Amir Ahnaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amir Ahnaf
Kelahiran
Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin

(2000-02-17) 17 Februari 2000 (umur 23)
PendidikanDiploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan (Games Development)
Pusat pendidikan
Pekerjaan
Tahun aktif2020–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)

Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin atau nama komersialnya Amir Ahnaf (lahir 17 Februari 2000) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau membuat kejayaan dengan membawa watak sebagai Kahar iaitu seorang pelajar di KUDRAT dan digelar “Kapla High Council” didalam siri Astro Originals Projek: High Council pada tahun 2023. Amir Ahnaf memulakan kariernya sebagai pelakon dengan membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Ejoi yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022. Kerjayanya bermula setelah dia dipilih menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 2021.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Amir Ahnaf dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 adik beradik.

Beliau merupakan Presiden Badan Wakil Pelajar. Amir Ahnaf telah mempelajari ilmu Silat sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, dan pengalaman dalam seni mempertahankan diri ini banyak membantunya ketika memainkan watak sebagai Kahar (Projek: High Council) yang penuh dengan adegan aksi. Selain itu, beliau juga pernah menyertai pasukan ragbi sekolah sejak di Tingkatan 1 dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuklah pertangan taranum Al-Quran dan berazan. Tidak dilupakan bahawa beliau pernah menubuhkan sebuah band sendiri ketika berada di sekolah dan memegang posisi sebagai vokalis utama.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau kini menetap di Selangor bersama Mierul Aiman, yang juga merupakan rakan seperjuangannya dalam Hero Remaja 2021 dan pelakon bersama dalam Projek: High Council. Amir Ahnaf berbakat dalam menyanyi, bermain gitar, menggubah lagu, dan melukis.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Rindu Darul Iman Ijad TV1 Drama bersiri, pelakon tambahan
Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Ejoi Astro Ria Drama bersiri, pelakon tambahan
2023 Projek: High Council Kahar Drama bersiri, pelakon utama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2023 Ubi Superstar Live Bekas Kapla Astro Warna

Pautan luar[sunting | sunting sumber]