Ammara Batrisya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ammara Batrisya
GenreDrama
Konflik
Dendam
Ditulis olehErma Fatima
PengarahAzma Aizal Yusoof
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tanpamu" oleh Rabecca
Lagu penutup"Tanpamu" oleh Rabecca
PenggubahS.C. Elliot
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ain Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Arri Abdullah
  • Ahmad Albab Abdullah
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal10 Disember 2013 – 28 Januari 2014

Ammara Batrisya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azma Aizal Yusoof dengan idea asal dan skrip oleh Erma Fatima.[1] Dibintangi oleh Erra Fazira, Umie Aida dan Adi Putra, drama ini bersiaran di Slot Ratu TV9 dari 10 Disember 2013 hingga 28 Januari 2014. Pada tahun 2015, drama ini diulang siar di Slot Samarinda TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kehidupan dua sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisya. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan kedua ibu-bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh mak ciknya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisya (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.

Batrisya mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita-wanita yang tidak bernasib baik. Kerana terlalu obses dengan Batrisya, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Batrisya dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya telah menemukan mereka dan membuatkan mereka menjalinkan persahabatan tanpa Batrisya sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti Batrisya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sinopsis Drama Ammara Batrisya, slot Ratu TV9[pautan mati kekal] Empayar Ryz (21 Disember 2013). Dicapai pada 23 Januari 2014.
  2. ^ Penamat Drama Bersiri Ammara Batrisya, Episod Akhir Sensasi Selebriti (29 Januari 2014). Dicapai pada 30 Januari 2014.