Amphibia (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Amphibia
AmphibiaLogoTransparent.png
GenreKomedi-pengembaraan
Fantasi
PenciptaMatt Braly
PengarahDerek Kirk Kim
Bert Youn
Kim Roberson (menyelia)
Ian Worrel (seni)
Pelakon suara
Brenda Song
Justin Felbinger
Bill Farmer
Amanda Leighton
Penggubah lagu tema
Doug Petty
Lagu pembukaanAmphibia Main Title Theme
Lagu penutupAnne's Theme
PenggubahT.J. Hill
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod20 (39 segmen) (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifMatt Braly
PenerbitJack Ferraiolo
Tara Badawy (penerbit langsung)
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Syarikat pengedaran
Disney-ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel
Format gambarHDTV 1080p
Siaran asal17 Jun 2019 (2019-06-17) – sekarang
Laman sesawang

Amphibia ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Disney Television Animation untuk Disney Channel. Siri ini dicipta oleh Matt Braly. Siri ini ditayangkan pertama kali pada 17 Jun 2019.[1][2] Episod pertama dipratayangkan di DisneyNOW dan di YouTube pada 14 Jun 2019. Musim pertama berakhir pada 18 Julai 2019.

Amphibia telah diperbaharu untuk musim kedua.[3]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Siri ini mengisahkan pengembaraan seorang gadis Thai-Amerika berumur 13 tahun yang mementingkan diri yang bernama Anne Boonchuy.[4] Selepas mencuri sebuah kotak muzik bermisteri pada hari lahirnya, dia dengan ajaibnya dipindahkan ke Amphibia, sebuah pulau berbentuk teratai bertemakan tanah rawa liar yang penuh dengan orang katak bercakap. Kemudian, dia bertemu dengan bersahabat dengan seekor katak suka mengembara yang berumur 10 tahun yang bernama Sprig Plantar yang akan memandunya untuk menjadi wira sebenar sementara menemukan persahabatan sebenar pertama dalam hidupnya.[5][6] Sebagai tambahan, dia juga mesti membantu orang katak di Wartwood untuk berurusan dengan orang kodok di Toad Tower yang dipimpin oleh Captain Grime.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Anne Boonchuy (disuarakan oleh Brenda Song) - Seorang gasi Thai-Amerika berumur 13 tahun yang menemukan sebuah kotak muzik bermisteri yang membawanya ke Amphibia. Dia mesti menyesuaikan diri terhadap kehidupan baharunya dan menghadapi suka duka di Amphibia.[7] Pada ketibaan, dia entah bagaimana terhilangkan kasut kanannya.
  • Sprig Plantar (disuarakan oleh Justin Felbinger) - Seekor katak merah jambu berumur 10 tahun yang suka mengembara dan ingin tahu yang bersahabat dengan Anne.[8]
  • Hopadiah "Hop Pop" Plantar (disuarakan oleh Bill Farmer) - Datuk berumur 68 tahun yang tradisional dan terlebih melindung kepada Sprig dan Polly.[2]
  • Polly Plantar (disuarakan oleh Amanda Leighton) - Adik perempuan yang masih berudu yang membawa dirinya berkeliling di dalam sebuah baldi.[2]

Berulang[sunting | sunting sumber]

Penghuni Wartwood[sunting | sunting sumber]

  • Mayor Toadstool (disuarakan oleh Stephen Root) - Seekor kodok yang merupakan datuk bandar korup bagi Wartwood Swamp.
    • Toadie (disuarakan oleh Jack McBrayer) - Pembantu setia kepada Mayor Toadstool.
  • One-eyed Wally (disuarakan oleh James Patrick Stuart) - Petualang pekan tempatan.
  • Sadie Croaker (disuarakan oleh Laila Berzins) - Wanita tua yang menguruskan pusat tenusu.
  • Felicia Sundew (disuarakan oleh Kaitlyn Robrock) - Pemilik "Felicia's Tea Shop". Dia merupakan ibu kepada Ivy dan anak kepada Sylvia.
  • Sylvia Sundew (disuarakan oleh Mona Marshall) - Ibu kepada Felicia, nenek kepada Ivy, dan teman wanita kepada Hop Pop.
  • Ivy Sundew (disuarakan oleh Katie Crown) - Anak kepada Felicia, cucu kepada Sylvia, dan teman wanita kepada Sprig.
  • Leopold Loggle (disuarakan oleh Brian Maillard) - Seekor axolotl yang merupakan tukang kayu di pekan.
  • Albus Duckweed (disuarakan oleh Kevin McDonald) - Seekor neut yang bertindak sebagai juracara majlis dan pengkritik makanan.
  • Stumpy (disuarakan oleh John DiMaggio) - Tukang masak/pemilik "Stumpy's Diner".
  • Mr. Flour (disuarakan oleh Kevin Michael Richardson) - Tukang roti/pemilik "Flour & Daughter's Bakery" dan bapa kepada Maddie.
  • Maddie Flour (disuarakan oleh Jill Bartlet) - Anak kepada Mr. Flour's dan bekas tunang kepada Sprig.
  • Quentin (disuarakan oleh Scott Menville) - Juruwang dan penjaga di "Grub & Go".

Penghuni Toad Tower[sunting | sunting sumber]

  • Grime (disuarakan oleh Troy Baker) - Seekor kodok jahat bermata satu yang merupakan kapten bagi Toad Tower dan antagonis utama siri ini.
  • Sasha (disuarakan oleh Anna Akana) - Bekas sahabat manusia kepada Anne yang ditangkap oleh Grime dan menjadi leftenan baharunya. Dia merupakan yang menyebabkan Anne mencuri Calamity Box yang memindahkan mereka berdua ke Amphibia.
  • Bog (disuarakan oleh Darin De Paul) - Seekor kodok askar tidak berhati perut yang memegang tukul gergasi.
  • Fens (disuarakan oleh April Winchell) - Seekor kodok betina askar yang agresif yang melawan dengan kanabō.
  • Percy (disuarakan oleh Matt Jones) - Seekor kodok askar yang ramah yang berimpian untuk menjadi tukang lawak.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Amphibia dicipta oleh Matt Braly, dahulunya seniman papan cerita untuk Gravity Falls dan kemudiannya pengarah untuk kedua-dua Gravity Falls dan Big City Greens. Menurut akaun Twitter beliau, beliau telah bekerja untuk siri ini selama hampir dua tahun sebelum pemberian cahaya hijau.[9] Rancangan ini berdasarkan lawatan-lawatan zaman kanak-kanak Braly ke Bangkok, Thailand.[10]

Pada 23 Februari 2018, Amphibia diberi cahaya hijau oleh Disney Channel bersama dengan The Owl House.[1]

Pada 27 Mac 2019, ada pendedahan bahawa Brenda Song akan kembali kepada Disney sebagai suara Anne Boonchuy.[7]

Pada 15 Mei 2019, Disney Channel memperbaharu Amphibia untuk musim kedua sebelum tayangan perdananya.[2][11]

Rough Draft Korea, SMIP, dan Saerom masing-masing menyediakan animasi, dan meluangkan masa selama sembilan bulan untuk menyiapkan setiap episod.[10]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2018, semasa panel Star vs. the Forces of Evil dan Big City Greens di San Diego Comic-Con, Disney mengeluarkan versi awal bagi lagu pembukaan untuk siri ini.[12]

Pada 27 April 2019, Disney FanFest mengeluarkan sebuah video muzik untuk versi vokal bagi tema pembukaan yang dipersembahkan oleh Celica Gray Westbrook[13] dan sebuah klip video dua minit[14] semasa strim langsung.[8]

Pada 14 Mei 2019, Disney Channel mengeluarkan pratonton.[15]

Pada 17 Mei 2019, Disney Channel mengeluarkan versi terakhir bagi lagu pembukaan.[16]

Amphibia juga akan dijadualkan untuk menyertakan tayangan singkat, bermula dengan Teen Girl in a Frog World.

Siaran[sunting | sunting sumber]

Amphibia mendapat tayangan perdana antarabangsa di suapan Kanada Disney Channel pada 22 Jun 2019.[17][18] Siri ini akan ditayangkan pertama kali di Australia dan New Zealand pada 18 Ogos 2019 dan di Asia Tenggara pada September 2019.[19] Siri ini ditayangkan pertama kali di Disney XD Amerika Syarikat pada 5 Ogos 2019.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Sambutan kritikal[sunting | sunting sumber]

Amphibia menerima sambutan positif daripada para pengkritik. Emily Ashby daripada Common Sense Media memuji siri ini kerana watak-wataknya dan tema-temanya dengan menulis bahawa "pengembaraan Sprig dan Anne merupakan keseronokan untuk disaksikan, kebanyakannya kerana keperibadian mereka yang serasi dengan keseronokan dan persahabatan manis mereka yang berkembang antara mereka" dan bahawa "ceritanya menggambarkan isu-isu seperti pembulian dan manipulasi emosi dengan cara yang akan menyentuh kanak-kanak dan remaja dan dapat membangkitkan perbincangan tentang topik-topik berkenaan".[20] Bekah Burbank daripada LaughingPlace.com memuji kebolehan siri ini untuk mengimbangkan jenakanya dengan unsur-unsur terornya, serta rentaknya, watak-wataknya, dan animasinya, dengan menyatakan bahawa "Amphibia adalah pintar dan lucu dengan banyak jenaka untuk mengekalkan kanak-kanak tertawa dan cukup-cukup kandungan menakutkan untuk mengekalkan perhatian mereka. Rancangan ini bergerak dengan pantas dan dipecahkan kepada dua episod 11 minit yang, sekurang-kurangnya pada tayangan perdannya, membentuk satu babak lengkap. Animasinya riang dan berwarna-warni dan watak-wataknya menyeronokkan".[21] Dave Trumbore daripada Collider memberi dua buah episod pertama siri ini rating sebanyak 4 bintang dan berasa bahawa episod-episod itu "[merupakan] pengenalan hebat kepada siri".[22]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Amphibia | Disney Channel Press" (dalam bahasa Inggeris). DisneyABC Press. Dicapai 11 Mac 2019. 
  2. ^ a b c d "Animated Comedy Amphibia Gets Early Season 2 Order at Disney Channel" (dalam bahasa Inggeris). The Hollywood Reporter. 15 Mei 2019. 
  3. ^ "Animated Comedy 'Amphibia' Gets Early Season 2 Order at Disney Channel (Exclusive)". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 9 Julai 2019. 
  4. ^ https://www.latimes.com/entertainment/herocomplex/la-et-hc-amphibia-matt-braly-20190614-story.html
  5. ^ Milligan, Mercedes (23 Februari 2018). "Disney Greenlights Originals Amphibia, Owl House and More Star Vs.". Animation Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2 Januari 2019. 
  6. ^ "Sneak Peak of Amphibia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 29 April 2019. 
  7. ^ a b Bennett, Anita. "Brenda Song Returns to Disney Channel in Animated Series Amphibia". Deadline.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 27 Mac 2019. 
  8. ^ a b "Disney Channel Animation Celebration Panel 2019 Fan Fest" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 29 April 2019. 
  9. ^ Petski, Denise. "Disney Channel Launching Toon Series Amphibia and The Owl House, Renews Star vs. the Forces of Evil for Season 4". Deadline.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 23 Februari 2018. 
  10. ^ a b Zahed, Ramin (3 Jun 2019). "The Perfect Leap: Matt Braly's 'Amphibia' Hops to Disney Channel". Animation Magazine (dalam bahasa Inggeris). 
  11. ^ Pedersen, Erik (15 Mei 2019). "Brenda Song's Amphibia Renewed for Season 2 Ahead of Series Premiere on Disney Channel". Deadline Hollywood (dalam bahasa Inggeris). 
  12. ^ "AMPHIBIA OPENING + BETTER QUALITY (SDCC 2018)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 19 Mei 2019. 
  13. ^ "Celica Gray - Welcome to Amphibia (From Amphibia)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 14 Mei 2019. 
  14. ^ "Sneak Peek of Amphibia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 29 April 2019. 
  15. ^ "Trailer | Amphibia | Disney Channel" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 15 Mei 2019. 
  16. ^ "Theme Song | Amphibia | Disney Channel" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 17 Mei 2019. 
  17. ^ https://www.youtube.com/watch?v=aurzUZ9hbOQ
  18. ^ Corus delivers new series for 2018-2019
  19. ^ "TrueVisions Facebook Post". Facebook (dalam bahasa Thai). 18 Jun 2019. Dicapai 19 Jun 2019. 
  20. ^ "Amphibia TV Review". Common Sense Media (dalam bahasa Inggeris). 
  21. ^ "TV Review: Disney Channel's "Amphibia"". LaughingPlace.com (dalam bahasa Inggeris). 
  22. ^ "'Amphibia' Review: Disney's Frog-Out-of-Water Series Delivers Compelling Characters". Collider (dalam bahasa Inggeris). 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]