Pergi ke kandungan

Amylea Azizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amylea Azizan
عاميليا عزيزان
Amylea Azizan
Kelahiran
Amylea binti Azizan

(1986-11-26) 26 November 1986 (umur 38)
Nama lainAmylea AF , Amylea OIAM
PekerjaanPenyanyi, Komposer, Penulis lirik, Pelakon
Tahun aktif2005-kini
Ketinggian149 cm (4 ka 11 in)
PasanganMohammad Aqbar Mohamad (k. 2023; c. 2025)

Amylea Azizan (lahir 26 November 1986)[1] merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Bakat seninya lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Amylea mendapat tempat ketiga, Akademi Fantasia 3 . Amylea terkenal dengan frasa "Amazing" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Amazing Amylea”. Amylea pernah melakukan falseto yang mencapai nota bawah teknik siulan pada Konsert Kelima Akademi Fantasia Musim ketiga dalam lagu Hak Milik Kekal, Beliau Memulakan Kerjaya Lakonan Pada Tahun 2022 Menerusi Drama Dendam Seorang Isteri.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Amylea dilahirkan pada 26 November 1986 di Hospital Besar Alor Star dan merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Sekolah pertama ialah Sek Keb Sungai Petani (1) Sekolah terakhir, SMK Mahsuri, Langkawi. Beliau menetap di Langkawi pada tahun 1990 ketika berusia 4 tahun dan berulang-alik sehinggalah keluarga menetap terus pada tahun 2001. Ketika di Tingkatan 5, menjadi Deejay Sambilan di Radio Langkawi selama setahun. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran sains matematik tapi kurang berminat

Bila ibunya sakit, terpaksalah Amylea menggantikan tempat ibunya di “Sheraton Perdana”, menjadi Penyanyi di Sheraton Perdana selama setahun - 6 hari seminggu. Kali pertama uji bakat (Akademi Fantasia ) atas dorongan keluarga.

Amylea memulakan kerjaya seni beliau apabila mula menyertai Akademi Fantasia 3 pada tahun 2005.[2] Selain itu, beliau juga terpilih menyertai One In A Million Musim Ke Tiga saluran TV8. Namun, tersingkir pada konsert mingguan Top 5.[3]

Pada tahun 2009, Amylea akhirnya mengeluarkan album beliau yang berjudul Selepas 3. Hal ini demikian kerana, album ini memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan.[4]

Pada 2017, Amylea telah menyertai pertandingan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia Megastar yang buat julung kalinya menghimpunkan seramai 24 alumni terbaik sepanjang 13 musim Akademi Fantasia bersiaran. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tersingkir pada minggu ke 2 pada Konsert Homecoming.[5] Dalam pertandingan tersebut, Amylea membawa lagu beliau sendiri yang bertajuk Ku Berserah yang diberi nafas baru dengan sedikit sentuhan R&B.[6]

Akademi Fantasia 3

[sunting | sunting sumber]
Minggu Lagu Kedudukan
Prelude "If I Ain't Got You" nyanyian asal Alicia Keys
Minggu 1 "Inikah Cinta" nyanyian asal Sheila Majid 4th
Minggu 2 "Asmara" nyanyian asal Anneke Grönloh 5th
Minggu 3 "Anggapanmu" nyanyian asal Ziana Zain 4th
Minggu 4 "Don't Know Why" nyanyian asal Norah Jones 4th
Minggu 5 "Hak Milik Kekal" nyanyian asal Linda Rafar & Diana Rafar 5th
Minggu 6 "Hati Ini Telah Dilukai nyanyian asal Krisdayanti 3rd
Minggu 7 "Penawar Rindu" nyanyian asal Orchid Abdullah 3rd
Minggu 8 "Dua Insan Bercinta" nyanyian asal Ella 3rd
Minggu 9 "Gemilang" nyanyian asal Jaclyn Victor 3rd
Minggu 10 "Ku Berserah" (lagu baru) 3rd
"Sweet Child O' Mine" nyanyian asal Guns N' Roses

One in a Million 3

[sunting | sunting sumber]
Konsert Tema Lagu
Top 12 Bebas "Aku Skandal" nyanyian asal Hujan
Top 11 Memori Tercipta "Akan Tiba" nyanyian asal Alif Satar
Top 10 Bebas "Bohemian Rhapsody" nyanyian asal Queen
Top 9 Tribute Penulis Lagu & Lirik "Yang Pernah" nyanyian asal Estranged
Top 8 Lagu Berlawanan Jantina "I'm Yours" nyanyian asal Jason Mraz
Top 7 Bebas "Satu Dalam Sejuta" nyanyian asal Amylea
Top 6 Bebas "Somewhere Only We Know" nyanyian asal Keane
Top 5 Tribute Dato' Sheila Majid "Dia" nyanyian asal Sheila Majid

Akademi Fantasia Megastar

[sunting | sunting sumber]
Minggu Tema Lagu Kedudukan
Minggu 2 Homecoming (Bahagian 2) "Ku Berserah" nyanyian asal Amylea Azizan

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Judul album Butiran album
Selepas 3

Album lain

[sunting | sunting sumber]
Judul album Butiran album
Best of Amylea
  • Dikeluarkan pada: 2005
  • Label: Maestro Records
  • Penerbit: Freddie Fernandez
  • Format: CD, Kompilasi, Secara langsung.
Tahun Tajuk Kolaborasi Penulis Lirik Komposer Album Catatan
2006 "Ku Berserah" Adnan Abu Hassan Best of Amylea
2008 "Aku Sindarela" Amylea Azizan Selepas 3 OST Drama Aku Sindarela
2009 "Aku dan Mimpi" Amylea Azizan & Isma Yusoof Amylea Azizan
2010 "Patung"
2012 "Wujud" Roman & Mira Tilu Amylea Azizan & Ashkravat Verbinski OST Drama 7 Ramadan
2013 "Seperti Dia" OST Drama Ramadan Yang Hilang
"Tentang Dirimu" Amylea Azizan OST Drama Kerana Lelaki Itu
"Menunggu" OST Drama Misiku Kuza
2014 "Siapa Diriku" Nadia Aqilah Amylea Azizan & Bahri Uma Amylea Azizan
2018 "Tak Pernah Hilang" Kaer Azami Amylea Azizan Farouk Roman OST Drama Nur
2019 "Tetap Kamu" Megat OST Drama Nur 2
2020 "Hadiah" OST Drama Dendam Cinta Arissa
2022 "Melepaskanmu" Amylea Azizan OST Drama Khilaf Asmara

Lagu ciptaan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Penulis Lirik Komposer Penyanyi
2008 "Cantik" Ya Tidak Nikki Palikat
2009 "Akan Tiba" Ya Ya Alif Satar
2015 "Kisah Kita" Ya Ya Sabhi Saddi & Nieyl
2018 "Duniaku" Ya Tidak Elliza Razak
2019 "Bimbang" Ya Tidak Marsha Milan
"Takkan Merubah" Ya Tidak Amira Othman & Sufian Suhaimi
"Picisan" Ya Tidak Adzrin
"Pudar" Ya Ya Indah Ruhaila
2021 "Cinta Khayalan" Ya Tidak Wany Hasrita
2022 "Geming Jiwa" Ya Ya Aufahanie
2023 "Selagi Ku Ada" Ya Ya Nabila Razali & Khai Bahar
2024 "Satu Cinta" Ya Ya Ernie Zakri
2025 "Seribu Tahun Lagi" Ya Ya Imran Ajmain

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Frozen Anna Suara nyanyian
2015 Frozen Fever Filem pendek, suara
2020 Frozen II Suara
2021 Vivo Becky
My Little Pony: A New Generation Pipp Petals Suara nyanyian
Encanto Dolores Madrigal Suara
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Centaurworld Waterbaby & Pawang Pokok Netflix Siri animasi, suara nyanyian
2022 Dendam Seorang Isteri Nelissa Astro Prima
Fantasia Inn Suria Suranti TV Okey
2023 Isteri Halal Noor Astro Ria
2024 Malang Si Puteri Qalbu
Berbahagi Suami Kak Bee Astro Prima

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Camp Rock Mitchie Torres Disney Channel Suara
2022 Sejenis Raya Senariounion Ain Astro Warna

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Akademi Fantasia (musim 3) Peserta Astro Ria
2008 One in a Million (musim 3) 8TV
2017 Akademi Fantasia Megastar Astro Ria

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Top 12 One In A Million Season 3 (OIAM 3) February 2009
  • OST Akan Tiba Rona Roni Makaroni (Januari 2009)
  • OST Aku Sindarela (2008)
  • Single Aku Sindarela (2008)
  • Single Andai Kerna Pasti (2007)
  • Top 5 ABPBH 2007 Artis Baru Popular
  • Duta Maggi Slurrpp
  • Album EVO 05
  • Salam Raya AF3
  1. ^ "Amylea". Universal Music France (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-25. Dicapai pada 2021-09-25.
  2. ^ Sertai akaun anti-AF. Diarkibkan 2019-02-09 di Wayback Machine kosmo. Dicapai 22 Julai 2015.
  3. ^ Malang buat Amylea. Diarkibkan 2019-02-10 di Wayback Machine utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2016.
  4. ^ Aku dan Mimpi lagu kisah cinta Amylea. mstar. Dicapai pada 17 Novmber 2017.
  5. ^ Saya pernah syok sendiri - Amylea Azizan. berita harian. Dicapai pada 11 November 2017.
  6. ^ Amylea buat yang terbaik. berita harian. Dicapai pada 12 Julai 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]