Ambiga Sreenevasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ambiga Sreenevasan
அம்பிகா சீனிவாசன்
Ambiga berucap di International Women of Courage Awards pada 2009.
Presiden Majlis Peguam Malaysia
Dalam jawatan
Mac 2007 – Mac 2009
TimbalanMr. Ragunath Kesavan
Didahului olehMr. Yeo Yang Poh
Digantikan olehMr. Ragunath Kesavan
Ahli International Commission of Jurists
Memegang jawatan
2018
Berkhidmat dengan Chinara Aidarbekova (Kyrgyzstan), Gamal Eid (Egypt), Jamesina Essie L. King (Sierra Leone) and Michael Sfard (Israel)
PresidenRobert K Goldman (USA)
Pengerusi Bersih 2.0
Dalam jawatan
2011 – 30 November 2013
Didahului olehtiada
Digantikan olehMaria Chin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Orang Asli Majlis Peguam
Dalam jawatan
2010–2012
Memimpin bersama dengan Steven Thiru dalam tempoh 2011/2012
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehSteven Thiruneelakandan & Hon Kai Ping (Pengerusi bersama)
Pengarah Bebas Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti
Dalam jawatan
2011–2013
Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita
Dalam jawatan
2009–2010
Presiden HAKAM
Memegang jawatan
2014
Didahului olehMr. Abdul Rashid Ismail
Ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi
Memegang jawatan
15 Mei 2018
Dilantik olehCouncil of Elders
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Butiran peribadi
Lahir (1956-11-13) 13 November 1956 (umur 67)
Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganMr. S. Radhakrishnan (cucu S. S. Vasan)
Hubungandaughter of Dato' Dr G. Sreenevasan
Alma materUniversiti Exeter, England
PekerjaanPeguam
Award(s)Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP), 2008[1]
International Women of Courage Award, 2009
Honorary Graduate of Universiti Exeter, 2011–12
Honorary Doctorate in Law (LLD) of Universiti Exeter, 2011
Legion of Honour, 23 September 2011[2][3]

Ambiga Sreenevasan (Tamil: அம்பிகா சீனிவாசன், rumi: Ampikā cīṉivācaṉ; lahir 13 November 1956) merupakan mantan Presiden Badan Peguam Malaysia dari 2007 hingga 2009.

Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 telah dibatalkan kerana tidak mahu memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. Polis Malaysia mengemukakan alasan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi ketenteraman dan kesejahteraan awam.

Dato' Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.[4]

Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. [5]

Pengerusi bersama Bersih 3.0[sunting | sunting sumber]

Pada 28 April 2012, Ambiga selaku pengerusi bersama BERSIH telah mengadakan Perhimpunan Bersih 2012 di Dataran Merdeka. Tetapi PDRM dan DBKL mendapat perintah mahkamah menghalang peserta memasuki dataran. Sebaliknya mereka dihalang dengan kon dan kawad berduri di pelbagai simpang masuk ke Dataran Merdeka. Akibatnya para peserta terperangkap dan terpaksa berkumpul di sekitar Masjid Jamek, Dayabumi, Menara Kembar Petronas, Sogo, Masjid India dan sebagainya.


Pada 10 Mei 2012, sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Ikhlas telah menyekat pintu pagar bangunan yang diingati rumahnya dan mendirikan gerai burger. Mereka menuntut Ambiga memohon maaf dan membayar gantirugi kepada peniaga kecil dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS)di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Ambiga menempelak Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah dengan menyatakan bagaimana jika privasi rumah pemimpin politik diceroboh sama.Tindakan IKHLAS itu mendapat liputan dalam berita Ntv7.[6]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Pada 23 September 2011, Ambiga Sreenevasan menerima anugerah tertinggi Perancis, Chevalier de Legion d’Honneur daripada Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety.Anugerah itu diberikan kerana sumbangannya memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.Anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Michelle Yeoh.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perak hounours list Diarkibkan 22 Julai 2011 di Wayback Machine
  2. ^ "Bersih's Ambiga receives top French award". Malaysia: Malaysiakini.com. 24 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2011. Dicapai pada 4 Oktober 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Conferment of the insignia of Chevalier of the Legion of Honour to Dato Ambiga Sreenevasan". Embassy of France in Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2012. Dicapai pada 4 October 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Perarakan haram, baik cegah sebelum merebak, Oleh Manja Ismail". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-24. Dicapai pada 2011-07-02.
  5. ^ "Malays should know who Ambiga is, say analysts. June 26, 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-27. Dicapai pada 2011-07-02.
  6. ^ "Buka gerai burger depan rumah Ambiga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-11. Dicapai pada 2012-05-11.
  7. ^ "Iklan Top insideAmbiga terima anugerah tertinggi Perancis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-24. Dicapai pada 2011-09-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]