Ameba (laman web)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ameba (laman web)
JenisSyarikat awam subsidiari
Ibu pejabatTokyo, Jepun
Kawasan yang dipasarkanFlag of Japan (bordered).svg Jepun
Perancang utamaSusumu Fujita, CEO & President
IndukCyberAgent Inc. (TYO: 4751 )
Laman webwww.ameba.jp
Kedudukan Alexa128 (seluruh dunia), 10 (Jepun)[1]
Jenis laman webPerkhidmatan rangkaian sosial
Tersedia dalamBahasa Jepun (Platform Blog, Komuniti Maya, Permainan Sosial)
Status terkiniAktif (Pigg), Ditutup (Pico)

Ameba (アメーバ, Amēba) adalah sebuah laman web blog dan rangkaian sosial di Jepun.

Pada bulan Disember 2009, Ameba melancarkan Ameba Now, platform mikro-blog yang bersaing dengan Twitter.[2] Pada bulan Mac 2009, Ameba melancarkan Ameba Pico, aplikasi Facebook untuk pasaran Inggeris berdasarkan komuniti maya Ameba Pigg.

Ameba Pigg[sunting | sunting sumber]

Pigg adalah komuniti maya blog Jepun di mana pengguna boleh menyesuaikan avatar, bersosial dengan orang sedunia dengan menggunakan replika mercu tanda di seluruh dunia seperti Shibuya 106 dan Patung Liberty.

Pengguna juga boleh menghiasi bilik mereka dengan pelbagai jenis perabot, dibeli dengan mata wang maya yang dipanggil "Gummies", "Token", dan "Silver Coin". Pengguna boleh dan menjemput pemain lain ke bilik mereka dan meninggalkan mereka perutusan.

Untuk versi Bahasa Inggeris, Gummies dan Token adalah mata wang permainan yang diperolehi dengan melakukan tugas-tugas dalam permainan seperti membunyikan loceng bilik orang lain dan memberikan alat peraga, manakala "Candy Gold" adalah mata wang dalam permainan yang hanya boleh diperolehi dengan membayar wang sebenar, Kredit Facebook, Baki Telefon, atau dengan melakukan tugas dari pembekal permainan seperti Paymentwall. Barangan yang dipilih dengan Candy Gold secara alternatif boleh dibeli dengan menggunakan token.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ameblo.jp Site Info". Alexa.com. Dicapai 4 March 2012. 
  2. ^ Twitter Faces a Battle for Tweets Financial Times, March 12, 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]