Pergi ke kandungan

Anak-ku Sazali (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Anak-ku Sazali"
Poster filem Anak-ku Sazali terbitan 1956
Lagu oleh P. Ramlee
daripada album Anak-ku Sazali
Dilancarkan1956
Panjang3:12
SyarikatMalay Film Productions
PenulisS. Sudarmaji
PenggubahP. Ramlee
PenerbitRun Run Shaw
Senarai runut Anak-ku Sazali
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Anak-ku Sazali"[a] ialah sebuah lagu nyanyian P. Ramlee yang pertama kali diterbitkan pada 1956 dalam filem dengan tajuk yang sama. Liriknya ditulis oleh S. Sudarmaji dan digubah sendiri oleh P. Ramlee.

Lagu ini diputarkan sebanyak beberapa kali dalam filem tersebut namun babak paling ikoniknya adalah ketika Hassan (lakonan P. Ramlee) menyanyikan lagu ini kepada anaknya Sazali yang masih bayi selepas kepergian isterinya Mahani (lakonan Zaiton). Babak ini menampilkan titik tolak bagaimana Hassan menjadi terlalu memanjakan Sazali sehingga anaknya itu membesar menjadi seorang yang jahat dan kurang ajar.

  1. ^ EYD: "Anakku Sazali"