Amin Younes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amin Younes
Maklumat peribadi
Nama penuh Amin Younes
Tarikh lahir (1993-08-06) 6 Ogos 1993 (umur 30)
Tempat lahir Düsseldorf, Jerman
Ketinggian 1.68 m (5 ka 6 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 34
Kerjaya remaja
1997–2000 SG Unterrath
2000–2011 Borussia Mönchengladbach
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Borussia Mönchengladbach II 37 (4)
2012–2015 Borussia Mönchengladbach 26 (1)
2014–20151. FC Kaiserslautern (pinjam) 14 (2)
2015–2018 Jong Ajax 5 (2)
2015–2018 Ajax 69 (12)
2018– Napoli 12 (3)
Pasukan kebangsaan
2008–2009 Jerman B16 1 (1)
2009–2010 Jerman B17 10 (4)
2010–2011 Jerman B18 6 (1)
2011–2012 Jerman B19 8 (2)
2012–2013 Jerman B20 2 (0)
2013–2015 Jerman B21 18 (3)
2017 Jerman 5 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 08:46, 11 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 OKtober 2017

Amin Younes (Arab: أمين يونس; lahir 6 Ogos 1993) merupakan pemain bola sepak Jerman yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Itali, Napoli.[1] Seorang pemain yang teknikal, Younes mempunyai kemahiran menggelecek yang hebat serta bijak dalam merencanakan serangan.[2]

Younes telah memulakan kariernya di SG Unterrath sebelum berpindah ke akademi Borussia Mönchengladbach semasa berusia lapan tahun. Pada tahun 2011, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Borussia Mönchengladbach II sebelum diberi peluang membuat penampilan pertama bersama pasukan senior pada tahun 2012. Selepas menamatkan tempoh pinjamannya selama setahun di 1. FC Kaiserslautern, Younes berpindah ke Ajax pada tahun 2015 dan beliau merupakan sebahagian daripada skuad Ajax yang menjadi naib juara dalam kejohanan Liga Europa UEFA 2016–17. Pada tahun 2018, Younes berpindah ke Napoli melalui perpindahan percuma.

Ibunya merupakan orang Jerman tetapi beliau memegang kerakyatan Lubnan kerana bapanya merupakan orang asal sana. Beliau telah mewakili pasukan Jerman di peringkat remaja sejak tahun 2008 sebelum beraksi untuk pasukan senior pada tahun 2017.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Borussia Mönchengladbach[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Younes beraksi untuk akademi SG Unterrath. Pada tahun 2000 iaitu semasa beliau baru berusia lapan tahun, beliau telah menyertai kelab akademi Bundesliga, Borussia Mönchengladbach. Pada tahun 2011, beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Borussia Mönchengladbach II yang beraksi di Regionalliga West.

Younes melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior pada penghujung musim 2011–12 ketika aksi menentang Hannover pada 1 April 2012.[3]

Kaiserslautern[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2014, beliau telah menyertai kelab 2. Bundesliga, Kaiserslautern secara pinjaman selama satu musim.[4]

Ajax[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Julai 2015, Younes telah menandantangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Belanda, Ajax dengan perpindahan yang bernilai €2,5 juta.[5] Selepas pulih daripada kecederaan yang memaksa beliau tidak dapat beraksi pada awal musim, beliau telah melakukan penampilan pertamanya bersama Ajax ketika menentang Groningen pada 26 September.[6] Pada minggu berikutnya, beliau menjarignkan gol sulungnya untuk Ajax ketika menentang PSV namun perlawanan berkesudahan Ajax akur akan kekalahan 2–1.[7] Selama beberapa minggu, beliau menemui sentuhannya dan menamatkan musim sulungnya di Belanda dengan menjaringkan lapan gol dan melakukan sembilan hantaran gol dalam jumlah 35 perlawanan. Pada 20 Oktober 2016, beliau telah menjaringkan gol sulungnya di pentas Eropah ketika menentang Celta Vigo dalam aksi peringkat kumpulan Liga Europa.[8] Pada penghujung musim tersebut, beliau telah beraksi dalam final Liga Europa menentang Manchester United namun Ajax tewas dalam aksi tersebut.[9] Younes telah menjadi pemain terbanyak membuat gelecekan sepanjang kejohanan tersebut.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2018, Younes telah berpindah ke kelab Serie A, Napoli melalui perpidahan percuma. Ketika Younes berpindah ke Napoli, beliau membuat permintaan untuk mendapatkan jersi bernombor 34 sebagai mengingati bekas rakan sepasukannya di Ajax, Abdelhak Nouri yang mengalami kerosakan otak sekali gus menamatkan kariernya.[10] Pada 8 Disember 2018, beliau telah melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika menentang Frosinone.[11] Younes menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada 17 Mac 2019 dalam aksi Serie A menentang Udinese yang berkesudahan kemenangan 4–2 milik Napoli.[12]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mei 2017, pengurus Joachim Löw telah memanggil Younes untuk menyertai skuad kebangsaan Jerman buat pertama kali bagi menghadapi kejohanan Piala Konfederasi 2017.[13]

Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 6 Jun 2017 ketika menentang Denmark. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman pula pada 10 Jun 2017 ketika menentang San Marino.

Pada 29 Jun 2017, beliau menjaringkan gol keduanya dalam kariernya bersama pasukan kebangsaan Jerman semasa aksi separuh akhir Piala Konfederasi 2017 menentang Mexico. Perlawanan tersebut berkesudahan Jerman meraih kemenangan 4–2 sekali gus mara ke final dan akhirnya menjuarai kejohanan tersebut.[14][15]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Mei 2019
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Borussia Mönchengladbach II 2010–11 6 0 6 0
2011–12 20 3 20 3
2012–13 11 0 11 0
Jumlah 37 3 37 3
Jerman Borussia Mönchengladbach 2011–12 1 0 0 0 1 0
2012–13 11 1 0 0 2 0 13 1
2013–14 14 0 0 0 14 0
Jumlah 26 1 0 0 2 0 28 1
Jerman Kaiserslautern 2014–15 14 2 1 0 15 2
Belanda Ajax 2015–16 27 8 2 0 6 0 35 8
2016–17 29 3 1 0 18 4 48 7
2017–18 13 1 0 0 4 1 17 2
Jumlah 69 12 3 0 28 5 100 17
Itali Napoli 2018–19 12 3 1 0 3 0 16 3
Jumlah kerjaya 166 23 5 0 33 5 204 28

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 Oktober 2017[16]
Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
2017 5 2
Jumlah 5 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
10 Jun 2017 Nuremberg, Jerman  San Marino
4–0
7–0
Kelayakan Piala Dunia 2018
2
29 Jun 2017 Sochi, Rusia  Mexico
4–1
4–1
Piala Konfederasi 2017

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Jong Ajax

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Germany

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Amin Younes". worldfootball.net. Dicapai pada 30 December 2012.
  2. ^ "Cosa sappiamo del caso Younes". L'Ultimo Uomo (dalam bahasa Itali). 2018-05-01. Dicapai pada 2019-08-25.
  3. ^ "Hannover 96 vs. Borussia M'gladbach". Soccerway. 1 April 2012. Dicapai pada 10 June 2017.
  4. ^ "Amin Younes wird ein Roter Teufel" [Amin Younes becomes a Red Devil] (dalam bahasa German). 1. FC Kaiserslautern. 22 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 9 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Ajax contracteert Amin Younes" (dalam bahasa Dutch). Ajax. 16 July 2015. Dicapai pada 10 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Ajax vs. Groningen - 26 settembre 2015 - Soccerway". it.soccerway.com. Dicapai pada 2019-08-25.
  7. ^ "Ajax vs. PSV - 4 ottobre 2015 - Soccerway". it.soccerway.com. Dicapai pada 2019-08-25.
  8. ^ "Celta Vigo vs. Ajax - 20 ottobre 2016 - Soccerway". it.soccerway.com. Dicapai pada 2019-08-25.
  9. ^ "Ajax vs. Manchester United - 24 maggio 2017 - Soccerway". it.soccerway.com. Dicapai pada 2019-08-25.
  10. ^ Ciaran Varley (8 January 2019). "The touching reason players are wearing the number 34". BBC. Dicapai pada 9 January 2019.
  11. ^ "Napoli-Frosinone 4-0: gol di Zielinski, Ounas e Milik (2). La Juve torna a +8". La Gazzetta dello Sport - Tutto il rosa della vita (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2019-08-25.
  12. ^ "Napoli-Udinese 4-2, Mertens torna al gol". La Gazzetta dello Sport - Tutto il rosa della vita (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2019-08-25.
  13. ^ "Confed Cup: Löw nominiert Plattenhardt und Wagner". kicker online (dalam bahasa Jerman). Olympia Verlag GmbH. 17 May 2017. Dicapai pada 17 May 2017.
  14. ^ FIFA.com (1 January 1900). "Younes: We have a very bright future". FIFA.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-30. Dicapai pada 30 September 2018.
  15. ^ Murray, Scott (29 June 2017). "Germany 4–1 Mexico: 2017 Confederations Cup semi-final – as it happened". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 30 September 2018.
  16. ^ (Inggeris) Profil Younes, Amin di National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]