Pergi ke kandungan

Amir Masdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amir Masdi
امير مسدي
Kelahiran
Amir Syazwan bin Masdi

(1996-10-03) 3 Oktober 1996 (umur 29)
WarganegaraMalaysia
Nama lainAmir AF2016
PendidikanUniversiti Utara Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2016–kini
Karya
Filemografi
IbuJamaliah Samid
BapaMasdi Baharom
Laman web rasmihttps://amirmasdi.com

Amir Syazwan Masdi (lahir 3 Oktober 1996) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan juara pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia 2016.[1] Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat menerusi lagu "Kau Sakiti" yang dicipta oleh Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Ezra Kong & Romeo yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 pada tahun 2021. Beliau juga dikenali sebagai THE NEXT GENERATION OF FAIZAL TAHIR.

Akademi Fantasia 2016

[sunting | sunting sumber]

Amir diterima masuk bersama 13 lagi pelajar Akademi Fantasia 2016 dan bersaing selama 8 minggu didalam akademi dan berjaya ke pentas akhir yang telah menobatkan beliau sebagai juara AF2016, sekaligus menewaskan empat lagi finalis dalam merebut gelaran juara.. berikut adalah persembahan beliau sewaktu di dalam Akademi Fantasia 2016.

Konsert Lagu Tugasan Penyanyi Asal
Minggu 1 "Obses" Akim & The Majistret
Minggu 2 "Where You Will Go" The Calling
Minggu 3 "Biso Bonar" Dato' Hattan
Minggu 4 "Umi" Dato' Shake
Minggu 5 "Mahligai Permata" Dato' Siti Nurhaliza
Minggu 6

'(Suku Akhir)'

"Misteri Mimpi Syakila" /

"Dari Sinar Mata"

Wings /

BPR

Minggu 7

'(Separuh Akhir)'

"Ratusan Purnama"

- duet dengan Datin Alyah "Demi Cinta"

Melly Goeslaw & Marthino Lio

Ezad Lazim

Minggu 8 '(Akhir)' "Romantis"

"Pemilik Cinta"

Spring

Amir [2]

AF Megastar 2017

[sunting | sunting sumber]

Setahun selepas kemenangan beliau di AF2016, Amir sekali lagi mencuba nasib untuk menyertai program terbaru terbitan Astro, AF Megastar. Program realiti terbaru ini menghimpunkan semula 8 bekas juara dan 16 alumni AF dari musim pertama sehinggalah musim ketiga belas. Percubaan Amir berbaloi apabila beliau berjaya menempatkan diri dalam Top 12 AF Megastar 2017. Walau bagaimanapun, di minggu separuh akhir Amir terpaksa akur dengan keputusan juri dan undian penonton yang tidak menyebelahi beliau dan terpaksa meninggalkan pentas AF Megastar apabila hanya mendapat undian sebanyak 21.1% pada malam konsert tersebut. Berikut adalah persembahan beliau di dalam AF Megastar 2017.

Konsert Lagu Penyanyi Asal
Konsert 2

(Homecoming 2)

"Grenade" Bruno Mars
Konsert 3

(Minggu 1)

"Hanya Kau yang Mampu" Aizat Amdan
Konsert 4

(Minggu 2)

"Sejarah Mungkin Berulang" New Boyz
Konsert 5

(Minggu 3)

"Lagu Untukmu" Meet Uncle Hussain
Konsert 6

(Minggu 4)

"Sepi Sekuntum Mawar Merah" / "Pengemis Cinta" Ella
Konsert 7

(Minggu 5) (Hits Terkini)

"Kullul Hubbi"

"Dirgahayu" (duet dengan Siti Nordiana)

Faizal Tahir, Noh Salleh, Aizat Amdan & Mu'adz Dzulkefly

Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Amir Masdi (2023)
  • AM:PM (2024)
Tahun Tajuk Saluran YouTube
2016 "Pemilik Cinta" Astro Gempak
2017 "Waktu" Nova Music Videos
2018 "Puas"
2019 "Kau Sakiti" Warner Music Malaysia
2020 "Asmara" Nova Music Videos
2021 "Biru Malam" (bersama Chubb-E) FUTUREMUSIC ENTERTAINMENT
"Hari Ini Hari Raya" Nova Music Videos
"Esok"
2022 "Debu" (duet bersama Dayang Nurfaizah) Faithful
"Sepi Sekuntum Mawar Merah" (nyanyian asal Ella) Nova Music Videos
2023 "Sengaja"
2024 "Nurcinta"
"Jaguh" (bersama XONE) MPL Malaysia
Artis Lagu Tahun Catatan
Aziz Harun "Sayang Kau Tercipta" 2021 Komposer bersama Ja'a (Faithful Publishing), Romeo (Faithful Publishing), Karim Karam (Faithful Publishing), Mike Chan (Faithful Publishing)
The Penthemix "Selagi Bernyawa" 2022 Komposer bersama Karim Karam, Nass Nass, Otromen dan Pown Hasril

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 Kau Sakiti Finalis
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Debu duet Dayang Nurfaizah Finalis
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Dayang Nurfaizah) Tercalon
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2025 Anugerah Juara Lagu ke-39 Sengaja Finalis
Anugerah Melodi Terhangat 2025 Selebriti Muzik Paling Onz Terhangat Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2025 Lagu MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]