Pergi ke kandungan

Amok (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amok
PengarahAdman Salleh
PenulisSalleh Ben Joned (Cerita)
Lakon layarAdman Salleh
Dihasilkan olehRuhani Abdul Rahman
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
15 Julai 1995
Masa tayangan
112 minit
NegaraMalaysia
Bahasa

Amok ialah sebuah filem genre drama ngeri psikologi Malaysia yang ditayangkan pada 15 Julai 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Adman Salleh.

Amok bertolak dari tiga watak yang berhubungan dan juga bersifat kontras iaitu Wan Man, pemuda kampung yang pernah belajar ilmu silat dari Pak Guru. Dia kemudian terperangkap dalam perhubungan cinta yang bertepuk sebelah tangan dengan seorang wanita Amerika, Natalie - seorang sukarelawan dari American Peace Corp yang datang ke sebuah kampung di pantai Timur dengan tujuan untuk memperlengkapkan kajian Ph.Dnya tentang Malay Psychic. Natalie digambarkan sebagai gadis yang bebas, sebahagian dari Flower Generation yang timbul hasil dari pengaruh woodstock dan mengamalkan seks bebas. Manakala Ram kawan sekampung Wan Man turut dipengaruhi dengan kehidupan bebas yang dibawa oleh pelancong barat dan turut mengamalkan seks bebas. Filem ini berlatarkan tahun-tahun awal 1970-an, era yang dipengaruhi oleh kehidupan ala hippies, muzik rock, dadah, protes perang Vietnam oleh generasi muda Amerika, dan woodstock di Amerika. Budaya tradisi yang diamalkan oleh Wan Man yang diasaskan oleh guru silatnya di kampung, dan pusaka batin yang diwarisi oleh Wan Man dan bapanya Wan Setia dikejutkan oleh pertembungan dengan budaya liar yang dibawa oleh Natalie. Kesemua gelodak perasaan ini akhirnya meledak dengan amukan. Wan Man yang mengalami masalah tekanan jiwa kemudiannya mengamuk dan membunuh Natalie yang sedang berjemur di tepi pantai. Wan Man kemudiannya mengamuk di kedai makan lalu membunuh beberapa pelanggan warga asing dan warga tempatan. Wan Man juga membunuh rakannya Ram. Wan Man kemudiannya melarikan diri ke arah laut. Anggota polis dan orang kampung yang tiba kemudiannya menjejaki Wan Man. Anggota polis bersama anjing penjejak akhirnya menjejaki Wan Man yang berada di kawasan perkuburan. Selepas Wan Man melihat kehadiran anggota polis, polis terpaksa menembak mati Wan Man selepas Wan Man cuba menyerang mereka. Filem tersebut berakhir dengan kehidupan diteruskan seperti biasa oleh mereka yang masih hidup, dan kehidupan sosial serta seks bebas tetap berjalan seperti biasa. Amukan Wan Man hanya memberikan kesan kepada dirinya serta beberapa orang mangsa yang telah dibunuh olehnya. Trivia: adegan Wan Man mengamuk hanya berlaku pada babak 15-10 minit terakhir filem sahaja. Selebihnya banyak adegan hubungan seks bebas, cinta tidak kesampaian, prop yang hanya dikenali oleh orang Pahang iaitu rakaman menaiki bas Pahang Lin Siong, mimpi ngeri kerana saka, kehidupan penuntut ilmu saka yang mengamalkan ilmu syirik tetapi hidup serba kekurangan (ilmu syirik tidak menjanjikan kekayaan), adegan muzik 60-an dan 70-an dan perbualan-perbualan yang sukar difahami maksudnya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]