Amylea Azizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Amylea binti Azizan)
Amylea Azizan
Amylea Azizan
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Amylea AF , Amylea OIAM
Kelahiran (1986-11-26) 26 November 1986 (umur 37)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, pelakon
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Seventeen Eleven Music
Pengkarya berkait
Kaer Azami
Megat Adzuan
PasanganMohammad Aqbar Mohamad (k. 2023)

Amylea binti Azizan (dilahirkan pada 26 November 1986)[1] merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Bakat seninya lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Amylea mendapat tempat ketiga, Akademi Fantasia 3 . Amylea terkenal dengan frasa "Amazing" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Amazing Amylea”. Amylea pernah melakukan falseto yang mencapai nota bawah teknik siulan pada Konsert Kelima Akademi Fantasia Musim ketiga dalam lagu Hak Milik Kekal, Beliau Memulakan Kerjaya Lakonan Pada Tahun 2022 Menerusi Drama Dendam Seorang Isteri.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Amylea dilahirkan pada 26 November 1986 di Hospital Besar Alor Star dan merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Sekolah pertama ialah Sek Keb Sungai Petani (1) Sekolah terakhir, SMK Mahsuri, Langkawi. Beliau menetap di Langkawi pada tahun 1990 ketika berusia 4 tahun dan berulang-alik sehinggalah keluarga menetap terus pada tahun 2001. Ketika di Tingkatan 5, menjadi Deejay Sambilan di Radio Langkawi selama setahun. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran sains matematik tapi kurang berminat

Bila ibunya sakit, terpaksalah Amylea menggantikan tempat ibunya di “Sheraton Perdana”, menjadi Penyanyi di Sheraton Perdana selama setahun - 6 hari seminggu. Kali pertama uji bakat (Akademi Fantasia ) atas dorongan keluarga.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Amylea memulakan kerjaya seni beliau apabila mula menyertai Akademi Fantasia 3 pada tahun 2005.[2] Selain itu, beliau juga terpilih menyertai One In A Million Musim Ke Tiga saluran TV8. Namun, tersingkir pada konsert mingguan Top 5.[3]

Pada tahun 2009, Amylea akhirnya mengeluarkan album beliau yang berjudul Selepas 3. Hal ini demikian kerana, album ini memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan.[4]

Pada 2017, Amylea telah menyertai pertandingan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia Megastar yang buat julung kalinya menghimpunkan seramai 24 alumni terbaik sepanjang 13 musim Akademi Fantasia bersiaran. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tersingkir pada minggu ke 2 pada Konsert Homecoming.[5] Dalam pertandingan tersebut, Amylea membawa lagu beliau sendiri yang bertajuk Ku Berserah yang diberi nafas baru dengan sedikit sentuhan R&B.[6]

Akademi Fantasia (Musim 3)[sunting | sunting sumber]

Konsert Tugasan Lagu Penyanyi asal
Minggu 1 "Inikah Cinta" Sheila Majid
Minggu 2 "Asmara" Anneke Gronloh
Minggu 3 "Anggapanmu" Ziana Zain
Minggu 4 "Don't Know Why" Norah Jones
Minggu 5 "Hak Milik Kekal" Linda Rafar & Diana Rafar
Minggu 6 "Hati Ini Telah Dilukai" Krisdayanti
Minggu 7 "Penawar Rindu" Orchid Abdullah
Minggu 8 "Dua Insan Bercinta" Ella
Minggu 9 "Gemilang" Jaclyn Victor
Minggu 10 (Akhir) "Ku Berserah"

(lagu baru)

Amylea
"Sweet Child of Mine" Guns N' Roses

One in a Million (Musim 3)[sunting | sunting sumber]

Konsert Tema Lagu Persembahan Penyanyi asal
Top 12 Bebas "Aku Skandal" Hujan
Top 11 Memori Tercipta "Akan Tiba" Alif Satar
Top 10 Bebas "Bohemian Rhapsody" Queen
Top 9 Tribute Penulis Lagu & Lirik "Yang Pernah" Estranged
Top 8 Lagu Berlawanan Jantina "I'm Yours" Jason Mraz
Top 7 Bebas "Satu Dalam Sejuta" Amylea
Top 6 Bebas "Somewhere Only We Know" Keane
Top 5 Tribute Dato' Sheila Majid "Dia" Dato' Sheila Majid

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Judul album Butiran album
Selepas 3

Album lain[sunting | sunting sumber]

Judul album Butiran album
Best of Amylea
  • Dikeluarkan pada: 2005
  • Label: Maestro Records
  • Penerbit: Freddie Fernandez
  • Format: CD, Kompilasi, Secara langsung.

Singles[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Nota
2006 "Ku Berserah" Best of Amylea
2008 "Aku Sindarela" Tiada album single OST Aku Sindarela (2008, TV3)
2009 "Aku dan Mimpi"
2010 "Patung"
2012 "Wujud" (ft. Roman & Mira Tilu) OST 7 Ramadan (2012, TV3)
2013 "Seperti Dia" OST drama Ramadan Yang Hilang (2013, TV3)
"Tentang Dirimu" Versi Amylea - OST Kerana Lelaki Itu (2013, TV9)
"Menunggu" OST Misiku Kuza (2013, Astro Ria)
2014 "Siapa Diriku" (ft. Nadia Aqilah)
2018 "Tak Pernah Hilang" (ft. Kaer Azami) OST Nur (2018, TV3)
2019 "Tetap Kamu" (ft. Megat) OST Nur 2 (2019, TV3)
2022 "Melepaskanmu" OST Khilaf Asmara (2022, TV3)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Dendam Seorang Isteri Nelissa Astro Prima
Fantasia Inn Suria Suranti TV Okey
2023 Isteri Halal Noor Astro Ria
2024 Malang Si Puteri Qalbu

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Sejenis Raya Senariounion Ain Astro Warna

Alih Suara[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Encanto Dolores Madrigal
2021 Vivo Becky
2020 Frozen - Anna dan Permaisuri Salji 2 Anna
2013 Frozen - Anna dan Permaisuri Salji Anna Suara nyanyian

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Top 12 One In A Million Season 3 (OIAM 3) February 2009
  • OST Akan Tiba Rona Roni Makaroni (Januari 2009)
  • OST Aku Sindarela (2008)
  • Single Aku Sindarela (2008)
  • Single Andai Kerna Pasti (2007)
  • Top 5 ABPBH 2007 Artis Baru Popular
  • Duta Maggi Slurrpp
  • Album EVO 05
  • Salam Raya AF3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Amylea". Universal Music France (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-25. Dicapai pada 2021-09-25.
  2. ^ Sertai akaun anti-AF. Diarkibkan 2019-02-09 di Wayback Machine kosmo. Dicapai 22 Julai 2015.
  3. ^ Malang buat Amylea. Diarkibkan 2019-02-10 di Wayback Machine utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2016.
  4. ^ Aku dan Mimpi lagu kisah cinta Amylea. mstar. Dicapai pada 17 Novmber 2017.
  5. ^ Saya pernah syok sendiri - Amylea Azizan. berita harian. Dicapai pada 11 November 2017.
  6. ^ Amylea buat yang terbaik. berita harian. Dicapai pada 12 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]