Ammar Alfian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ammar Alfian
Ammar Alfian.jpg
KelahiranAmmar Alfian Aziz
(1987-04-05) 5 April 1987 (umur 32)
Cardiff, United Kingdom
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)
PasanganNelissa Nezam (berkahwin 2016)

Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri (lahir pada 5 April 1987) merupakan seorang pelakon, dan model lelaki Malaysia. Nama beliau melonjak naik setelah membintangi drama Tari Tirana yang bersiaran di TV3. Drama ini menggunakan konsep tarian dan kuliah serta kehidupan pelajar mahasiswa.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ammar Alfian Aziz dilahirkan pada 5 April 1987 di Cardiff, United Kingdom (UK).[1] Beliau juga berasal dari Johor Bahru dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Selain itu, beliau merupakan anak kepada Profesor Mohd Zakri seorang profesor di UTM Skudai.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ammar mula melibatkan diri dalam kerjaya hiburan sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis Hero Remaja yang turut disertai oleh Kamal Adli dan Fizo Omar.

Beliau menempa populariti setelah membintangi drama Tari Tirana sebagai peneraju utama bersama Wan Sharmila, Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah pada tahun 2009.[2]

Kerjaya Ammar di layar lebar bermula dengan menjayakan watak sebagai orang kanan Tailong dalam filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof. Beliau melakonkan watak sebagai Zariff dalam filem ketenteraan PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ammar telah sah menjadi suami kepada Nelissa Nezam pada 6 Mac 2016.[4]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Puteri Sarah Liyana yang kini berkahwin dengan Syamsul Yusof. Dikatakan bahawa beliau pernah berkrisis dengan Syamsul kerana mereka berebut Puteri Sarah.[5]

Beliau kini menetap di Melbourne, Australia, dan dalam proses memohon untuk menjadi pemastautin tetap negara itu.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2013 KL Gangster 2 Bodyguard Tailong Syamsul Yusof Filem pertama
2016 Showdown The Movie Khairil M. Bahar
Langit Cinta Jali Osman Ali
2018 PASKAL Zariff @ Jeb Adrian Teh

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Tari Tirana Neo TV3
2010 Nur Fansuri TV1
Kem Pink Cikgu Aizat TV3
Dia Atilia Ad Astro Prima
2011 Cinta Luhur Ezumin Ayed TV2
Sirah Cinta Razali TV1
Sahara Ashraf TV3
2012 Evolusi KL Drift: The Series Ery TV2
2013 Musim Cinta Belum Berlalu Fahri TV1
2014 Bila Chacha Masuk Asrama Cikgu Adan TV3
2015 Puteri Gunung Ledang Rayyan HyppTV
Nasuha Rocky TV9
Eksperimen Cinta Adam Harris TV3
Abang Sado Jemur Kain Zack TV3
Syurga Nur Nik Safuan TV3
Hello, Mr. Perfect! Aizat TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Ponti Anak Remaja Astro Ria
2011 Cinta Terlepas Pandang TV1
Gamitan Bayu Kasih TV2
Kasanova Metropolitan Kassim TV1
2015 Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Rafiq TV9
2016 Jauh Zahar Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 I Can See Your Voice Malaysia SING-vestigator jemputan ntv7

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gambar Nikah Ammar Alfian dan Nelissa Nezam Blog Mazeer (12 Mac 2016). Dicapai pada 12 Mac 2016.
  2. ^ Ammar Alfian muhasabah diri Kosmo! (15 Mac 2015). Dicapai pada 15 Mac 2015.
  3. ^ Michelle Gun (2 Mac 2018). "Ammar teruja 'masuk' PASKAL". Harian Metro. Dicapai 29 September 2018. 
  4. ^ Ammar kahwin senyap sebab merajuk - Hiburan Kosmo! (13 Mac 2016). Dicapai pada 13 Mac 2016.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (29 April 2013). Ammar Alfian dedah Puteri Sarah bercinta dengan Syamsul Yusof mSTAR Online. Diperoleh pada 29 September 2013.
  6. ^ Peminat tak nak tahu kisah saya - Ammar Alfian. Berita Harian (9 Oktober 2016). Dicapai pada 9 Oktober 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]