Amyza Aznan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Amyza Aznan
Kelahiran (1976-07-18) 18 Julai 1976 (umur 42)
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1995–kini
PasanganKhairil Idzhar Md Nazir (2004-kini)

Amyza Aznan (lahir 18 Julai 1976) merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia yang popular. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni lakon sejak tahun 1995. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular adalah siri komedi Mat Despatch. Amyza meraih perhatian ramai apabila muncul menerajui siri komedi Tiga Dara: Tan Tin Tun bersama pelakon Jasmin Hamid & Norseha selama 4 tahun pada 2005.

Pada tahun 2011 Amyza mengejutkan penggemar drama bersiri apabila berjaya menghayati watak dramatik dalam drama bersiri Trilogi Cinta di TV1 bersama Rosyam Nor. Drama bersiri ini mencapai rating hingga 1.2 juta penonton.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anak sulung daripada lima beradik ini yang terdiri daripada Zulkifly, Siti Jamiyyah, Nor Abdah dan Nurul Najwa Sabrina ini lahir pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka. Ayahnya Aznan Ibrahim seorang anggota polis sementara ibunya, Khadijah Mohd. Iderus seorang suri rumahtangga. Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Gelaran 'kudut', keding, Mak enon dan Becok memang sudah dikenali ramai. Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Kerana kelebihan itu Amyza kini menempa nama sebagai pelakon komedi yang disukai ramai. [1] Ketika berusia 8 tahun, Amyza sekeluarga berpindah ke Kampung Melayu Subang, Selangor dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan, kebetulan satu sekolah dengan penyanyi Anuar Zain dan pengacara TV Anne Hamid.

Amyza pernah menjalinkan hubungan dengan Badrul Izhan Yeop Abdullah, penyanyi kumpulan Indigo pada 1998 hingga mereka putus di tengah jalan pada 2001. Kisah putus cinta mereka mencetuskan kontroversi kerana Bard mengalami kemurungan hingga ditahan di hospital.[2]. Pada tahun 2004, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan dua cahayamata Andre Mikhail (lahir 2006) dan Andrian Adam (2008). Amyza dan suami menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Iman Alone (1998)
  2. Puteri Impian 2 (1998)
  3. Jidin Sengal (2012)

Drama[sunting | sunting sumber]

  1. Mat Despatch (1998 - 2002)
  2. Tiga Dara: Tan Tin Tun (2005 -2008)
  3. Mister & Misses (2008)
  4. Geletek (2008)
  5. Isteriku Bukan Queen Control (2009-2010)
  6. Cinderella (1998)
  7. Iris (2008)
  8. Trilogi Cinta (2011)
  9. Tanah Kubur (2012) Musim 4 : Susuk Marabah
  10. Pulau (2012)
  11. Cinta Shanxi (2012)
  12. Cinta Dari Marikh (2015)
  13. Menantu Ting Tong (2016)
  14. Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin (2017)
  15. Isteriku Mem Besar (2018)
  16. Setelah Cinta Itu Pergi (2019)

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  1. Gosok 2 (2005)
  2. Ejen 008 (2006)
  3. Janji Meletup (2008)
  4. Kerana Kasih (2009)
  5. Donut (2009)
  6. Midah Kuih Bangkit (2010)
  7. Menantu Tip Top (2011)
  8. Diva Divana (2011)

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. (Finalis) Pelakon TV Sensasi - Anugerah Media Hiburan 2003
  2. (Finalis) Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
  3. Naib Juara Sehati Berdansa Musim Kedua (2008)
  4. (Finalis) Pelakon Wanita Terbaik (Drama) - Anugerah Skrin 2011 menerusi drama komedi Midah Kuih Bangkit

Jurucakap produk[sunting | sunting sumber]

  1. Wangian Karisma (2009-2012)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]