Amyza Aznan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Amyza Adnan)
Amyza Aznan
Kelahiran (1976-07-18) 18 Julai 1976 (umur 47)
Nama lainAmyza Aznan
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif1995–kini
PasanganKhairil Idzhar Md Nazir (k. 2004)
Anak-anak3

Amyza binti Aznan (lahir 18 Julai 1976, kadangkala dikreditkan sebagai Amyza Aznan) merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia.pelakon cantik ini mula menceburkan diri dalam bidang seni lakonan sejak 1995. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular ialah siri komedi Mat Despatch. Amyza meraih perhatian ramai apabila muncul menerajui siri komedi Tiga Dara: Tan Tin Tun bersama pelakon Jasmin Hamid dan Norseha selama 4 tahun pada 2005.

Pada tahun 2011 Amyza mengejutkan penggemar drama bersiri apabila berjaya menghayati watak dramatik dalam drama bersiri Trilogi Cinta di TV1 bersama Rosyam Nor. Drama bersiri ini mencapai rating hingga 1.2 juta penonton.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Anak sulung daripada lima beradik ini yang terdiri daripada 5 beradik,ini lahir pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka. Bapanya, Aznan Ibrahim seorang bekas anggota polis dan pekerja malaysia airlines system( MAS) sementara ibunya, Khadijah Mohd. Iderus juga seorang pekerja di malaysia airlines system (M.A.S). Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Kerana kelebihan itu Amyza kini menempa nama sebagai pelakon komedi yang disukai ramai.[1] Ketika berusia 8 tahun, Amyza sekeluarga berpindah ke Kampung Melayu Subang, Selangor dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan,memasuki sekolah berasrama di melaka. kebetulan satu sekolah dengan penyanyi Anuar Zain dan pengacara TV Anne Hamid.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

.[2] Pada tahun 2004, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan tiga cahayamata Andre Mikhail (lahir 2006), Andrian Adam (2008) dan Ayden Andika (2014).[3] Amyza dan suami menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1998 Iman Alone Kasma Filem pertama
Puteri Impian 2 Sofia
2012 Jidin Sengal Maimun
2020 Kelaster Mak Cik Karipap
2021 Mat Bond Malaya Cik Milah Penampilan khas
2022 Autumn in Wales Ibu Aira
Seratus Penampilan khas
2023 Penanggal Mak Kiah Mak Kiah
2024 Reversi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1997 Larut TV1
1998 Rumah Itu Duniaku TV3
1998–2002 Mat Despatch Izzati TV1
2000 Maria Mariana The Series Rozie TV3
2005–2008 Tiga Dara: Tan Tin Tun
2008 Mister & Misses
Geletek
Iris TV3
2009 Ejen 008
Kuih Goyang Syafiq Nadia
Gerak Khas (Musim 11) Noreen TV2 Episod: "Bomoh Oh Bomoh"
R & R Roslina
2009–2010 Isteriku Bukan Queen Control Maisarah TV3
2010 Gerak Khas (Musim 12) TV2 Episod: "Pukau"
2011 Trilogi Cinta Salmi TV1
Terowong Aida TV3 Episod: "Surat"
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Mon Astro Oasis Episod: "Susuk Marabah"
Pulau Noni TV9
Cinta Shanxi
2015 Bidadari Mak Rock TV3
Wadi Zainah Pelakon undangan
Cinta Dari Marikh Maimunah TV2
2016 Menantu Ting Tong Puan Latifah TV3
2017 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
2018 Monalisa Rogayah Astro Prima Drama adaptasi Korea, Two Women's Room.
Kalis Kasih Zauyah TV3
Isteriku Mem Besar Maziah
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Sariah
Aku Tak Raya Habibah
Rumah Siti Khadijah
Rindu Yang Terlarang Puan Ilah Astro Ria Drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah.
2020 Budak Tebing Aida TV3
2021 Rudy Vs Jolie Aishah TV Okey
Kisah Mr Cinderella
Kampung Kolestrol Som TV9
Keluarga Instafamous Kaya Awesome TV
Hello, Jangan Tapau Cintaku Mak Long Midah TV3
2022 Cinta Amnesia Zawiyyah
Nurlaila Aina TV1
Republic Gombak Siah Google TV3
Sembang Jarak Jauh Kak Zah TV1
Roxy Norlela TV3
Keluarga Pasar Jamiah TV Okey
Teguh Anis
Rindu Kasih Shida TV3
2023 4 Musim Cinta Aminah TV Okey
Geng Daddy Daddy Ain TV3
Cikgu Terpaling A! Mak Leha
Malam Zulaikha Suria
Katakan Pada Dia Prof. Melah TV2
Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP
Kami Orang KL Cik Da TV3
2024 Rindu Kasih 2 Shida
Wanita Syurga Cik Mimi
Ya, Cikgu!
TBA Laksa Cik Siti Cik Eton Janda TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Numero Uno Mimi TV3
2003 Momok 3 Maisarah VCD
2005 Gosok 2
2008 Janji Meletup
2009 Kerana Kasih
Donut Astro Ria
2010 Midah Kuih Bangkit
2011 Menantu Tip Top
Diva Divana
2012 Calon Suamiku Sue Mas Astro Prima
Takbirku Bernoktah Jeha Astro Oasis
2016 Ku Haramkan Susu Itu TV9
2017 Kasih Seorang Ayah TV3
2019 Batik Zakiah
2022 3 Dara Pinggiran Mona
Artis Pujaanku Mai Beraya Dirinya sendiri
Kerana Aku Seorang Ibu Julia TV1
Luruh Saleha TV2
2023 Cik Diva Balik Kampung Dayah TV3
Opah Jangan Lupa Marissa TV1
Selendang Putih Maria TV2
TBA Cupcake Coklat Mama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Temasya Aidilfitri Pengacara TV1
2021 Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3
Mencari Puspawangi 1959 / 2021 Naura HD
Konfiden ke Kenal? Pengacara Awesome TV Bersama CK Faizal
2023 Mic ON! Selebriti Peserta

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Jurucakap produk[sunting | sunting sumber]

  • Wangian Karisma (2009-2012)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gambar nostalgia Amyza Aznan". MyArtis. 28 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2020. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  2. ^ Niezam Abdullah (30 Disember 2007). "Bad dan Elle harap sinar bahagia". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2008. Dicapai pada 11 Julai 2008.
  3. ^ Zaidi Mohamad (5 November 2014). "Amyza Aznan lahir anak ketiga". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]