Pergi ke kandungan

Amaryllis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amaryllis
Amaryllis belladonna.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Amaryllidaceae
Subkeluarga: Amaryllidoideae
Tribus: Amaryllideae
Genus: Amaryllis
L.
Spesies jenis
Amaryllis belladonna
L.
Spesies

Lihat teks.

Amaryllis (atau pandan suasa[1]) ialah satu-satunya genus dalam subsuku Amaryllidinae (suku Amaryllideae). Ia ialah genus kecil bagi bebawang berbunga, dengan dua spesies. Salah satunya yang lebih dikenali, Amaryllis belladonna, tempatan dari wilayah Cape Barat di Afrika Selatan, lagi-lagi di kawasan barat daya berbatu di antara Lembah Sungai Olifants dan Knysna.[2] Untuk beberapa tahun, terdapat kekeliruan dalam kalangan pakar tumbuhan terhadap nama generik Amaryllis dan Hippeastrum, membuatkan nama umum "amaryllis" dipakai dengan meluas untuk kultivar genus Hippeastrum, yang dijual dengan meluas pada musim sejuk atas kemampuannya berbunga di dalam rumah.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]
Bunga Amaryllis belladonna

Amaryllis ialah tumbuhan berbawang, dengan setiap bebawangnya 5–10 cm (2.0–3.9 in) garis pusat. Ia mempunyai beberapa daun hijau histerantus berbentuk penyebat dengan tulang 30–50 cm (12–20 in) panjang dan 2–3 cm (0.79–1.18 in) lebar, tersusun dalam dua jalur.

Setiap bebawang mengeluarkan satu atau dua batang gempal tegak berterusan tanpa daun 30–60 cm tinggi, dengan setiapnya muncul di atas jambakan dua ke dua belas bunga zigomorfik berbentuk corong tanpa tiub. Setiap bunga 6–10 cm (2.4–3.9 in) garis pusat dengan enam tepal kembang (tiga kelopak luar dan tiga ranggi dalam, dengan perawakan yang hampir sama dengan yang lain). Warna biasanya adalah putih dengan urat merah lembayung, namun yang ungu dan dadu turut ditemukan secara sejadi. Sulur bunga tersambung sangat pendek mendasar, melengkung tak sama. Benang sari melengkung dengan stigma bercuping tiga. Ovul kira-kira 8 setiap ruang. Benih bulat termampat, putih hingga dadu. Bilangan kromosom pula 2n = 22.[3]

Setakat Oktober 2020, Amaryllis hanya mempunyai dua spesies diterima, deduanya tempatan dari Wilayah Cape di Afrika Selatan:[4]

Amaryllidinae ditempatkan dalam Amaryllideae seperti berikut: Ia terkait secara filogeninya seperti berikut:

Suku Amaryllideae

Subsuku Amaryllidinae

Subsuku Boophoninae

Subsuku Strumariinae

Subsuku Crininae

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Bakung, turut disebut tembaga suasa.
  • Lilium, genus bagi lili.
  1. ^ "amaryllis". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012.
  2. ^ "Amaryllis belladonna (March lily, Belladonna)". Biodiversity Explorer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-25. Dicapai pada Februari 2, 2020.
  3. ^ Meerow, Alan W.; Snijman, Deirdre A. (1998), "Amaryllidaceae", dalam Kubitzki, Klaus (penyunting), The Families and Genera of Vascular Plants, III, Springer-Verlag Berlin Heidelberg GmbH, m/s. 83–110, doi:10.1007/978-3-662-03533-7, ISBN 978-3-642-08377-8, S2CID 30159571
  4. ^ "Amaryllis L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2020-10-19.
  5. ^ "Amaryllis belladona L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2020-10-19.