Ambrin Buang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang ialah bekas Ketua Audit Negara Malaysia. Ibu pejabatnya di Pejabat Ketua Audit Negara,Jabatan Audit Negara,Aras 4, Lot 2G4, Presint 2 , Putrajaya.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan 24 Mac 1949 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • 1971 - Ijazah Sarjana Muda Ekonomi , Universiti Malaya
  • 1979 - 1981 - Sarjana Perniagaan Antarabangsa, Universiti South Carolina, Amerika Syarikat.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • 1971-1979 - Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
    • Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.
    • Penolong Pengarah, Bahagian Perdagangan Antarabangsa
    • Setiausaha Sulit Kepada Menteri
    • Timbalan Pengarah, Bahagian Perindustrian
  • 1981-1982 - Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
    • Timbalan Pengarah Bahagian Perusahaan Kecil
  • 1982-1987 - Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (LPKM)
    • Pengarah Pemasaran
    • Timbalan Ketua Pengarah
  • 1987-1991 – Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    • Ketua Pusat Pentadbiran Ekonomi Dan Dasar Awam
    • Timbalan Pengarah (Pengurusan)
  • 1992-1995 - Kedutaan Besar Malaysia Di Tokyo
    • Menteri Kedutaan
  • 1995-1999 - KL International Airport Berhad
    • Pengurus Besar Kanan
  • 1999-2001 - Kerajaan Negeri Selangor
    • Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Okt 2001 - Feb 2006 - Kementerian Pelajaran Malaysia
    • Ketua Setiausaha
  • Feb 2006 – Feb 2017- Jabatan Audit Negara
    • Ketua Audit Negara (sehingga 2017)
  • Ahli Dewan Diraja Selangor

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada September 2007, Tan Sri Ambrin Buang telah mengeluarkan Laporan Audit Negara 2006. Laporan Audit itu hanya berdasarkan 40 siasatan secara random , bukan keseluruhan tender di semua kementerian. Hasilnya amatlah mengejutkan semua pihak kerana berlaku salahurus dan kecuaian kerana harga semasa jauh lebih rendah berbanding harga tender.Biasanya pembelian dibuat secara rundingan terus dengan tujuan lebih cepat dan mereka lebih tahu.

Pada 19 November 2009, Tan Sri Ambrin Buang telah dilantik semula sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Februari 2010 hingga 22 Februari 2012.Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan . Perlantikan semula itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]