Amir Hariri Abd Hadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amir Hadi
أمير هاريري عبد هادي
Setiausaha Agung Pertama
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
Memegang jawatan
17 September 2020
Didahului olehPosition established
PresidenSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Butiran peribadi
Lahir (1991-06-20) 20 Jun 1991 (umur 32)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikParti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
PendidikanSOAS University of London
PekerjaanAhli Politik
Laman web rasmihttps://muda.my/

Amir Hariri Abd Hadi (أمير هاريري عبد هادي), atau lebih dikenali sebagai Amir Abd Hadi, atau Amir Hadi, merupakan pengasas bersama serta Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Beliau merupakan seorang aktivis sosio-politik sejak lebih 10 tahun lalu, bermula dari gerakan mahasiswa, menjawat sebagai penyelaras kanan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), serta aktif dalam gerakan pemuda sebagai Setiausaha Agung Liga Rakyat Demokratik (LRD). Beliau adalah penerima biasiswa Chevening (2021/2022), program global UK bagi pemimpin luar biasa, menunjukkan kecemerlangan dan potensi kepimpinannya.

Pendidikan dan kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Amir Hadi lahir pada 20 Jun 1991, di Hospital Kuala Lumpur dan merupakan anak ke-tiga dari empat adik beradik. Bapanya merupakan pengusaha bas sekolah manakala ibunya merupakan guru di tadika PASTI. Kedua-dua ibu dan bapanya merupakan aktivis akar umbi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang aktif. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Klang, sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (TIKL). Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Amir Hadi adalah penerima biasiswa Chevening (2021/2022) dan kini melanjutkan pengajian pascasiswazah di United Kingdom dalam bidang Politik Asia, di SOAS University of London.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Perjalanan beliau bermula di universiti dengan gerakan pelajar. Selepas tamat belajar, beliau bergerak aktif bersama Kelab Bangsar Utama, sebuah kolektif orang muda yang berpusat di Bangsar Utama, yang aktif dengan pelbagai aktiviti termasuklah Dapur Jalanan Kuala Lumpur, memberi pendidikan percuma kepada pelajar miskin, menjalankan kuliah-kuliah politik, menggerakkan stesen radio online, kelab filem serta terlibat aktif dalam menyusun gerakan-gerakan politik khususnya gerakan orang muda.

Pada 2015, bersama aktivis mahasiswa dan pemuda, beliau bersama mengasaskan Gerakan Anak Muda Demi Malaysia (yang kemudiannya dikenali sebagai Liga Rakyat Demokratik) dan dilantik sebagai Setiausaha Agung nya yang pertama.

Liga Rakyat Demokratik (LRD) adalah sebuah gerakan multi-partisan yang bertujuan mengangkat suara pemuda serta bergerak aktif menyusun gerakan seluruh negara. LRD menganjurkan beberapa demonstrasi termasuklah protes #TangkapNajib pada 2015 bersangkutan skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, yang mana lebih 30 aktivis termasuk beliau sendiri ditangkap dan dilokap selama beberapa hari. LRD turut menganjurkan Kongres Anak Muda yang pertama pada 2017, yang menghimpunkan orang muda rentas parti dari seluruh negara; yang pertama sepertinya dalam sejarah moden Malaysia.

Badan Bukan Kerajaan dan Penglibatan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat belajar, beliau dilantik sebagai penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), sebuah gabungan lebih 100 badan bukan kerajaan bagi mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang tersebut. Beliau kemudiaannya menyertai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), salah satu organisasi hak asasi terkemuka di Malaysia. Sebagai Penyelaras Kanan SUARAM, beliau mengepalai beberapa kempen termasuklah pemansuhan undang-undang drakonian, mereformasikan undang-undang keselamatan, serta pemerkasaan orang muda dimana beliau mengasaskan Sekolah Aktivisme SUARAM.

Beliau juga bekerja rapat dengan komuniti terpinggir, seperti komuniti orang asli di Gua Musang Kelantan, serta terlibat aktif mempertahankan penduduk di Merapoh, Pahang yang terkesan dari sudut pendapatan dan akses air bersih akibat pembalakan, kilang dan lombong haram.

Diperingkat antarabangsa, beliau telah menjelajah ke lebih 10 negara, atas jemputan untuk menjadi panel perbincangan serta bekerja rapat dengan komuniti terpinggir, khususnya di Asia Tenggara.

Antara penglibatan beliau termasuklah mewakili Malaysia dalam persidangan dan dialog antara Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dengan badan bukan kerajaan di Thailand, Indonesia dan Filipina; terlibat dalam persidangan Pembela Hak Asasi di Dublin, Ireland; menjadi pembicara dalam perbincangan tematik di Persidangan Masyarakat Sivil ASEAN (ACSC/APF) di Timor Leste; sebagai panel dalam Persidangan ke-7 Pembela Hak Asasi Asia di Colombo, Sri Lanka; pembicara untuk beberapa forum di beberapa negara di Asia Tenggara dan menjadi tenaga pengajar utama untuk program Pertukaran Pembelajaran Pemimpin Komuniti (CLLE) yang bekerja dengan pemimpin komuniti di Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Kes Siti Noor Aishah[sunting | sunting sumber]

Amir Hadi, selaku penyelaras kanan SUARAM, merupakan individu yang bertanggungjawab mengepalai kempen membebaskan Siti Noor Aishah dan memansuhkan undang-undang tahan tanpa bicara. Siti Noor Aishah merupakan mahasiswi pascasiswazah Universiti Malaya dalam bidang Usulluddin (Akidah), yang telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan terlibat dengan kumpulan pengganas.

Amir Hadi dalam kempen beliau memaklumkan bahawa tuduhan keatas Aishah, dibawah seksyen 130(j)(b) Kanun Kekeseksaan kerana memiliki 12 buah buku yang dikatakan berkait dengan kumpulan pengganas adalah tidak berasas, kerana buku-buku tersebut tidak diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, dan sebahagian boleh dibeli di kedai buku. Aishah juga telah dibebaskan oleh mahkamah tinggi pada 29 September 2016, sebelum ditahan semula pada hari yang sama dibawah undang-undang Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 17 September 2020, beliau bersama 12 yang lain, termasuk mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah menghantar permohonan untuk mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Beliau seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Agung MUDA dan bertanggungjawab menubuhkan MUDA di seluruh negara, sebelum melepaskan jawatan untuk melanjutkan pengajian di United Kingdom. Beliau kini telah pulang ke Malaysia, dan menjawat semula jawatan sebagai Setiausaha Agung MUDA.

References[sunting | sunting sumber]

  • "Polis hadir ke pejabat Bersih 2.0" astro Awani. 30 Mac 2018. Retrieved 17 Februari 2020.
  • "Activist who exposed Sosma torture claims nabbed at TPPA rally" Malaysiakini. 23 Januari 2016. Retrieved 17 Februari 2020.
  • "Hanya Syed Saddiq dan 12 yang lain pengasas parti Muda" Malaysiakini. 11 Oktober 2020. Retrieved 17 Februari 2020.
  • "GOOD THINGS #5: AMIR ABD HADI - ACTIVIST, POLITICIAN, REBEL" The Business Station 89.9. 05 Februari 2021. Retrieved 17 Februari 2020.
  • "AMIR ABD HADI,HRD, COORDINATOR, Suara Rakyat Malaysia (Suaram)" Front line defenders. 25 Ogos 2017. Retrieved 17 Februari 2020.
  • "Don't repeat #TangkapNajib rally crackdown, cops told" Malaysiakini. 16 Ogos 2016. Retrieved 17 Februari 2020.
  • "Police make unannounced visit to Muda and Undi18 co-founders’ homes" Malay mail. 04 Ogos 2021. Retrieved 17 Februari 2020.
  • "Cops must take cognisance of Putrajaya's intent to abolish Sedition Act" Malaysiakini. 11 Julai 2018. Retrieved 17 Februari 2020.

Category:1991 kelahiran