An-Nuayman bin Amr
An-Nuayman bin Amr (النعيمان ابن عمرو الأنصاري - An-Nu'aiman ibnu Amr Al-Ansary) atau Nu'aiman adalah salah seorang sahabat Nabi yang merupakan penduduk Madinah dari kalangan kaum Ansar. Pada waktu perang Badar, dia turut berjihad bersama Rasulullah ﷺ . Di kalangan para sahabat, Nu'aiman terkenal sebagai sahabat yang suka bergurau, sehingga disabdakan baginda:
"Nu'aiman akan masuk syurga sambil tertawa, kerana dia suka membuat ku tertawa".[1]
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Walaupun diketahui beliau berperang dalam peperangan Badar, Uhud, Khandaq dan perang utama yang lain, Nu'ayman kekal sebagai seorang yang berhati ringan, cepat menjawab dan suka bergurau dengan orang lain termasuk Rasulullah.
Tiada tarikh lahir yang dicatatkan tentang sahabat ini tetapi sahabat ini meninggal dunia pada tahun 652 M. Beliau berasal dari Bani an-Najjar Madinah dan beliau adalah antara umat Islam yang awal di bandar ini. Beliau adalah salah seorang daripada orang-orang yang berjanji setia kepada Rasulullah ﷺ pada Perjanjian Aqabah Kedua. Beliau menjalinkan hubungan dengan Quraisy apabila berkahwin dengan saudara perempuan Abdur Rahman ibn Auf
Malangnya, an-Nuayman pernah menjadi pemabuk yang ketagih arak semasa zaman Rasulullah ﷺ . Beliau telah ditangkap dan Nabi telah mengarahkannya dipukul. Beliau turut telah ditangkap buat kali kedua dan kemudian dipukul lagi. Oleh kerana dia masih tidak berputus asa tabiat itu, Nabi mengarahkan supaya dia dipukul dengan kasut. Apabila semua ini tidak meyakinkan beliau untuk berhenti minum, Rasulullah akhirnya berkata: "Jika dia kembali (meminum arak) maka bunuhlah dia."
Pengumuman ini adalah yang dahsyat dan Umayr, salah seorang sahabat Nabi, memahami jika dia kembali ke minum arak, an-Nuayman akan keluar dari keberadaan Islam dan dihukum mati. Umayr menjadi terlalu marah dan kebencian dengan berkata: "Laknatullah alayhi - semoga Allah melaknatinya". Rasulullah ﷺ yang mendengar pernyataan Umayr itu terus berkata, "Jangan, jangan, jangan melakukan (seperti itu). Sesungguhnya dia (iaitu Nu'ayman) seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya. Dosa besar (seperti ini) tidak meletakkan seseorang di luar jemaah dan rahmat Allah amatlah hampir dengan orang yang beriman."
Walaupun bertegas, baginda masih menaruh harapan untuk Nuayman memperbaiki diri terutamanya disebabkan pengorbanan masa lalu sebagai seorang veteran perang Badar. Oleh kerana beliau bukanlah seseorang yang menyembunyikan tindakannya, adalah lebih mudah untuk dia mengakui kesilapannya dan bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah. Inilah yang beliau lakukan dan beliau mendapat perhatian Nabi dan para sahabat yang menikmati senda gurau dan ketawa beliau.
Tolak ansur Rasulullah terhadap gurauan
[sunting | sunting sumber]Nabi Muhammad ﷺ kadang-kadang juga bergurau senda dengan keluarga dan sahabat baginda. Aisyah r.a. berkata: "Jika Rasulullah SAW berada di rumah, dialah orang yang paling murah senyum dan ketawa". Ali bin Abi Talib menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ selalu kelihatan ceria, tenang dan santai, banyak tersenyum di hadapan para sahabat, semangat dan kagum dengan pembicaraan mereka, malah kadang kala tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.[2]
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi adalah orang yang murah senyum dan berhati bersih. Sebahagian sahabat mengatakan bahawa gelak ketawa Nabi hanya sekadar tersenyum, namun sebahagian yang lain mengisahkan bahawa kadang kala baginda tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya. Namun yang jelas, ketika tertawa, baginda selalu menutup mulutnya dengan telapak tangan.[3]
Baginda juga berpesan kepada para sahabat untuk sesekali merehatkan jiwa dan hati. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa baginda bersabda: "Rehatkanlah hati kamu sesaat demi sesaat, kerana apabila hati telah tumpul (letih) maka ia akan buta". Pada waktu yang lain, baginda juga bersabda : "Orang yang tidak bergembira dan tidak membuat orang lain gembira, adalah orang yang tidak memiliki kebaikan".[4]
Rasulullah ﷺ banyak menerima gurauan Nu'aiman tetapi dengan perkara yang tidak melampaui batas. Setiap kali gurauan Nu'aiman diajukan kepada baginda, baginda akan menyiasat dahulu sebab dilakukan dengan bertanya dan tindak balas baginda terhadap jawapan tersebut menggambarkan keperibadian baginda yang bertolak ansur dan penyabar.
Kisah gurauan
[sunting | sunting sumber]Sakit mata
[sunting | sunting sumber]Pada suatu ketika Rasulullah ﷺ mengunjungi Nu'aiman yang sedang sakit mata. Rasul melihat ia sedang asyik makan kurma. Baginda kemudian mengajukan pertanyaan kepadanya, "Bolehkah kamu makan kurma, sedangkan matamu sedang sakit?" Nu'aiman menjawab, " Saya makan menggunakan mata yang satu lagi". Mendengar jawapan Nu'aiman ini, Rasul tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya.[5]
Muslihat hadiah
[sunting | sunting sumber]Pada suatu hari, Nu'aiman memberi madu kepada Rasulullah SAW sebagai hadiah. Madu itu dibeli daripada orang kampung. Ketika dia memberikan madu itu kepada Rasulullah, dia membawa bersamanya penjual madu tersebut. Tanpa pengetahuan Rasulullah, Nu'aiman menyuruh penjual tersebut meminta uang daripada Rasulullah sebagai ganti harga madu itu. Dan ketika Rasulullah SAW sedang membagikan madu itu kepada para sahabat yang hadir di rumahnya, penjual tersebut berteriak, "Bayarlah harga maduku itu?" Kemudian Rasulullah berkata, "Ini pasti idea Nu'aiman". Kemudian Rasulullah memanggilnya dan bertanya, "Mengapa kamu lakukan hal ini?"
Nu'aiman menjawab, "Saya ingin mendapatkan kebaikanmu wahai Rasulullah ﷺ . Saya tidak mempunyai apa-apa (uang untuk membeli hadiah itu)". Rasulullah pun tersenyum dan orang sekeliling baginda turut tertawa dan akhirnya baginda memberi uang kepada penjual tersebut.[6]
Di sini dilaporkan Nu'aiman mendapat dua kebaikan iaitu dengan Rasulullah dan orang sekeliling baginda menikmati juadah yang enak dan menggembirakan orang lain.
Sembelihan
[sunting | sunting sumber]Ada seorang lelaki datang dari kampung dan ingin menghadap Rasulullah ﷺ (kemudian masuk ke dalam masjid). Dia meninggalkan unta haiwan tunggangnya di halaman. Ada sebahagian sahabat yang berkata kepada Nu'aiman, "Sembelihlah haiwan itu kemudian kita makan dagingnya bersama-sama. Kami sangat ingin makan daging ketika ini. Nanti wang ganti ruginya biar Rasulullah yang membayarnya." Para sahabat hanya bergurau saja dan tidak menanggapi dengan serius. Namun, tiba- tiba Nu'aiman menyembelih haiwan tersebut. Ketika orang kampung itu keluar dari masjid, dia terkejut dan menjerit kerana haiwan tunggangannya mati. Rasulullah pun keluar rumah dan bertanya, "Siapa yang melakukan hal ini?"
Para sahabat menjawab, "Nu'aiman, wahai Rasul". Kemudian, Rasulullah dan para sahabat mencari Nu'aiman dan menjumpainya sedang bersembunyi di sebalik pelepah kurma di dalam parit tidak jauh dari rumah Duba'ah bin al-Zubair bin 'Abd al-Muttalib. Rasulullah dapat menemui kerana ada seorang yang memberitahu tempat persembunyian Nu'aiman. Kemudian Rasulullah menyuruhnya keluar, dan melihat wajah Nu'aiman penuh dengan debu.
Rasulullah bertanya kepadanya, "Mengapa kamu melakukan hal ini?" Nu'aiman menjawab, "Orang-orang yang menunjukan tempat aku bersembunyilah yang menyuruhku melakukan hal ini wahai Rasulullah". Setelah mendengar jawapan itu, Rasulullah membuang debu yang ada di wajah Nu'aiman dengan senyuman, kemudian Baginda mengganti harga unta yang telah disembelih itu. [7]
Jualan Hamba
[sunting | sunting sumber]Pada suatu ketika Abu Bakar dan beberapa sahabat pergi pada berdagangan ke Busra. Pelbagai orang dalam perjalanan tersebut yang telah diberikan tugas tetap. Suwaybit ibn Harmalah telah dipertanggungjawabkan untuk makanan dan peruntukan. An-Nuayman adalah salah satu ahli kumpulan itu dan dalam perjalanan tersebut, beliau berasa lapar dan meminta Suwaybit untuk makanan. Suwaybit enggan dan an-Nuayman berkata kepadanya, "Adakah anda tahu apa yang saya akan lakukan lagi dengan kamu?" dan seterusnya memberi amaran dan mengancamnya tetapi masih Suwaybit menolak.
An-Nuayman kemudian pergi kepada sekumpulan orang-orang Arab di Suq (pasar) dan berkata kepada mereka, "Adakah anda ingin mempunyai hamba yang kuat dan tegap yang saya boleh jual kepada anda".
Mereka bersetuju dan an-Nuayman meneruskan, "Dia itu pandai bercakap dan sangat petah. Dia akan menentang anda dan berkata, 'Saya orang yang bebas' tapi janganlah dengar cakapnya itu."
Orang tersebut membayar harga hamba - sepuluh qala'is (keping emas) dan an-Nuayman menerimanya dan transaksi berjalan dengan lancar sekali seperti tiada muslihat di sebaliknya. Pembeli mengiringi beliau untuk mengambil 'hamba'nya. Nuayman terus menunjuk ke Suwaybit dan berkata: "Inilah hamba yang saya jual kepada anda."
Lelaki tersebut memegang Suwaybit dan terus dia berseru sekuat hati untuk dibebaskan. "Saya orang bebas. Saya Suwaybit ibn Harmalah..."
Tetapi mereka tidak menghiraukannya dan mengheretnya di leher seperti yang biasa dilakukan dengan mana-mana hamba.
Selama kejadian itu, an-Nuayman tidak ketawa atau mengelipkan kelopak mata pun. Beliau kekal tenang dan benar-benar serius manakala Suwaybit terus berkeras. Rakan dagangan sekumpulan dengan Suwaybit menyedari apa yang berlaku, bergegas mencari Abu Bakar, pemimpin kafilah itu, yang datang berlari sepantas yang boleh. Beliau menjelaskan kepada pembeli apa yang telah berlaku dan supaya mereka mebebaskan Suwaybit dan mempunyai wang mereka kembali. Abu Bakar kemudian ketawa terbahak-bahak dan begitu juga Suwaybit dan an-Nuayman. Kembali di Madinah, kisah itu diceritakan kepada Nabi dan para sahabat, mereka semua turut ketawa.