Amenhotpe I
Amenhotep I | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Satu dari sebilangan kecil gambaran 3 dimensi semasa Amenhotep I pada pemerintahannya, kini terdapat di Muzium Seni Halus, Boston. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Firaun Mesir | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemerintahan | 1526–1506 BC (dipertikai), 20 tahun dan 7 bulan di Manetho[1], Dinasti ke Lapanbelas Mesir | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendahulu | Ahmose I | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengganti | Thutmose I | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ḏsr-k3-Rˁ Sucilah Ka bagi Dewa Ra[2]
Jmn ḥtp Amun puas hati K3-wˁf-t3w Lembu jantan yang menakluk tanah
ˁ3-nrw Dia yang mendatangkan ketakutan amat
wȝḥ-rnpwt Enduring of years
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Permaisuri | Ahmose-Meritamon | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Putera-puteri | Amenemhat (mati muda), kemungkinan Ratu Ahmose | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ayahanda | Ahmose I | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ibunda | Ahmose-Nefertari | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mangkat | 1506 or 1504 BC | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Makam | Mummy found in Deir el-Bahri cache, but was likely originally buried in Dra' Abu el-Naga' or KV39 |
Amenhotpe I (memerintah 1545-1525 BCE) merupakan raja kedua dalam dinasti ke lapan belas, Kerajaan Baru Mesir. Sungguhpun dia dapat dipastikan sebagai anak raja sebelumnya, Ahmose (memerintah 1569-1545 BCE) dan isterinya Ahmose–Nefertari, hubungan Amenhotpe I dengan keluarga lainnya tidak begitu jelas direkodkan.
Hubungannya dengan Ahotpe II yang pernah dipercayai sebagai isteri & saudara, kini dipercayai sebagai neneknya. Merit-Amun I kekal sebagai "Isteri Raja Agung" tetapi jelas bukannya "Ibu Raja". Seorang lagi isteri, Sitkamose direkodkan di stelea dinasti ke sembilan belas.
Amenhotpe I dipercayai tidak memiliki anak kandung. Isteri kepada Thutmose I, Ahmose dipercayai sebagai saudara perempuan kepada Amenhotpe I, tetapi hal ini dipertikaikan kerana Ahmose bukannya "Puteri Raja". Satu-satu hubungan Ahmose adalah dengan Thutmose I, dan dia kemungkinannya merupakan saudara dan isteri Thutmose I.
Amenhotpe I kemungkinannya telah mengukuh dan menyepadukan kejayaan bapanya tetapi pemerintahannya kurang direkodkan. Sejarahwan Yunani-Mesir, Manetho (sekitar 305-285 BCE) menempatkan pemerintahannya sebagai dua puluh tahun dan tujuh bulan yang menyamai dengan tempoh pemerintahannya 21 tahun. Tidak terdapat bukti kukuh mengenai pemerintahan bersamannya dengan bapanya Ahmose atau dengan pemerintah berikutnya Thutmose I.
Usaha pembinaan Amenhotpe I direkodkan dengan lebih baik. Di Karnak dia membina kuil alabaster yang dikenali sebagai "Peringatan Berkekalan Amun". Di Deir el-Bahri dan di Dra Abul naga dia membina logi balak di El-kab, terdapat kuil bagi Nekhbet. Di Abydos dia menyiapkan kuil Ahmose. Di Kom Ombo, Elephantine, Shatt el-Rigal, dan Gebel es-Silsila beberapa blok diukir dengan namanya masih kekal.
Amenhotpe I merupakan raja Mesir pertama yang mengasingkan makam dan kuil pengebumiannya sebagai usaha mengelirukan perompak. Kuil pengebumiannya kemungkinannya terletak di Deir el-Bahri di mana Rumah Amenhotpe di Taman terletak dalam kuil peringatan Hatshepsut. Dua makan tidak bertanda di Lembah Raja-raja telah dikaitkan dengan Amenhotpe I, tetapi tiada satupun menyerupai gambaran makamnya yang direkod dalam Papyrus Abbott. Mumminya ditanam semula oleh paderi dinasti dua puluh satu selepas makamnya dirompak. ia dijumpai bersama mummi diraja lain di Deir el-Bahri.
Generasi Mesir berikutnya memuliakan Amenhotpe I di Deir el-Medina, di mana dia disembah sebagai dewa tempatan, sebagaimana ibunya. Dia juga diketahui sebagai sumber ramalan. Amenhotpe I diwakili dalam tiga bentuk: Amenhotpe Bandar; Amenhotpe Kecintaan Amun; dan Amenhotpe Medan utama.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- The Oxford Encyclopedia Of Ancient Egypt, Donald B. Redford - Volume 1, 2001