Ampikiapakan Kandiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Dr.

Ampikiapakan Kandiah

PSM; MBBS (Madras), MRCP, FRCP (UK)
Butiran peribadi
LahirAmpikiapakan s/o S. Kandiah
Parti politik Kongres India Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PasanganPuan Sri Thamayanthi Devi
ProfesionDoktor pakar
Dikenali keranaDoktor peribadi Perdana Menteri Malaysia ke-8,
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Dr. Ampikiapakan Kandiah adalah merupakan seorang doktor pakar dalam bidang perubatan respiratori dan juga adalah doktor peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau telah membuat rawatan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika disahkan menghidap penyakit barah pankreas yang dikesan pada tahap awal pada tahun 2018 lalu.[1] Setelah diberikan rawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulih sepenuhnya.[2]

Beliau telah berkhidmat dengan keluarga Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak tahun 1992 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Johor. Perkenalan mereka bermula ketika Puan Sri Noorainee Abdul Rahman ingin mendapatkan rawatan untuk penyakit asma yang dihidapi oleh beliau.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di beberapa hospital kerajaan di Malaysia dari tahun 1972 hingga tahun 1976 lalu. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pendaftar Perubatan di Pusat Tibi Negara dari tahun 1976 selama 2 tahun. Selepas itu, beliau menyambung pengajian pasca ijazah di Brompton Hospital and Royal London Hospital, United Kingdom.

Setelah bergraduat, beliau meneruskan kerjaya profesion beliau sebagai Pakar Perunding Pernafasan di Pusat Tibi Negara pada tahun 1980 lalu. Beliau telah membuka klinik sendiri pada tahun 1981 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama Universiti AIMST selama 2 tahun pada tahun 1996 lalu. Pada tahun 1997, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Universiti AIMST.[3]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • ‘The Doctor Will See You Now – My Life With Ampikaipakan Kandiah’ ISBN , Thamayanthi Devi, Kuala Lumpur[4]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]