Ampang (nyahkekaburan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ini adalah laman nyahkekaburan, khusus bagi penjelasan umum dan menyeluruh tentang entiti Ampang di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ampang adalah sebuah daerah yang terletak di Malaysia ianya unik kerana ia dikongsi oleh kedua-dua kawasan pemerintahan yang berbeza iaitu disebelah barat dibawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala di sebelah timur dibawah negeri Selangor Darul Ehsan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Asalnya daerah Ampang terletak sepenuhnya di bawah naungan kerajaan negeri Selangor sebelum perjanjian pemisahan Kuala Lumpur dari Selangor bagi membentuk Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Sebelum itu, bandar Ampang (kini dikenali Bandar Lama Ampang) terletak di bahagian negeri Selangor, namun setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan, bandar Ampang di bahagian Kuala Lumpur terletak di kawasan sekitar (Ampang Park dan KLCC pada hari ini), manakala bandar Ampang di bahagian Selangor pula, merujuk kepada Bandar Baru Ampang. Kini daerah ini dipisahkan kepada 2 bahagian yang mempunyai sempadan bersebelahan iaitu:



Asalnya Ampang pra era perlombongan merupakan kawasan penduduk masyarakat Melayu yang kecil, terletak di kaki bukit. Kawasan asal Ampang termasuklah Ampang Jaya dan Kampung Melayu Ampang serta kawasan sekitarnya. Pada era itu Ampang ditadbir di bawah penghulu-penghulu kampung dan diletakkan di bawah daerah induk Hulu Langat.

Tetapi kini, Ampang di bahagian Selangor sudah dipecahkan pada satu Parlimen dikenali Parlimen Ampang dengan mempunyai Dewan Undangan Negeri tersendiri iaitu Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya.

Bagi Ampang bahagian Kuala Lumpur pula, kini terletak di bawah Parlimen Setiawangsa, bersebelahan dengan Parlimen Cheras di selatannya.

Sebahagian kecil kawasan Ampang, Selangor juga terletak didalam daerah Gombak, Selangor. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar Kuala Ampang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]