Pergi ke kandungan

Ampang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ini adalah laman nyahkekaburan, khusus bagi penjelasan umum dan menyeluruh tentang entiti Ampang di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ampang ialah nama mukim di Malaysia yang telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ke dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan selebihnya dikekalkan dalam negeri Selangor.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya ia merupakan salah sebuah mukim di Selangor, kawasan ini kemudiannya dibahagikan ekoran pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974. Perbandaran asal Ampang terletak dalam bahagian Wilayah Persekutuan dan menjadi pinggiran bandara timur Kuala Lumpur. Kawasan tersebut kini dibahagikan kepada dua:

Ampang berasal dari perkataan "ampangan" bermaksud kawasan bekas lombong. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.

Asal-usul nama Ampang

Menurut sejarah, Ampang merupakan pekan melombong bijih timah semasa penjajahan British dan pasca-merdeka. Sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Kuala Lumpur. Pada tahun 1857, Raja Abdullah, wakil Kesultanan Selangor, membuka Lembah Klang bagi pencari gali bijih timah. Seramai 87 orang pencari gali berbangsa Cina pergi ke Sungai Klang dan mula mencari gali di kawasan Ampang yang pada masa itu hutan. Meskipun 69 orang daripada mereka meninggal dunia akibat wabak penyakit, sebuah lombong bijih timah yang berkembang maju dapat didirikan. Sebuah empangan dibina dari Bukit Belacan ke kawasan bandar Ampang untuk kerja-kerja melombong bijih timah. Perkataan ‘Ampang’ datang daripada perkataan 'Empangan' tetapi, kerana pelat, disebut 'Ampangan' oleh pencari gali Cina.[1]

Keluasan

Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat bebrapa kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -

Ampang Pra Merdeka

Raja Abdullah merupakan Raja pertama Daerah Kelang telah membuka lombong bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur. Raja Abdullah telah membawa seramai 87 orang pekerja Cina dari Lukut dan tinggal di Sungai Klang. Semasa beliau dan pengikut-pengikutnya sampai ke persimpangan Sungai Klang dengan Sungai Gombak beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai ‘Lumpor’.

Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh empat belas hari komunis memerintah Malaya). Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh pihak komunis.

Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.

Selepas itu, mulalah aktiviti pertanian kecil, di mana sayur-sayuran ditanam dan binatang ternakan mula kelihatan di kiri kanan jalan di sekitar Ampang. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke sini menjadikan Ampang semakin berkembang dengan pertambahan kawasan perumahan dan pusat perniagaan.Ampang juga merupakan salah satu tanah takluk jajahan kepada Kerajaan Sultan Selangor.

Perhubungan

[sunting | sunting sumber]
Kod Nama Stesen / Lebuhraya
3 Laluan Ampang  AG18  Stesen LRT Ampang
 AG17  Stesen LRT Cahaya
 AG16  Stesen LRT Cempaka
 AG15  Stesen LRT Pandan Indah
 AG14  Stesen LRT Pandan Jaya
5 Laluan Kelana Jaya  KJ05  Stesen LRT Setiawangsa
 KJ06  Stesen LRT Jelatek

Laluan Bas [1]

Kod Laluan
300 Pandan Mewah -  AG18  LRT Ampang - KLCC - Lebuh Ampang
303 Taman Mulia Jaya -  AG18  LRT Ampang - KLCC - Lebuh Ampang
T300 Bukit Indah - Jalan Rasmi - Ampang Point
T301 Taman Mulia Jaya - Jalan Merdeka -  AG18  LRT Ampang - Ampang Point
T302 Hutan Lipur Ampang -  AG18  LRT Ampang - Ampang Point
T303  AG15  LRT Pandan Indah - Ampang Point
T304 Bukit Indah -  AG18  LRT Ampang - Ampang Point
T305 Ampang Waterfront - Sri Nilam -  KG24  Taman Midah
T350  AG16  LRT Cempaka - Taman Mawar
T351  AG16  LRT Cempaka - Taman Bukit Permai

Lebuhraya

Kod Nama Lebuhraya Laluan Lebuhraya
Lebuhraya Sungai Besi Lebuhraya Sungai Besi Tambahan (BESRAYA) Sungai Besi - MRR2 (Pandan Jaya)
Shamelin - Pandan Indah
Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) Ampang - Kuala Lumpur
Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Klang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) Sungai Besi, Lebuhraya Shah Alam KESAS - Ulu Klang
Lebuhraya Lembah Klang Timur Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE)
(Dalam Pembinaan)
Kajang, Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang Kajang SILK - Ulu Klang
Lebuhraya KL Node
(Dalam Perancangan)
Ulu Klang - Taman Rimba Templer
Lebuhraya Duta–Ulu Klang Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) Jalan Duta, Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara PLUS - Ulu Klang
LP 28 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) Bandar Sri Damansara - Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam KESAS