Ameer Sofazr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ameer Sofazr
Nama lahirAmir bin Mahyidin
Juga dikenali sebagai
Are-Meer, Ameer Sofaz
Kelahiran (1983-01-18) 18 Januari 1983 (umur 41)
Ijok, Selangor, Malaysia
GenrePop rock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2001–kini
Pengkarya berkait
Sofazr

Amir Mahiyidin (lahir 18 Januari 1983) juga dikenali sebagai Ameer Sofazr merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau merupakan salah vokalis kumpulan rock Malaysia, Sofazr.[1][2][3] Beliau juga pernah menyertai Bintang RTM.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, Ameer ialah salah seorang peserta Bintang RTM 2001 antara lain turut disertai oleh Misha Omar, Azharina, Farawahida dan Sarah Raisuddin yang kesemuanya bergiat aktif dalam bidang muzik.

Ameer ialah salah seorang ahli asal kumpulan rock Sofaz sebagai vokalis, yang turut dianggotai oleh One (dram), Fairouz (bes), Zimi (gitar) dan Rodie (keyboard). Sofaz telah menikmati kejayaan muzik sejak penubuhannya pada 2003 dan telah menerbitkan sebanyak enam album studio di bawah dua label rakaman, Suria Records dan KRU Studios. Menjelang pelancaran album keempat, kumpulan ini bertukar nama kepada Sofazr.

Gegar Vaganza (Musim 6)[sunting | sunting sumber]

Ameer menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019. Beliau ialah salah satu daripada 13 bintang program tersebut. Namun di konsert minggu ketiga, beliau merupakan bintang yang kedua tersingkir selepas Mazleela.[4] Berikut ialah persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Janjiku" Sofazr Ke-9
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Dan Bila Esok" Ke-12
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Samrah Mentari" Dato' Jamal Abdillah Tersingkir

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ameer berkahwin dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada Januari 2015.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Alim Astro Oasis Episod: "Akibat Zina"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak (16 Julai 2013). Sofazr Berjaya Dengan Bergaduh mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 25 Oktober 2018. Dicapai pada 21 Oktober 2016.
  2. ^ Sofaz sudah mampu bernafas Utusan Malaysia. 10 Oktober 2004. Diarkib daripada yang asal pada 13 Mac 2018. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
  3. ^ Sofarz sentuhan KRU Kosmo!. 18 Januari 2012. Diarkib daripada yang asal pada 13 Oktober 2018. Dicapai pada 21 Oktober 2012.
  4. ^ Fadhli Sulaiman (25 Oktober 2019). Lepas tersingkir dari GV6, Ameer mahu tumpu pada Sofazr Malaysiakini. Dicapai pada 25 Oktober 2019.
  5. ^ Zulhilmi Jalil (4 Ogos 2020). "Penantian selama 5 tahun" - Amwee Sofazr bakal jadi bapa, isteri sah hamil Astro Gempak. Dicapai pada 21 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]