Amir Khusyairi Mohamad Tanusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi (lahir 1982) ialah seorang peguam dan ahli politik Malaysia. Beliau mewakili Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di Pilihan raya kecil Slim 2020 namun bertanding sebagai calon bebas.[1]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Amir Khusyairi dilahirkan di Perak[2] pada tahun 1982 serta merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Bapanya, Allahyarham Hj Mohamad Tanusi bin Maulut, ialah seorang bekas naib kadi Teluk Intan manakala ibunya pula, Hajah Jariah binti Mohd Yunus, ialah seorang pesara guru agama.[3]

Beliau berkahwin dengan Nur Aainaa binti Othman iaitu seorang doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan dan doktor pakar jemputan di hospital Slim River.[1] Beliau mempunyai lima orang anak.[3]

Beliau fasih dalam tiga bahasa yang mana antaranya ialah bahasa Arab.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Amir Khusyairi bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) sebagai graduan undang-undang dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.[1][2] Dia turut mengambil program pasca siswazah dalam bidang Diploma Syariah Lanjutan Amalan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan seorang peguam syarie dan peguam bela sejak tahun 2007.[5][6] Beliau merupakan pengasas sebuah firma guaman iaitu Amir Khusyairi & Associates (AKA) yang mempunyai dua buah pejabat di Perak dan Selangor.[4][6]

Pada malam Khamis 12 Ogos 2020, beliau diumumkan sebagai calon Parti Pejuang Tanah Air di Pilihan raya kecil Slim 2020 namun akan bertanding sebagai calon bebas kerana parti tersebut belum berdaftar.[7][8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kumar, B Nantha (12 Ogos 2020). "PRK Slim: Dr M umum peguam syarie Amir Khusyairi sebagai calon". Malaysiakini.com. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  2. ^ a b c "Amir Khusyairi Tanusi calon parti baharu Dr M PRK Slim". Free Malaysia Today. 12 Ogos 2020. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  3. ^ a b Noor Hidayah Tanzizi; Rosman Shamsudin (12 Ogos 2020). "PRK Slim: Kumpulan Tun M namakan peguam, Amir Khusyairi sebagai calon". BH Online. Gambar oleh Sharul Hafiz Zam. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  4. ^ a b "About Us". law-aka.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  5. ^ "Peguam calon bebas wakili kumpulan penyokong Dr Mahathir". Bernama. 12 Ogos 2020. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  6. ^ a b Sayed Hesham Idris (12 Ogos 2020). "Parti Dr. M umum peguam, Amir Khusyairi tanding Bebas PRK Slim". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  7. ^ Ridauddin Daud (12 Ogos 2020). "Tun M umum nama parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  8. ^ "Dr. Mahathir umum peguam, Amir Khusyairi bertanding di PRK Slim". Suara Merdeka. 13 Ogos 2020. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.