Ambang Klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ambang Klasik
Syarikat indukSistem Televisyen Malaysia Berhad
Diasaskan1995
Dibubarkan2002
StatusDitutup
GenrePelbagai
Negara asalMalaysia
LokasiBandar Utama, Petaling, Selangor

Ambang Klasik Sdn. Bhd. (akronim AKSB) atau diringkaskan Ambang Klasik ialah sebuah syarikat penerbitan dan rakaman di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1995 sebagai anak syarikat kepada Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Operasinya telah ditutup pada tahun 2002[1]. Ia terlibat dalam hal-hal berkaitan pengurusan seni di Malaysia seperti pengurusan bakat, penghasilan album, pengurusan acara dan studio rakaman, juga terlibat dalam menghasilkan program hiburan tempatan.

Ambang Klasik juga memiliki sebuah anak syarikat yang khusus dalam penerbitan album penyanyi Indonesia, Gong Klasik Sdn Bhd[2].

Pada tahun 2000, sebanyak 17 album telah diterbitkan di mana 12 daripadanya merupakan keluaran album baru manakala selebihnya dibuat dalam bentuk album kompilasi. Album Senario mendahului lain-lain album yang diterbitkan oleh AKSB. Album ketiga Senario, Seantero, mencecah paras 50,000 unit sementara satu lagi albumnya, Senario Konsert DBKL, yang dibuat dalam bentuk VCD berjaya mencatatkan jualan sebanyak 33,000 unit.

Ekoran ekonomi yang meleset saban tahun, pada tahun 2002, pihak pengurusan TV3 telah mencantumkan Ambang Klasik dengan dua lagi anak syarikatnya, Tiga Events Sdn Bhd dan Animated & Production Techniques Sdn Bhd dalam satu entiti di bawah Tiga Events Sdn Bhd[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Charanjeet Kaur (26 April 2005). "Media firm ordered to reinstate ex-employee". The Star. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  2. ^ SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (26 May 2000). "Annual Report 1999". Bursa Malaysia. Dicapai pada 24 Julai 2021.
  3. ^ SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (5 Februari 2003). "Annual Report 2002". Dicapai pada 24 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]