Amiruddin Md Ali Hanafiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Amiruddin Md Ali Hanafiah merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang berasal dari negeri Johor.

Amiruddin Md Ali Hanafiah dilahirkan di Kampung Awat, Batu Anam, Segamat pada 12 November 1965. Dia mendapat pendidikan awal di Johor dan di Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau mendapat pendidikan menengah di tiga buah sekolah di Kota Tinggi, Johor. Seterusnya beliau mengikuti kursus perguruan di Institut Bahasa, Kuala Lumpur pada tahun 1987-1989 dan memperoleh Diploma Perguruan Khas (Kesusasteraan Melayu) di Maktab Perguruan Raja Melewar dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Malaya. Beliau turut memiliki Diploma Pemikiran Islam dan Diploma Falsafah Sains Islam dari Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI) yang kini dikenali Kolej Dar Hikmah.

Amiruddin Md Ali Hanafiah sangat aktif berpersatuan dan telah memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau juga pernah menerajui Persatuan Penulis Johor (PPJ) sebagai Ketua II dan pada tahun 2005, sebagai Ketua Satu sehingga kini. Beliau juga pernah menjawat ahli jawatankuasa GAPENA dan pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden PENA selama tiga penggal. Kini, beliau menyandang jawatan Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Beliau turut menyandang jawatan Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) sejak tahun 2008 hingga kini. MKNJ merupakan NGO yang dipengerusikan secara otomatik oleh EXCO Kerajaan Johor yang menjawat potfolio hal ehwal kebudayaan

Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua 1 Persatuan Penulis Kuala Lumpur (2012-2015). Turut menggerakan Kelab Sasterawan Felda Malaysia, Kelab Penulis Guru Malaysia dan Kelab Penulis 1Malaysia.Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Kehormat Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kemboja; di Malaysia.

Beliau telah menghasilkan lima buah novel remaja. Antaranya Merintis Impian dan Berteduh di Rimbunan Suci; terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dua buah skrip drama pentasnya turut dikaji oleh pelajar Malaysia melalui teks Komponen Bahasa melayu (KOMSAS). Drama "Angin" termuat dalam antologi Seuntai Kata untuk Dirasa dan drama "Surat untuk Ina" termuat dalam teks Tingkatan 1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]