Ameer Ali Mydin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin merupakan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, sebuah rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar di Malaysia.[1][2] Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dilahirkan di Pulau Pinang pada 4 Jun 1956 dan dibesarkan di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kimia Universiti Western Michigan, AS (1979). Beliau juga menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Sonoma State pada tahun 1981.Beliau membina kerjaya sebagai pegawai perbankan di Bank Arab Malaysian Merchant selama 8 tahun sebelum membuat keputusan meneruskan cita-citanya membina legasi perniagaan. Dengan usaha keras dan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin kini mengangkat legasi yang dibina Allahyarham bapanya Tuan Mydin Mohamed. MYDIN kini mempunyai 68 buah cawangan di seluruh negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ N. Rama Lohan (19 September 2017). Mydin owner firmly believes in the concept of the human touch Diarkibkan 2017-12-26 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 26 September 2017.
  2. ^ Nik Maheran Nik Muhammad; Filzah Md Isa; Siti Norezam Othman (29 July 2013). "Mydin transformation focus: leadership and organizational change". Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia. Emerald Group Publishing Limited, Academia.edu. doi:10.1108/20450621111180963. ISSN 2045-0621. Dicapai pada 18 April 2016.