Ana Aslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ana Aslan
Ana Aslan pada tahun 1970
Kelahiran(1897-01-01)1 Januari 1897
Meninggal dunia20 Mei 1988(1988-05-20) (umur 91)
Pusat pendidikanFakulti Perubatan, Bucharest (1915–1922)
Terkenal keranaGerovital
Kerjaya saintifik
BidangGerontologi, Geriatrik
InstitusiInstitut Gerontologi dan Geriatrik Negara (pengasas)

Ana Aslan (sebutan Romania: [ˈana asˈlan]; 1 Januari 1897 – 20 Mei 1988) merupakan ahli biologi dan pakar perubatan Romania yang menemukan kesan antipenuaan prokaina, berdasarkan ubat Gerovital H3 dan Aslavital, yang beliau kembangkan. Beliau dianggap sebagai pelopor gerontologi dan geriatrik di Romania. Pada tahun 1952, she founded the Institut Geriatrik Bucharest. Institut ini merupakan yang pertama seperti ini di dunia[1] dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Walaupun karyanya berkontroversi, ia menerima perhatian antarabangsa.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ana merupakan yang bongsu daripada empat adik-beradik, dua abang dan dua kakak, anak kepada Margarit dan Sofia Aslan. Ana dikatakan anak yang bijak, belajar membaca dan menulis pada usia empat tahun. Pada usia 13 tahun, bapanya meninggal dunia, dan keluarganya kemudian berpindah ke Bucharest, Romania. Di Bucharestlah beliau memulakan pengajiannya. Beliau lulus dari Sekolah Pusat Bucharest pada tahun 1915. Kematian pramasa bapanya, yang beliau sangat dekat, dikatakan menjadi sebab beliau ingin menjadi pakar perubatan. Walaupun bidang perubatan bukanlah bidang yang diingini untuk wanita masuk, Ana Aslan mengambil keputusan itulah laluan yang beliau ingin ceburi dan menghadiri Faculti Perubatan dari tahun 1915 hingga tahun 1922. Ibunya tidak menyokong keputusannya menjadi pakar perubatan disebabkan oleh kekangan kewangan, jadi Ana Aslan mogok lapar sehinggalah ibunya menerima kerjaya perubatan beliau. Ketika masanya dalam pengajian ijazah sarjana muda, beliau merawat askar sebagai jururawat ketika Perang Dunia Pertama.

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Setelah lulus dari Fakulti Perubatan pada tahun 1922, beliau mula bekerja dengan Daniel Danielopolu yang mengawasi tesis kedoktoran beliau. Beliau memperoleh sarjana muda M.D. dalam fisiologi kardiovaskular pada tahun 1924. Tumpuan beliau ialah fisiologi dan proses penuaan. Sementara menguji kaji kesan prokaina ada terhadap radang sendi, Aslan menemukan kesan baik lain ubat ini. Penemuaan inilah yang membawa kepada kajian tiga tahun dan kemudian penciptaan ubatnya dipanggil Gerovital (H3), yang beliau preskripsikan bagi kesan penuaan. Dengan desakan daripada para saintis bahawa Gerovital merupakan “air pancut remaja”, Aslan memulakan kajian penyelidikan untuk membaiki keputusannya. Lebih dua tahun, sampel darah telah diambil daripada 15,000 orang, dengan beberapa daripadanya menerima Gerovital dan beberapa menerima plasebo. 40% orang yang mengambil Gerovital ada kurang hari cuti sakit, dan kadar kematian daripada wabak flu merupakan 13% dalam pesakit plasebo manakala hanya 2.7% dalam pesakit yang mengambil ubat itu. Pada tahun 1976, dengan ahli farmasik bernama Elena Polovrăgeanu, mereka mencipta ubat bernama Aslavital, yang serupa dengan Gerovital bertujuan untuk melambatkan proses penuaan kulit.

Gerovital[sunting | sunting sumber]

Sementara mengkaji kesan-kesan investigating the pain-relieving effects of procaine terhadap pesakit dengan radang sendi, Ana Aslan menemukan bahawa ubat itu juga mengeluarkan kesan baik yang lain, seperti bertambah baik kulit dan rambut, ingatan, dan perasaan umum kesejahteraan.[2][3] Berdasarkan penemuan ini, beliau mengembangkan ubat antipenuaan Gerovital H3 (1952). Kemudian, bersama dengan Elena Polovrăgeanu, beliau mencipta rumus lebih baik yang dipasarkan sebagai Aslavital (1961).

Kesan baik Gerovital telah diikitiraf secara saintifiknya.[4] Walau bagaimanapun, beberapa kajian studies have failed to replicate the kesan antipenuaan (lihat rencana utama). Gerovital kini diharamkan di A.S. oleh FDA sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan".

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Aslan pada setem Romania 2016
Aslan pada setem Romania 1996

Ana Aslan menerima banyak penghormatan antarabangsa disebabkan oleh aktiviti kajiannya, sebagai contoh:

  • "Cross of Merit" – Kelas Pertama Darjah Bakti, Jerman, 1971
  • "Cavalier de la Nouvelle Europe" Hadiah Oscar, Itali, 1973
  • "Les Palmes Academiques", Perancis, 1974
  • "Warganegara Asing Kehormat Dan Prosefor Sains Kehormat", Filipina, 1978
  • "Member Honoris Causa" Diploma Persatuan Bohemo-Slovakia Gerontologi, 1981
  • "Leon Bernard" Hadiah, penghormatan penting yang diberi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atas pencalonan dan sokongan oleh para pegawai negara anggota (bagi kes ini oleh orang Romania Nicolae Ceauşescu) kerana bersumbang kepada perkembangan gerontologi dan geriatrik, 1982

Barangan kosmetik[sunting | sunting sumber]

Templat:Cleanup rewrite

Ana Aslan mempatenkan dua barangan kosmetik (losen rambut dan krim Gerovital H3), mengamanahkan pengeluaran kepada syarikat Farmec dan Miraj. Dua syarikat semenjak itu mempelbagaikan barangan kosmetik, dan prokaina hidroklorida tradisional disingkirkan daripada rumus.[5]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Ana Aslan dianggap sebagai pelopor perubatan sosial. Bertahun-tahun selepas menjadi ketua jabatan fisiologi di Institut EndoKrinologI Bucharest, beliau menubuhkan Institut Geriatrik Bucharest. Ana Aslan dikenali dengan mencipta istilah “gerontologi”, dan pada tahun 1959, beliau telah menguruskan Persatuan Gerontologi dan Geriatrik Romania. Persatuan Gerontologi Romania merupakan yang pertama di dunia untuk menyalurkan kajiannya ke kajian klinik, uji kaji, dan sosial, mereka strategi terapeutik untuk mencegah proses penuaan, dan mengurus dan rangkaian kesihatan negara bagi pencegahan penuaan. Ubatnya digunakan oleh ramai ahli politik dan selebriti terkenal di seluruh dunia, termasuk John F. Kennedy.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dumitrascu, D. L.; Shampo, M. A.; Kyle, R. A. (1998). "Ana Aslan—founder of the first Institute of Geriatrics". Mayo Clinic Proceedings. 73 (10): 960. doi:10.4065/73.10.960. PMID 9787745.
  2. ^ Parhon, C. I., & Aslan, A. (1955). Novocaina; factor eutrofic şi întineritor în tratamentul profilactic şi curativ al bătrînetii. Editura Academiei Republicii Populare Romîne.
  3. ^ Dean, W. (2001). DMAE and PABA—An alternative to Gerovital (GH3), the "Romanian Youth Drug". Vitamin Research News, 15, 9.
  4. ^ Kapoor, V. K.; Dureja, J; Chadha, R (2009). "Synthetic drugs with anti-ageing effects". Drug Discovery Today. 14 (17–18): 899–904. doi:10.1016/j.drudis.2009.07.006. PMID 19638318.
  5. ^ Branciulescu, Adina Elixirul Anei Aslan, National Geographic Romania.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]