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2016.
- ↑ Rudy Imran Shamsuddin (22 Julai 2016). Amar, Amyra selamat bertunang Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2017.
- ↑ Kemalia Othman (11 November 2016). Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri mStar. Dicapai pada 11 November 2016.
- ↑ Najiy Jefri (1 Februari 2020). Amar, Amyra dapat anak kedua Harian Metro. Dicapai pada 2 Februari 2020.
- ↑ Ayra Aryssa nama pilihan puteri Amyra Rosli, Amar Baharin Astro Gempak. 8 Februari 2020. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ↑ Farihad Shalla Mahmud (25 Mei 2023). "Bapa Amar Baharin meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2023.
- ↑ Hasif Idris (25 Mei 2023). "Amar Baharin kehilangan ayah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Ogos 2023.
- ↑ "Bapa pelakon Amar Baharin meninggal dunia". Berita Mediacorp. 25 Mei 2023. Dicapai pada 21 Ogos 2023.
- ↑ Norhayati Nordin (25 April 2024). "'Macam mana boleh ada dua geran?' - Amar Baharin". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2024.
- ↑ Amirul Asraf (26 April 2024). "'Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?' – Amar Baharin". Oh Bulan!. Dicapai pada 1 Mei 2024.
- ↑ "Kemas kini di PTG dapati emak masih pemilik sah geran tanah - Amar Baharin". Berita Harian. 30 April 2024. Dicapai pada 1 Mei 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1985
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Orang Malaysia berketurunan Siam
- Muslim Malaysia
- Orang dari Selangor
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Peserta Anak Wayang